KENAIKAN harga emas ke paras tertinggi melebihi AS$2,000 (RM6,140)
seauns yang dijangka dicapai tahun depan, akan memberi petanda bahawa logam
berharga itu mencapai paras harga kemuncak dalam aliran meningkat sejak lebih
sedekad lalu apabila dasar kewangan di negara ekonomi utama kembali normal,
kata Pengerusi Perundingan Logam (GFMS), semalam.
Pasaran dijangka meningkat kepada paras tertinggi baru menjelang awal
2013 selepas bergelut tahun ini ekoran permintaan agak perlahan di pasaran
fizikal utama dan kemerosotan tarikan pelaburan untuk jongkong emas, kata
Philip Klapwijk.
Harga emas mungkin melepasi AS$2,000 berikutan kebimbangan terhadap
krisis hutang zon euro yang berterusan dan prospek berhubung lebih banyak
pelonggaran dasar monetari AS, katanya.
“Kami menjangkakan dapat menyaksikan harga emas naik melepasi AS$2,000
pada 2013, namun begitu tahun depan mungkin menjadi sebagai petanda tertinggi
untuk pasaran,” kata Klapwijk.
“Ia bergantung kepada sama ada kami melihat beberapa penyelesaian di
Eropah yang mencukupi untuk mengambil beberapa langkah mengatasi isu
berakhirnya langkah rangsangan di AS serta prospek normalisasi dasar monetari,”
katanya.
Klapwijk berkata, emas dijangka diniagakan sekitar AS$1,530 hingga
AS$1,920 seauns pada 2012, dengan harga purata AS$1,731 seauns.
Harga akhir tertinggi yang dipaparkan sedikit di bawah rekod tahun lalu iaitu
AS$1,920.30 seauns yang dicatatkan pada September.
“Apa yang kita lihat adalah penangguhan berikutnya kepada kenaikan harga
tertinggi,” kata Klapwijk sebelum melancarkan laporan GFMS Gold 2012.
“Paras harga melepasi AS$2,000 seauns mungkin akan melihat lebih banyak
cerita untuk separuh pertama 2013 berbanding beberapa perkara yang kita akan
lihat pada separuh kedua tahun ini,” katanya.
Melihat kepada unjuran untuk bekalan dan permintaan tahun ini, beliau
menunjukkan kepada lebihan asas dalam pasaran yang mana dolar akan berjumlah
AS$130 bilion.
Kaitan emas dengan aset lain seperti saham, dolar dan euro masih berubah
secara berterusan.
Dalam tiga suku pertama 2011, kebanyakan emas didagangkan selaras dengan
dolar berikutan pelabur membeli kedua-dua aset sebagai pelaburan selamat. Namun
pada enam minggu terakhir, emas didagangkan berbanding dolar dan selaras dengan
komoditi lain.
Walaupun kini emas kurang terdedah kepada turun naik dalam pasaran
ekuiti, Klapwijk berkata, harga masih boleh jatuh secara ketara jika wujudnya
satu pergerakan yang lebih rendah dalam bekalan. – REUTERS