Monday 19 December 2011

Sistem gadai simpan lebih menguntungkan, Datuk Salleh Majid

Kami ingin berkongsi paparan di akhbar berita harian minggu lalu berkenaan coretan Datuk Salleh Majid iaitu bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) yang menjelaskan berkenaan konsep pelaburan emas di Ar-Rahnu secara gadai simpan (Ar-Rahnu) , beliau lebih pakar dan berpengalaman didalam sebarang bentuk pelaburan samada ekuiti, bond, forex di Malaysia kerana tugas beliau sebagai Presiden Bursa Saham, dan beliau memilih pelaburan emas secara Ar-Rahnu sebagai konsep pelaburan emas terbaik masa ini. ikuti tulisan beliau dibawah.
datuk salleh majid pelaburan emas malaysia
Emas… Kilauan merentasi zaman kini menjadi sandaran orang Melayu untuk menjadi Khalifah mentadbir bumi. Sandaran emas yang selama ini sekan-akan “Bayangan Emas” kini menjadi satu pola perubahan kepada masyarakat melayu mempeloporinya untuk merubah kehidupan yang selama ini agak kurang harmoni.
Jika sistem kewangan keluarga disandarkan kepada emas maka ia menjadi simpanan yang menguntungkan dalam jangka panjang dan disinilah Ar-Rahnu memainkan peranannya.
Kelahiran Ar-Rahnu yang semakin bertambah oleh perbankan Islam dan koperasi seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana simpanan yang menguntungkan untuk jangka panjang.
Sistem Gadai Simpan adalah lebih menguntungkan kepada masyarakt kerana ia secara lansung menjadi aset keluarga dan negara. Langkah permulaan ini adalah satu langkah ke arah menuju satu wawasan yang semua orang inginkan iaitu keharmonian.
Cara belian emas yang menguntungkan ialah menggunakan kemudahan Ar-Rahnu dan bagi mengelakkan penipuan, ketulenan emas disahkan oleh pihak ketiga iaitu Ar-Rahnu dan emas disimpan diatas nama pembeli dengan keselamatan emas yang terjamin.
Peluang pelaburan dalam bentuk simpanan emas yang kenaikan purata harga emas sebanyak 27% setahun dan menggandakan nilai harta tidak seharusnya dilepaskan dan usaha yang lepas menunjukkan masyarakt Melayu masih ketinggalan dari segi memiliki kekayaan…-more on bharian 14 Disember 2011-
Datuk Salleh Majid adalah bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)

Sunday 18 December 2011

Pergerakan Pelaburan Emas Setakat Ini

Ekonomi eropah mungkin dalam keadaan genting sekarang, tetapi kami tidak pasti pula apa kesannya kepada Malaysia. Dalam Jobstreet hari ini, diterangkan ramai pelabur menjual aset emas mereka khamis lalu untuk mengimbangi kerugian dalam ekuiti dan bon. Ini membuktikan emas sebagai penyelamat aset kerana jika pelaburan emas merugikan pelabur, mereka seharusnya menjual ekuiti untuk menampung kerugian emas bukannya menjual emas untuk menampung ekuiti.
Khamis lalu, berlaku penjualan emas dengan kuantiti yang besar di beberapa pasaran eropah dan india. menyebabkan lambakan emas di pasaran. Apabila wujud lambakan emas di pasaran maka harga emas jatuh. kami anggap anda faham bahawa emas bukannya komoditi yang dibeli untuk diindustrikan seperti besi, timah, getah atau aluminium. Emas yang dibeli kebanyakannya disimpan dalam bentuk asal samada jongkong, barang kemas atau syiling. Jadi tiada kilang, meminta emas untuk diproses menjadi tin ataupun DRB-HICOM membeli emas untuk bodi khas kereta proton tuah yang bakal dipasarkan awal tahun hadapan. no DEMAND….
Sentimen “wait & see” memainkan peranan utama ketika ini, ramai trader sedang menganalisa kemampuan emas untuk naik lebih tinggi sebelum kembali ke pasaran emas. Bagaimanapun, ketika ini, harga emas sedang menokok perlahan naik beberapa points pada hari sabtu. -Sedikit berita positif untuk kami-
Update: Index emas CHL pada khamis lalu menjunam sehingga 5995 (rekod kami) tetapi kembali naik 6235 ketika artikel ini ditulis.
Update silver: silver tidak berbeza dengan emas, harga silver juga mengalami kejatuhan pada pergerakan yang hampir sama.
Beberapa analisa pergerakan harga emas dari trader forex.
clearly whut?  paling minimum harga emas untuk kekal berada dalam bullish trend sepatutnya berada didalam bulatan merah, tetapi harga emas telah jatuh lebih dari paras tersebut, bermaksud trend bullish emas 2011 telahpun berkecai, bagaimanapun harga emas tidak lebih murah dari akhir september 2011. (bullish trending bermaksud dalam keadaan menaik, bearish trending bermaksud dalam keadaan menurun)
Okey kita undur sedikit lagi masa kebelakang kerana trend harga emas tidak boleh dikira dalam tempoh setahun sahaja, kita ke titik lebih rendah pada akhir 2008.
See.. trend emas masih berada pada bullish trending, untuk tempoh masa 3 tahun. (akhir 2008-akhir 2011). Jadi, berapa lama harus kita tunggu untuk harga emas dapat kembali kepada harga semasa? Okey kita undur sedikit lagi masa untuk melihat sejarah.
Pada awal 2008, harga emas turut mengalami penurunan, malah lebih teruk berbanding sekarang, 34% drop, mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada paras semasa, jadi jika hari ini emas turun 18%, maka emas akan mengambil masa sekitar 1 1/2 bulan untuk kembali ke landasan asal.

