Saturday 28 April 2012

Apa Anda Perlu Tahu Dalam Pelaburan Emas


Untuk mereka yang telah melabur didalam emas atau penjual emas, kami ingin kongsi satu infografik yang menarik berkenaan perkembangan pasaran emas, berapa banyak emas sudah dijual dan rekod-rekod emas sejak beberapa tahun lalu. Walaupun membeli emas ni bukan pelaburan yang kompleks macam beli blue chips, tetapi better juga tahu jika anda investor atau penjual.
Seelok-eloknya anda tahu serba sedikit sebelum menjalankan perniagaan, tak kenal maka tak cinta kata orang…kenali emas dan mulakan perniagaan dan pelaburan anda. Anda pergi seminar-seminar emas ada mereka ajar dengan details? kebanyakannya promot kompeni mereka saja, dengan Usrati Sejahtera Jewel kami tidak putus akan beri info emas kepada anda.


BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Strategi Pelaburan Emas Dengan Modal Pinjaman


Bonus istimewa sempena kenaikan gaji kakitangan awam, strategi mengoptimumkan keuntungan dari pelaburan Emas menggunakan modal dari pinjaman peribadi.
TIPS PENTING
1. Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancang bagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.
2. Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.

STRATEGI PELABURAN
Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.
1. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM3200 sebulan.
2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.
3. Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.
  • RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar
4. Setiap bulan, jual 8 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.
  • Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.
5. Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :
  • 2009 – RM450
  • 2010 – RM550
  • 2011 – RM650
6. Dengan menjual sebanyak 8 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 96 keping Emas 1 Dinar. Pengiraan jumlah bayaran balik :
  • Tahun 2009 – 96 x RM450 = RM43,200
  • Tahun 2010 – 96 x RM550 = RM52,800
  • Tahun 2011 – 96 x RM650 = RM62,400

  • JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM158,400.

  • BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN RM41,600.

  • JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 96 Keping X 3 Tahun = 288 Keping.

  • JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping – 288 Keping = Baki Yang Belum Dijual 212 Keping.
  • 212 Keping x RM735 Harga DInar Sekarang = RM155,820 Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki.
  • RM155,820 – RM41,600 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman) = RM114,220.

Tahniah!!! Dalam masa hanya 3 tahun, anda telah memiliki simpanan Emas atau keuntungan sebanyak RM114,220 yang anda perolehi secara PERCUMA!!!

Mudah sahaja bukan? Ini lah pentingnya STRATEGI. Apa sahaja tindakan dan keputusan dalam pelaburan, ianya memerlukan kepada strategi, dan strategi adalah satu cara untuk anda mengurus risiko dalam Pelaburan.

Perlu diingat, risiko perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Thursday 26 April 2012

RM2 Juta Untuk Pingat Emas


Pemenang pingat emas Sukan Olimpik London Julai-Ogos ini sudah pastinya akan pulang sebagai seorang jutawan dengan ganjaran minimum RM2 juta menanti mereka.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu ketika mengumumkan demikian berkata, sebuah syarikat korporat telah pun memberi kata janji untuk menyumbang RM1 juta untuk pemenang pingat emas negara pada temasya yang akan berlangsung mulai 27 Julai hingga 12 Ogos itu.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan lagi identiti syarikat berkenaan.
Ganjaran tersebut adalah tambahan kepada RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mana-mana pemenang pingat emas negara.
MSN juga telah menjanjikan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.
Secara realistiknya, wakil Malaysia yang berupaya bersaing merebut pingat emas dalam Sukan Olimpik ialah pemain badminton Lee Chong Wei, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, perenang Pandelela Rinong, pelumba basikal Azizul Hasni Awang dan pasukan memanah yang diketuai Cheng Chu Sian.
Dalam pada itu, Gan turut mengalu-alukan penyertaan penajaan daripada 100Plus sebanyak RM4 juta untuk program televisyen menjelang bermulanya Sukan Olimpik.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Untung Atau Tidak Beli Emas Sekarang