Thursday 15 December 2011

Harga emas paling rendah sejak Ogos. WHAT NEXT????

Pagi ini, 15 Disember 2011, harga emas telah jatuh menggerunkan (bak kata pendita) dibawah paras terendah dalam tempoh 200 hari. Untuk maklumat anda, tiada serangan, peperangan atau bencana alam berlaku dalam minggu ini kecuali kelemahan anak cucu Hitler, Napoleon dan Mussolini menangani  sistem kewangan bank eropah menyebabkan matawang euro jatuh sehingga $1.30 berbanding matawang Uncle Sam.
Bayangkan jika matawang ringgit jatuh sehingga RM4.50 berbanding USD1.00, memang nampak teruk
Next, apa akan jadi seterusnya pada harga emas? Kita lihat balik pada August 2009, iaitu pada waktu kejatuhan terakhir harga emas dalam tempoh 200 hari. pada graf dibawah.
harga emas semasa hari ini
Graf ini menunjukkan kejatuhan harga emas yang sama berlaku pada 2009, Menggerunkan??
Sebenarnya kejatuhan ini tidaklah begitu menggerunkan kerana membeli emas adalah pelaburan paling selamat dan paling bijak yang anda lakukan, Harga emas dalam suatu jangka masa pendek memang diketahui ramai pakar forex di carigold, ia sangat fluctuate, boleh naik dan turun dengan tinggi setiap masa. Keadaan ini memang sentiasa berlaku, Jadi cucu cicit, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Dato’ Maharalela, Yamtuan Antah, Perakman, tak perlu risau, harga emas pasti akan naik lagi
Lagipun kejatuhan matawang euro ini disebabkan kelemahan badan perbankan eropah, Bank yang mencipta bon, loan, wang kertas, tidaklah sebijak tuhan merancang kewangan mereka. kepercayaan pelabur dalam sistem kewangan dan wang kertas akan susut, dan pelbagai pihak akan meningkatkan simpanan emas mereka.
China dan India ketika ini masih menunjukkan minat mereka untuk membeli emas.

Monday 5 December 2011

Harga Emas di Wikipedia

Emas Sebagai Matawang

Dari pelbagai jenis logam berharga, emas sangat popular dikalangan pelabur untuk menjadi salah satu aset didalam pelaburan mereka. Pelabur biasanya membeli emas sebagai penampang kejatuhan matawang, menampang kenaikan inflasi dan juga sebagai penampang kepada kejatuhan nilai aset-aset yang lain contohnya nilai hartanah, simpanan aset asing atau kejatuhan pasaran saham.
Nilai intrisic emas bukan hanya kerana ia logam, atau sebagai bahan pembuatan industri atau kerana ia boleh dimakan atau juga sebagai tempat untuk berlindung ketika hujan. Tetapi emas mempunyai sifat yang lebih unik iaitu ia adalah “Matawang!” Emas adalah matawang yang tetap sejak berabad-abad lalu kerana sifatnya yang lengkap untuk menjadi “matawang”, sifat ini tidak pada pada semua logam atau jisim lain didunia.
Contohnya, air dan makanan memang lebih penting untuk survival berbanding emas tetapi selepas keperluan asas ini cukup, masyarakat memerlukan suatu cara untuk mendapatkan keperluan yang lain, contohnya seorang petani ingin mendapatkan ikan di laut, Petani tidak mungkin dapat mencuri masa untuk kelaut, bagaimana pula nelayan ingin mendapatkan beras. Memang sukar untuk membayangkan jika sistem barter masih diamalkan hari ini. Berapa banyak beras perlu dibawa untuk menukar seekor lembu, atau lori, atau iphone. Atau berapa banyak bahagian perlu dipotong dari lembu untuk membeli tutti frutti. Jadi satu “jisim” diperlukan untuk memudahkan urusniaga dan jisim itu seharusnya mempunyai nilai yang sama di semua tempat dan kawasan.
Dalam sejarah tamadunan manusia, bangsa zaman mesolitik, neolitik menggunakan kulit kerang, logam bercop dan pelbagai lagi ukiran untuk dijadikan matawang, tetapi sistem tersebut gagal kerana jisim tersebut mudah ditemui dan dicipta. Menggunakan kulit kerang sebagai matawang bakal menjadikan penternak kerang bertambah kaya berbanding petani yang tidak mempunyai kerang begitu juga pengukir batu akan menjadi lebih kaya sekiranya setiap batu yang diukirnya lebih bernilai dari seekor lembu. Tamadun manusia sejak ribuan tahun mencuba dan mencari jisim yang mempunyai nilai yang tetap dan tidak boleh dicipta akhirnya menemui sejenis logam disebut emas sekitar 3000SM tahun sebelum masihi di Mesir.
Tamadunan manusia dapat membuktikan nilai emas akan kekal sebagai matawang, akan kekal berharga dan akan kekal laku untuk diniagakan, seperti mana ilmu tamadun membuktikan sehingga hari ini, hanya kuda boleh diternak dan kuda belang tidak. Hukum ini akan kekal sehingga ribuan tahun akan datang.

Faktor Emas Sebagai Matawang

  • Ia mesti tahan lama, tidak mudah terurai, tidak reput, tidak terbang dan tidak berkarat etc
  • Ia mesti mudah untuk disimpan dan dibawa. Walaupun emas berat, emas sangat padu dan boleh disimpan dengan selamat dalam pelbagai bentuk muka bumi, ia juga mudah dibawa kerana nilainya yang tinggi walaupun amaunnya kecil
  • Ia mesti boleh dipecah kepada saiz-saiz yang kecil untuk memudahkan urusniaga kecil. emas boleh ditempa menjadi senipis syiling atau sebesar bata. membuatkan ia mudah untuk digunakan semasa jual beli walaupun urusniaga yang kecil.
  • Ia mestilah “jarang” dan tidak boleh dicipta kerana jika ada pihak yang boleh mencipta emas untuk menampung perbelanjaan mereka, maka akan ada berbilion-bilion tan emas didunia dan ini mengakibatkan nilai emas jatuh.

Harga Emas

Emas telah digunakan dari zaman dahulu lagi sebagai matawang dan juga sebagai logam relatif kepada nilai wang kertas sehingga hari ini. Negara-negara di eropah menggunakan simpanan emas mereka sebagai kadar tukaran asing sebelum ia dibekukan apabila krisis kewangan berlaku ketika perang dunia pertama. Selepas perang dunia kedua, Sistem Bretton Woods diperkenalkan di Amerika dengan menambat setiap US$35 dollar bernilai 1 troy ounce emas. Sistem tersebut digunapakai sehingga tahun 1971, apabila kerajaan Amerika Syarikat membekukan sistem tukaran duit kepada emas dan hanya menggunakan wang kertas sebagai pertukaran. Matawang terakhir yang menghentikan tambatan pada emas adalah Swiss Franc pada tahun 2000.
Sejak 1919, penanda aras yang utama digunakan untuk menentukan harga emas adalah dari London Gold Fixing, harga emas ditentukan melalui perbincangan telefon antara 5 firma emas terbesar di London Bullion Market 2 kali setiap hari. Sehingga hari ini, emas didagangkan setiap hari mengikut spot-price yang dikembangkan dari harga dagangan emas dari setiap kaunter dagangan di seluruh dunia (code XAU).
Pada Mac 2008, harga emas melebihi US$1000 per ounce sebelum harga emas mengalami kejatuhan sementara kepada US$712.30 per ounce pada bulan November. Harga emas mula naik kembali pada Februari 2009. Pada Oktober 2009, harga emas sekali lagi memecah rekod tertinggi pada harga US$1226. Rekod tertinggi kenaikan harga emas adalah pada Ogos 2011, ketika itu harga emas mencecah US$1908 pada harga dagangan London Gold Fixing.
Malaysia menggunakan indeks emas Chan Haik Long (CHL), yang diperolehi dari panggilan telefon kepada pelebur emas, index emas CHL tertinggi yang dicatatkan adalah 6990 pada Ogos 2011 (index CHL dikembangkan dari tukaran matawang USD kepada MYR dan juga per tahil emas) rujuk Harga Emas Malaysia