Harga emas hari ini berada pada harga yang agak murah berbanding kenaikan sebelum ini(tahun lepas) yang mececah sehingga USD1900 per oz. Buat masa ini nilai emas pada harga USD 1660 per oz. Bagi penyimpan dan penggemar emas ini merupakan satu peluang untuk menambah jumlah simpanan emas anda. Pada graph 10 tahun, penurunan harga yang berlaku kini tidak lama kerana ia hampir sampai pada line support yang pernah tersentuh pada penghujung tahun lepas. Ia kemungkinan boleh turun sehingga USD 1560/oz., itu pun kalau dia boleh turun lagi lah.
harga emas
Harga emas terkini public gold untuk bar 20 gram adalah pada RM182.25. 1 setengah tahun lepas aku beli 20 gram bar adalah pada nilai RM 138.25, perbezaan adalah RM 44. Ini bermakna dalam tempoh tersebut berlaku peningkatan harga sebanyak 31.8%. Jika 20 gram bermakna keuntungan adalah RM880. Tetapi anda kene tau jugak, jika nak dijual harga yang valid ialah pada harga belian bukan harga jualan,  perlu tau tentang term we sell and we buy. Bermakna harga yang anda dapat kurang sebanyak antara 8%-9%..Apapun  kita masih untung lebih kurang 24%.
Jika anda bijak, juallah kepada individu yang mencari emas dan jangan jual balik kepada public gold atau agen public gold. Dengan cara ini kita boleh jual pada harga lebih tinggi, kerana siapa tak nak kalau agen jual RM3642+RM 20(shipping cost), tetapi kita jual 3600, pasti berebut orang nak beli. Aku pernah jual di facebook public gold untuk 1 bar 20gram pada harga lebih rendah dari public gold. Baru seminit buat post terus aku dihujani panggilan telefon dan message. Akhirnya terjual dengan aku mendapat keuntungan RM 200 dan si pembeli dapat beli dengan harga RM 70 lebih murah dari agen public gold. Ini kira win-win situation lah.
harga emas
Jika duit anda banyak atau anda memang teringin nak melabur tapi tak tahu bagaimana, cuba lah buat simpanan emas secara fizikal. Banyak kelebihan menyimpan emas. Salah satunya ia dapat mengatasi inflasi yang berlaku setiap tahun, sebab nilainya tidak terkesan dari peningkatan inflasi. Kelebihan lain, emas itu boleh digadai jika kita memerlukan duit. Kini telah banyak tempat yang menyediakan gadaian mengikut Islam seperti di Ar-rahn dan public gold ar-rahnu.
Cuma yang menjadi masalah ialah keselamatan simpanan emas fizikal. Kalau dah banyak memang risau nak simpan kat rumah, bayangkan lah kalau anda dah menyimpan hingga nilai beratus ribu. Pernah seorang rakan hendak pergi berkelah terpaksa masukkan emasnya dalam poket seluar yang dibalut dengan plastik sebab nak mandi laut. Bayangkan lah emas 1kg dalam poket pastu nak mandi laut. Tapi 1 kg emas ni saiznye kecil aje.
Nasihat aku jika anda bijak cubalah ambil peluang ini untuk mendapatkan emas ketika harga emas masih dalam trend menurun. Sebab dia pasti akan bergerak kembali kepada harga USD 1900/oz. Tambahan pulak kini semakin hebat dengan spekulasi perang antara Iran dan Israel yang memungkinkan berlakunya kenaikan nilai emas dan minyak.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Wednesday 25 April 2012

10 Sebab Emas Menjadi Pilihan Utama

Emas semakin menjadi pilahan ramai dalam pelaburan jangkapanjang..antara sebabnya;





10 Sebab Emas Menjadi Pilihan Utama Berbanding Pelaburan Yang Lain.


1. Keselamatan
 Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan dek caj-caj pengurusan bank, caj kad debit, dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut.  Disamping kehilangan wang kertas dari segi milikan, wang kertas juga boleh hilang dari segi penyusutan nilainya oleh inflasi.Simpanan emas anda walaubagaimanapun sama sekali selamat dari caj-caj dan inflasi kerana ia adalah milik mutlak (peribadi) dan sukar untuk dicipta.

2. Mudah Dicairkan
Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan, dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urusniaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkn menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi. Untungnya, apabila anda ada emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun. Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu, dan mana-mana ejen Public Gold dan ramai lagi. =)

3. Menguntungkan
 Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 - 35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.


4. Mudah Dipindahkan
Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas RM160,000 dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu anda akan memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasanya dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran barang dan wang dalam jumlah yang banyak dilakukan, dengan meletakkan duit tersebut dalam sebuah 'briefcase'. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?! Namun, jika anda membawa RM160k dalam bentuk emas, iaitu 1kg jongkong emas, anda mungkin meletakkannya dalam poket anda sahaja tanpa orang menyedarinya ke sana sini dengan selamat.

5. Tahan Lama
Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam dengan begitu sahaja. Dengan itu, nilainya juga akan hilang sama sekali. Sebaliknya, emas yang tahan terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api sekalipun hanya melebur sahaja pada suhu yang tinggi (di atas 1083 darjah celcius),  emas tetap logam mulia dan tetap bernilai hanya bentuknya saja berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. Nilainya emas terus ada sampai bila-bila.


6. Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri
Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya dirumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, disaat anda memerlukan, kerana tidak mudah dicairkan. Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh, agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah.

7. Bersifat peribadi
Aset dalam bentuk properti yang lain seperti akaun simpanan bank, amanah saham, bon, saham, insurans, rumah, bangunan, tanah, dan sebagainya, malah akaun simpanan emas seperti Public Bank GIA atau Maybank GSPA sekalipun akan dapat diketahui, dikesan, direkod dan dinilai oleh pihak lain. Pihak BNM, jabatan audit negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lagi mampu mendapatkan jumlah kekayaan sebenar seseorang itu melalui pelbagai cara. Tambahan pula, di era digital money dan jaringan jalur lebar ini, semuanya hanya beberapa saat sahaja. Maka, dengan itu, gerakan freemason dan sistem kewangan yahudi yang sememangnya ingin memerhati dan mengawal ekonomi setiap individu di dunia ini adalah satu matlamat yang telah tercapai. Dengan mengenakan tekanan ekonomi yang hebat bagi melemahkan gerakan penentang mereka menjadi satu perkara yang sangat mudah bagi mereka yang sedia ada mengawal bank-bank pusat dunia, IMF dan Federal Reserve. Namun, pemilikan emas anda adalah suatu yang peribadi. Jumlah kekayaan anda, hanya anda sahaja yang tahu. Berapa gram atau kilogram emas yang anda miliki bukanlah pengetahuan umum, kerana komoditi emas adalah logam pemilikan bebas.Tiada undang-undang yang melarang anda untuk memilikinya seberapa banyak mana sekalipun. Jadi tidak ada siapa yang tahu jumlah sebenar gram yang anda simpan, apatah lagi pihak bank dan kerajaan, kecuali anda menceritakannya pada umum.


8. Risiko rendah
Dalam jangkamasa panjang, boleh dikatakan risiko melabur dalam emas adalah sangat kecil dan lansung tiada. Anda mungkin hanya perlu membiayai caj simpanan di safety deposit box sahaja sebagai beban tahunan. Memanglah ada masa dan ketika harga emas jatuh sedikit pada jangkamasa pendek dan sederhana, namun, jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun tidak pernah jatuh, malah melonjak ke paras harga yang lebih tinggi. Tahun ini sahaja, emas telah mencatatkan kenaikan untuk lebih 34%. Jadi risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil.
p.s: risiko rompakan terhadap apa benda dan aset kita sekalipun adalah perkara yang tidak boleh diketepikan. Begitu juga wang kertas yang tambahan pula terdedah pada risiko terbakar, bencana alam dan sebagainnya.


9. Bebas Cukai & Caj Pengurusan
 Aset hartanah, saham, bon, bangunan dan lainnya akan dibebankan dengan pelbagai cukai dan caj pengurusan rutin. Cukai pintu, pendapatan, perkhidmatan, perniagaan, dan banyak lagi. Jadi, semakin banyak aset anda, maka semakin tinggi pula kos pembiayaan yang yang membebani kewangan anda. Itu belum dikira kos baikpulih, kos maintainence, penyusutan nilai harta dan juga kos-kos biaya yang tak terduga. Namun tidak pada Emas, fee free for fine gold..!