Faktor Perubahan Harga Emas

Seperti komoditi-komoditi lain, harga emas bersandarkan kepada bekalan dan permintaan (supply & demand) dan juga spekulasi harga emas. Emas berbeza berbanding komoditi lain kerana permintaan untuk emas adalah sebagai pelaburan dan simpanan bukan untuk digunakan dalam industri kilang atau pembuatan. Kebanyakan emas yang telah digali beribu tahun dahulu masih lagi wujud dalam bentuk asal emas, seperti barang kemas yang telah dipakai, boleh dileburkan kembali dan menjadi emas dalam bentuk yang lain. Pada akhir tahun 2006, dianggarkan 158,000 tan emas telah digali atau jika dikumpulkan ia setebal kubik 20.2 meter pergi. (66 kaki).
Oleh kerana masih banyak lagi emas didalam simpanan, harga emas hanya berubah disebabkan kenaikan permintaan berbanding kadar pengeluaran emas di lombong. Menurut World Gold Council, sejak beberapa tahun lalu, pengeluaran emas telah merosot kepada 2,500 tan emas setahun, kira-kira 2000 tan disalurkan untuk industri barangan kemas, pergigian, bullion stock dan 500 tan lagi adalah untuk pelaburan dan kepada dana-dana tukaran matawang.
Bank Pusat
Bank Pusat (Bank Negara) dan International Monetary Fund (IMF) memainkan peranan penting dalam menentukan harga emas. Pada lewat 2004, Bank Pusat dan Badan Rasmi tersebut memiliki 19 peratus dari jumlah emas yang telah dikorek dari muka bumi. Perjanjian 10 tahun Washington (WAG) yang bertarikh September 1999, menyekat jual-beli emas kepada kesatuan (Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Australia, IMF) kepada kurang dari 500 tan setahun. Sejak itu, Bank-Bank Eropah seperti Bank of England dan Swiss National Bank adalah adalah pemain utama dalam jual beli emas dunia. Pada 2009, Perjanjian WAG dilanjutkan untuk tempoh masa 5 tahun lagi, dan had jualan dikecilkan kepada 400 tan setahun.
Walaupun Bank-Bank negara tidak akan mengumumkan pembelian mereka sebelum jual-beli, beberapa Negara seperti Russia telah menunjukkan minat mereka untuk meningkatkan bilangan simpanan emas negara sejak tahun 2005. Pada awal 2006, Bank Negara China yang hanya memiliki 1.3% simpanan emas mengumumkan mereka akan mencari jalan untuk meningkatkan pulangan mereka dengan simpanan emas. Pemerhati pelaburan melihat pengumuman tersebut adalah isyarat China akan mengubah beberapa pegangan ekuiti mereka kepada emas. India merupakan antara negara paling untung dengan kenaikan harga emas yang tinggi sejak 2008, pembelian 200 tan emas oleh india pada september 2009 telah meninggikan lagi harga emas.
Pandangan harga emas berkait rapat dengan kadar faedah biasa diterima secara umum, kerana setiap kenaikan kadar faedah, akan merendahkan minat untuk membeli emas, dan apabila kadar faedah turun, harga emas juga akan naik. Disebabkan itu harga emas dikaitkan dengan dasar kewangan Bank Pusat, samada untuk menaikkan atau menurunkan kadar faedah. Contohnya, jika pasaran saham menunjukkan isyarat inflasi yang bakal berpanjangan, bank pusat akan menaikkan kadar faedah untuk mengimbangkan kenaikan harga emas bagi memadamkan kemungkinan inflasi.
Contoh bertentangan dapat dilihat apabila Bank Eropah menaikkan kadar faedah mereka pada April 2011, kali pertama sejak 2008, harga emas yang sebelum ini naik tinggi mula beransur perlahan dan mendatar, untuk beberapa ketika, bagaimanapun ini hanya dapat menghalang kenaikan untuk sementara waktu kerana harga emas naik mencapai puncak lebih tinggi pada masa akan datang. Contoh juga di India pada Ogos 2011 dimana kadar faedah yang tertinggi di India ketika itu menyebabkan harga emas mencapat harga tertinggi.