10. Keindahan dan Kebanggaan  
Kilauan kuning keemasan telah mewarnai sejarah umat manusia, sebagai lambang kemakmuran, kejayaan, kekayaan, kehormatan, kemurnian dan keindahan yang bernilai seni tinggi pada berbagai bentuk perhiasan, artifak, syiling, jongkong, peralatan dan perlengkapan yang dapat dijadikan sebagai collector items. Dengan memiliki emas, anda akan dapat menikmati sendiri aset dan pemilikan sendiri yang mutlak dengan rasa bangga dan puas. Aset ini kemudiannya dapat diwariskan pula.




BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI


Saturday 21 April 2012

Cara Bayar Installment Kereta Menggunakan Emas


Syukur kepada Allah, solid profit group makin mengembangkan sayapnya. Harap kita sama-sama menjana keuntungan. yang berat dipikul dan yang ringan dijinjing. saya mengalu-alukan kedatangan anda. kita  buat komuniti pelaburan emas dan kongsi ilmu untuk keuntungan bersama. Jadi jangan segan bertanya ok.
Kali ini saya ingin share teknik yang semua orang boleh buat apabila emas  ada didalam tangan dimana “emas kertas” tak boleh buat.
Dengan teknik ini saya berharap agar anda dapat membuka minda anda terhadap emas pelaburan ini.
Baiklah ada rakan saya baru dapat Bonus lebih kurang RM3500. Beliau mengatakan apa nak dilakukan dengan duit ini sebab kalau pegang konpem abis. Jadi bagaimana nak jadikan ia nilai tambah ?
Saya memberi beliau cadangkan supaya beli emas dan jadikan nilai tambah kepada beliau. Beliau tanya saya bagaimana ?
Maka saya tanya kembali, “Ada kereta kan. Jadi gunakanlah untuk bayar kereta”.
Gunakan Emas sebagai sandaran
Disini saya ceritakan bagaimana :
Katakan anda mengambil kereta yang installment bulanannya RM400 selama 9 tahun. maka jika 6 bulan anda perlu membayar sebanyak RM 2400.
pengiraan adalah seperti berikut
RM400 x 6 bulan = RM 2400.
Step 1
Anda beli i-Jewellery 20gram dengan nilai RM 3350 (nilai pada entry ini ditulis ) kemudian anda Pajakan di Bank dan mendapat cash sebanyak 70% daripada nilai emas anda.
Katakan anda pajak di Agro bank dengan nilai RM 178 segram. pengiraan adalah seperti berikut
20gram x RM 178 = RM 3560
RM3560 x 70% = RM 2492 (dapat cash)
Step 2
Setelah anda mendapat cash sebanyak RM2492 tadi , kemudian bayar kereta selama 6 bulan “lungsum” terus.Kemudian daripada gaji anda yang patut tiap-tiap bulan bayar RM400 kereta tadi, anda ubah bayar kepada pajakan tadi.
Jadi setiap bulan anda bayar untuk tebus emas anda. dan selepas 6 bulan. anda boleh keluarkan emas daripada pajakan dan dalam masa yang sama anda dapat membayar kereta anda.
Kesimpulan setiap 6 bulan anda tebus emas anda dan ulang balik sehinggalah kereta anda habis bayar. anda akan dapat nilai tambah dari situ.
Nampak macam “Baik bayar kereta macam biasa je tiap-tiap bulan, lagi senang, tak payah pajak”. Tapi selepas 9 tahun anda hanya dapat kereta je la. Bayar Tetap sama.
Berbanding jika ada lakukan  sebegini selepas 9 tahun anda dapat kereta dengan emas 20gram.
Bayangkan kenaikan emas worst case 20% setahun dan selepas 9 tahun emas 20gram anda tadi telah menjadiRM 17,285.00.
Wow!!! Jadi daripada anda mendapat Kereta je baik dapat kereta + emas. Menarik memang menarik tapi kena buat baru tau hasilnya.
Jadi apa tindakan anda. segeralah tempah emas dan perak fizikal anda sekarang sebelum terlambat.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Bagaimana Cara Polis Menahan Penjenayah Penipuan Emas


Video yang ditunjukkan Malaysiakini pada 23-Mac-2012 menunjukkan bagaimana penjenayah cuba melawan apabila  ditahan polis memaksa polis untuk bertindak tegas, seramai 4 anggota polis terpaksa bergelut dengan penjenayah ini sebelum dapat digari. Melakukan penipuan emas, meragut emas, mencuri emas, menjual emas curi merupakan satu kesalahan dan berdosa.
Dari Laporan Berita:
GEORGE TOWN — Polis hari ini menafikan empat anggotanya mengasari seorang tukang emas ketika hendak memeriksa lelaki itu dalam satu kejadian di sebuah kedai di Jalan Perak pada 20 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP, Gan Kong Meng berkata, anggotanya melakukan pemeriksaan biasa bagaimanapun lelaki berkenaan enggan memberikan kerjasama sehingga berlaku pergelutan.
“Hasil siasatan awal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam kedai berkenaan tidak menunjukkan empat anggota polis terbabit memukul tukang emas berkenaan.
“Sebaliknya berlaku sedikit pergelutan ketika dia cuba ditahan untuk di bawa ke balai bagi pemeriksaan lanjut sebelum dibebaskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang tukang emas meminta polis melakukan siasatan secara telus berhubung empat anggota yang didakwa mengasarinya dalam satu kejadian pada 20 Mac lepas.
Tukang emas, yang enggan namanya disiarkan itu, mendakwa dia yang sedang memandu kereta di Jalan Datuk Keramat, ditahan empat lelaki bermotosikal dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Anggota terbabit, yang berpakaian biasa, mengarahkan dia memberhentikan kereta untuk diperiksa tetapi akibat takut dan bimbang berlaku kejadian tidak diingini, tukang emas berusia 39 tahun itu terus memandu menuju ke kedai milik rakannya di Jalan Perak 50 meter dari tempat kejadian.
Menurut tukang emas itu, empat lelaki berkenaan mengekorinya masuk ke kedai rakannya dan berkeras mahu membawanya ke balai polis terdekat bagi tujuan pemeriksaan.
Kong Meng berkata, tukang emas itu bersetuju tetapi meminta kebenaran untuk menghubungi anggota keluarganya di Sungai Petani, Kedah dan anggota polis terbabit membenarkan.
“Anggota polis benarkan dia hubungi keluarganya dan selepas itu meminta tukang emas berkenaan untuk ke balai, tetapi dia enggan dan bertindak meronta-ronta ketika cuba ditahan.
Kes disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Sindiket Emas Palsu Ar-Rahnu Tumpas


IPOH 17 April – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan melibatkan barangan emas tiruan di daerah ini dengan tertangkapnya tiga suspek dalam serbuan berasingan sejak 2 hingga 8 April lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berusia antara 55 dan 70 tahun ditahan hasil laporan seorang mangsa yang juga pemilik kedai emas dekat sini, pada 2 April lalu.
Katanya, pemilik kedai emas itu mendakwa didatangi seorang suspek yang menawarkan surat gadai emas menerusi Skim Ar-Rahnu dari sebuah bank tempatan. ”Pengadu bersama suspek ke bank berkenaan untuk menebus barang kemas berupa tujuh biji loket emas bernilai RM32,394.24. ”Selepas barangan itu diserahkan kepada pengadu dan pemeriksaan dibuat dengan memotong salah satu daripada loket, pengadu menyedari bahawa ia merupakan emas tiruan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Shukri berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menggadaikan emas tiruan di bawah Skim Ar-Rahnu dan apabila tamat tempoh gadaian emas tersebut, ia akan dijual kepada pembeli lain. Katanya, siasatan awal mendapati, dua daripada suspek merupakan bekas pekerja bank tersebut manakala seorang lagi penganggur. ”Hasil tangkapan itu, polis merampas 15 utas rantai tangan dan 15 utas rantai leher yang disyaki tiruan seberat dua kilogram yang dianggarkan bernilai RM360,000,” kata beliau.
Menurutnya, daripada semakan yang dibuat, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah iaitu memalsukan dokumen pada 1985 dan 1986. ”Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya ada individu yang menawarkan barang kemas untuk dijual kerana disyaki sebagai barangan tiruan. ”Justeru itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan tersebut diminta menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Monday 16 April 2012

Harga Emas Cecah RM6,140 Seauns


KENAIKAN harga emas ke paras tertinggi melebihi AS$2,000 (RM6,140) seauns yang dijangka dicapai tahun depan, akan memberi petanda bahawa logam berharga itu mencapai paras harga kemuncak dalam aliran meningkat sejak lebih sedekad lalu apabila dasar kewangan di negara ekonomi utama kembali normal, kata Pengerusi Perundingan Logam (GFMS), semalam.