Pelindung Nilai kepada ketegangan kewangan.
Emas seperti logam bernilai yang lain sering kali digunakan sebagai pelindundung nilai kepada inflasi, deflasi dan penurunan matawang. Joe Foster, pengurus dana Vaneck International Gold Fund yang berpangkalan di New York, menerangkan pada September 2010.
Matawang bagi negara-negara utama, termasuk USD, berada dalam tekanan pasaran disebabkan perbelanjaan defisit negara. Semakin banyak wang dollar dicetak ke dalam ekonomi sekarang nilai matawang dollar akan semakin kurang bernilai.
Sekiranya pulangan dari bon, ekuiti dan hartanah tidak lagi dapat menangani jumlah risiko dan inflasi maka permintaan untuk pembeli emas dan komoditi-komoditi lain akan turut meningkat.

Permintaan untuk pembuatan barang kemas.
Barang kemas merangkumi hampir 2/3 dari permintaan pasaran. Negara India adalah pengguna terbesar barangan kemas sekurang-kurangnya 27% permintaan barangan kemas didunia adalah dari India diikuti China dan Amerika.
Selain barangan kemas, emas turut penting dalam sektor perubatan dan industri maju kerana emas mempunyai sifat konduksi haba dan elektrik yang baik selain dari ia tidak berkarat dan tidak terurai dengan sebarang bentuk bakteria.
Dewasa ini, perniagaan emas terpakai, emas lama, telah menjadi multi-bilion industri.
Faktor Singkat Harga Emas
Harga emas juga turut terkesan dengan pelbagai lagi mekanisme, seperti jualan tiba-tiba amaun yang besar, terutama melibatkan firma bullion yang besar. Pemerhati pasaran emas menjelaskan, harga emas biasanya akan terjejas apabila dagangan di Stock Exchange New York bermula, perang, rampasan kuasa, tragedi dunia dan Kecemasan berlaku dalam suatu negara.
Ini dapat dilihat sepanjang 2011, apabila harga emas turun ketika Arab Spring, dan naik selepas beberapa minggu, seperti ketika rampasan kuasa di Libya dan mesir. Tragedi Tsunami di jepun pada Mac 2011 turut merendahkan harga emas sebelum naik kembali 2 minggu seterusnya.
Ketika berlaku peperangan, ramai yang akan bimbang dengan aset mereka yang akan dibekukan dan matawang tidak bernilai, mereka akan membeli emas yang mana sentiasa boleh digunakan untuk membeli makanan, transport. Disebabkan itu, ketika peperangan, permintaan untuk emas akan naik.

Bagaimana Pelombong Emas Haram Bekerja

Video ini menunjukkan tentang aktiviti perlombongan emas secara haram di suatu kawasan hutan lindung di Acheh. Cara pelombong emas haram di Aceh dan Malaysia pasti tidak jauh berbeza, video ini dirakamkan pada 2009 dan 2010. Biasanya mereka menggali emas sehingga kedalaman 3-4 meter.

Sunday 4 December 2011

Analisis Teknikal Harga Emas Terakhir Tahun 2011.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan ceria adanya.
Bailah, kita sekarang telah berada di penghujung tahun 2011.

Apa perasaan anda sekarang?
Saya doakan anda semua semakin kaya, semakin berjaya dan membuat banyak keuntungan dengan pelaburan emas.

Untuk menambahkan keceriaan pelabur emas, disini saya ingin membuat sedikit analisis ringkas kenaikan/pulangan daripada pelaburan emas sebelum akhir tahun.
Semoga analisis ini membuka minda anda mengenai keuntungan membuat pelaburan emas.

Analisis kenaikan harga emas tahun 2011.


Harga pada 3/1/2011 = USD1405.50 Oz

Harga pada 2/12/2011 = USD1751  Oz (ketika artikel ini ditulis)


Ini adalah kenaikan sebanyak USD345.50 Oz bersamaan kenaikan 24.58%.

Harga emas tertinggi untuk tahun 2011 (sehingga 2/12/2011) ialah USD1920.80  (sumber MT4 www.fxpro.com)

Kalau ikut harga New York close, harga tertinggi tahun 2011 ialah USD1900.30
Memang best!


Untuk harga emas tempatan pula, saya mengambil harga Kijang Emas 1 Oz sebagai perbandingan.

Harga Kijang Emas 1 Oz pada 3/1/2011 = RM4605

Harga Kijang Emas 1 Oz pada  2/12/2011  = RM5795


Ini adalah kenaikan harga sebanyak 25.84%!

Jadi, ini adalah pulangan yang sangat menguntungkan dan yang penting, pelaburan emas ini selamat.


Perbandingan trend kenaikan harga emas diantara 


tahun 2010 dan tahun 2011.


       
Graf kenaikan harga emas pada tahun 2010 






Graf kenaikan harga emas tahun 2011 (sehingga awal disember)



Saya pasti anda teruja melihat trend kenaikan harga emas.

Namun saya pasti anda akan lebih teruja jika anda sendiri pandai membuat analisis teknikal harga emas.

Ini kerana kemahiran analisis teknikal harga emas membolehkan anda mengetahui bilakah masa terbaik untuk membeli emas dan masa terbaik untuk menjual emas-emas anda.

Ar-rahnu RHB Islamic kini di Lembah Klang

image
Pengurusan RHB Islamic kini membuka cawangan pertama arrahnu mereka di lembah klang bermula di Bandar Baru Bangi, Selangor.
CEO RHB Islamic berkata pihak RHB akan membuka cawangan arrahnu secara berperingkat sebelum tahun 2011 berakhir, ucap beliau ketika merasmikan pembukaan arrahnu rhb di paya keladi, Kuala Terengganu
Cawangan lain yang akan dibuka di Lembah Klang adalah  Dataran Glomac, Kelana Jaya, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Selain di lembah klang, cawangan lain yang turut membuka servis arrahnu adalah Taman Setia Tropika di Johor Bharu, Taman Flora Utama (Batu Pahat) dan Sungai Petani (Kedah)
kami tidak pasti samada RHB menerima gold bar atau tidak, tetapi RHB offer tawaran paling tinggi, pinjaman sehingga 75% dari nilai emas, price RHB kami akan update dalam laman harga.

Thursday 1 December 2011

Emas Di Timbunan Sampah

Bau busuk, bahaya timbunan sampah runtuh dan hujan lebat yang boleh menaikkan paras air tanpa disedari, bukanlah halangan kepada berdozen-dozen pemungut  barangan logam terpakai untuk “melombong” di kawasan timbunan sampah berketinggian hampir 300m di utara Guatemala.
Setiap hari, kira-kira 300 orang yang menggelar diri mereka “pelombong” turun ke bawah jurang dan mengharungi air sampah yang busuk semata-mata untuk mencari cincin dan gelang perak atau emas yang mungkin terdampar di situ.
“Saya mendapat lebih banyak wang datang ke sini daripada pergi ke syarikat, di pejabat kami selalu ditengking dimarah, tapi disini kami bebas,” kata Eddie Miranda, 41 tahun.
Eddie bernasib baik baru-baru ini apabila menemui  gelang emas seberat 9 gram, emas tersebut dijual dengan harga 2000 quetzals ($ 256). Jika dikira dalam ringgit, 9gram emas buruk bernilai hampir RM1170. Ia mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi jika dibandingkan dengan gaji purata penduduk Amerika Tengah, jumlah tersebut hampir sama dengan $ 270 (RM860) gaji minimum di negara Amerika Tengah.
Walaupun nyawa jadi taruhan akibat air sampah yang berasid, ramai pekerja dan penganggur memilih cara hidup seperti ini apabila mereka mampu mendapat $20 dollar sehari, dua kali ganda gaji sehari jika bekerja biasa.

Chavez Bawa Pulang Simpanan Emas Negara RM35.1 Bilion

CARACAS – Venezuela kelmarin menerima penghantaran pertama simpanan jongkong emas negara berkenaan yang berada di seberang laut, kata Presiden Hugo Chavez.
Chavez berkata, penghantaran tersebut dibuat selepas Venezuela meminta semua simpanan emasnya di luar negara dipulangkan.
Simpanan emas Venezuela itu di beberapa buah bank Eropah termasuk Britain itu dibawa dengan sebuah penerbangan dari Paris.
Askar-askar kemudian mengawal emas tersebut yang diisi ke dalam sekurang-kurangnya lima buah kereta perisai menuju ke Bank Pusat di Caracas.
BEBERAPA kereta perisai membawa jongkong emas melintasi Istana Miraflores di Caracas kelmarin. - Reuters
Pada Ogos lalu, Chavez mengumumkan rancangan mendapatkan kembali simpanan emas Venezuela di luar negara berjumlah 211.35 tan dan bernilai AS$11 billion (RM35.1 bilion).
Beliau juga mengisytiharkan hasratnya untuk memindahkan aset cair Venezuela berjumlah AS$6.2 (RM19.5 bilion) bilion yang disimpan di Bank Switzerland, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) ke negara rakan seperti China, Rusia dan Brazil. – AFP

Tempa Emas Di Sebalik Tembok Buruk

APABILA bercakap tentang emas, orang selalu mengaitkannya dengan prestij kerana ia merupakan antara barangan paling berharga.
Tentu ramai yang menyangka seperti mana gemerlapnya emas yang dipakai, begitu juga dengan tempat di mana ia dihasilkan.
Tetapi realitinya kilang yang menghasilkan barang kemas itu selalunya terletak di tempat yang pasti anda tidak terfikir sama sekali.
Semua ini demi mematuhi aspek keselamatan agar kewujudannya tidak diketahui ramai. Malah pekerja yang berkhidmat di kilang tersebut juga telah dimaklumkan oleh bahagian sumber manusia ketika mereka menandatangani kontrak agar tidak mendedahkan tempat kerja mereka kepada umum. Juga semata-mata kerana mematuhi aspek keselamatan pekerja dan kilang emas itu sendiri.
“Aspek keselamatan ini memang perlu untuk mengelakkan kes jenayah berlaku,” kata seorang penyelia kilang emas, Yeow Wan Fong.
Atas faktor-faktor keselamatan, gambarnya juga tidak boleh didedahkan oleh pihak media.
Berpeluang melihat kilang menempa emas bagi produk Tomei baru-baru ini memberikan pengalaman berbeza kerana ia ibarat memasuki sebuah lokasi rahsia.
Kedatangan penulis dan jurufoto, disambut oleh Pengurus Pemasaran Tomei, Christine Lim dan terus dibawa ke kilang tersebut secara sulit kerana pekerja di pejabat Tomei sendiri pun tidak mengetahui kedudukan kilang memproses barangan kemas tersebut.
“Hanya saya seorang sahaja pekerja dari Tomei yang mengetahui tentang kedudukan kilang ini. Ini semua atas faktor keselamatan,” ujar Christine.
Bukan setakat lokasi yang tidak disangka-sangka, persekitaran bangunan kilang itu sendiri begitu unik.
Di sebalik grill yang berkunci, buruk dan kelihatan usang itu sebenarnya merupakan tempat di mana emas dibentuk menjadi barang kemas yang dipakai oleh wanita hari ini.
Sebaik memasuki kilang dari pintu yang boleh dikategorikan sebagai kecil dan tidak menarik itu, terserlah di dalamnya ruang yang cukup besar dengan pelbagai jabatan serta kakitangan yang bertugas.
Begitu banyak pintu masuk hingga tidak pasti mana satu yang kami gunakan. Juga terlalu banyak akses dari tangga yang berbeza yang menyulitkan untuk mengingati dari mana kita masuk.
Jurufoto juga tidak dibenarkan mengambil gambar pekerja atas faktor keselamatan.
Menurut Wan Fong, pekerja yang bekerja di kilang itu perlu diimbas untuk memastikan tiada pekerja yang tidak amanah.
“Terutamanya bahagian tambah nilai. Emas yang mereka bentuk pada awal pagi perlu ditimbang. Sebelum balik emas tersebut juga akan ditimbang sekali lagi bagi memastikan beratnya sama dengan ketika ia dibawa masuk. Jika kurang bermakna ada emas yang telah diambil. Perkara tersebut akan disiasat serta merta,” jelasnya.
Penulis: NOOR FAZRINA KAMAL  . Utusan Malaysia 30.11.2011