Pasaran dijangka meningkat kepada paras tertinggi baru menjelang awal 2013 selepas bergelut tahun ini ekoran permintaan agak perlahan di pasaran fizikal utama dan kemerosotan tarikan pelaburan untuk jongkong emas, kata Philip Klapwijk.

Harga emas mungkin melepasi AS$2,000 berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro yang berterusan dan prospek berhubung lebih banyak pelonggaran dasar monetari AS, katanya.

“Kami menjangkakan dapat menyaksikan harga emas naik melepasi AS$2,000 pada 2013, namun begitu tahun depan mungkin menjadi sebagai petanda tertinggi untuk pasaran,” kata Klapwijk.

“Ia bergantung kepada sama ada kami melihat beberapa penyelesaian di Eropah yang mencukupi untuk mengambil beberapa langkah mengatasi isu berakhirnya langkah rangsangan di AS serta prospek normalisasi dasar monetari,” katanya.

Klapwijk berkata, emas dijangka diniagakan sekitar AS$1,530 hingga AS$1,920 seauns pada 2012, dengan harga purata AS$1,731 seauns. 

Harga akhir tertinggi yang dipaparkan sedikit di bawah rekod tahun lalu iaitu AS$1,920.30 seauns yang dicatatkan pada September.

“Apa yang kita lihat adalah penangguhan berikutnya kepada kenaikan harga tertinggi,” kata Klapwijk sebelum melancarkan laporan GFMS Gold 2012.

“Paras harga melepasi AS$2,000 seauns mungkin akan melihat lebih banyak cerita untuk separuh pertama 2013 berbanding beberapa perkara yang kita akan lihat pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Melihat kepada unjuran untuk bekalan dan permintaan tahun ini, beliau menunjukkan kepada lebihan asas dalam pasaran yang mana dolar akan berjumlah AS$130 bilion.

Kaitan emas dengan aset lain seperti saham, dolar dan euro masih berubah secara berterusan.

Dalam tiga suku pertama 2011, kebanyakan emas didagangkan selaras dengan dolar berikutan pelabur membeli kedua-dua aset sebagai pelaburan selamat. Namun pada enam minggu terakhir, emas didagangkan berbanding dolar dan selaras dengan komoditi lain.

Walaupun kini emas kurang terdedah kepada turun naik dalam pasaran ekuiti, Klapwijk berkata, harga masih boleh jatuh secara ketara jika wujudnya satu pergerakan yang lebih rendah dalam bekalan. – REUTERS

Wednesday 11 April 2012

10 Tempat Nenek Sorok Emas


rumah nenek
Mungkin ramai yang dah tahu kat mana nenek sorok kan?, tapi kecik-kecik dulu korang tak tahu, kadang-kadang nenek tak kunci pun pintu bilik tapi jarang benar orang boleh jumpa kat mana nenek simpan barang kemas dia. Walaupun one day nenek mungkin terlupa (nyanyuk) tapi dia tak lupa barang kemas dia, setiap hari raya, dia bagi cucu dia jika mampu, jika x mampu dia bagi pinjam je. Untuk perhatian bukan saiz subang je macam korang semua , nenek punye saiz tali pinggang , korang ada?
1.  Bawah Tilam
bawah tilam nenek kekabu
2. Dalam tin milo/biskut jagung
tin milo emas
tin biskut jagung

3. Bawah tikar getah
tikar getah emas
4. Dalam almari lama bilik nenek
almari lama emas

5, Celah baju yang dilipat

6. Dalam poket baju yang tergantung\
baju tergntung dalam bilik
7. Dalam kotak sireh dalam bilik
kotak sireh emas

8. Sorok bawah katil, celah2 beg/kayu/kotak banyak
katil lama emas
9. bawah tempat isi beras
bekas isi beras
10. Kedai pajak cina
kedai pajak emas cina

rasa-rasanya kat mana nenek korang simpan emas ye? share kat komen dibawah…. dan jika korang pun simpan kat tmpt hampir2 sama, mmg jelas dan terang la korang ada pertalian darah… haha terima kasih kerana membaca entry x seberapa ini

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI