SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS

  Semakin ramai yang memahami keperluan menyimpan emas tetapi lebih ramai lagi yang tidak tahu mengapa simpanan melalui emas itu adalah perlu dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak menentu.
 
            Semoga artikel ringkas ini dapat membantu kita membuat penilaian dan mengambil keputusan yang tepat demi masa depan kewangan kita. Renungkan sebentar dan mulalah membuat penilaian yang positifDALAM KEADAAN EKONOMI DUNIA YANG TIDAK STABIL, EMAS ADALAH SIMPANAN TERBAIK. 

            Menyimpan KEKAYAAN di dalam bentuk EMAS akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

            EMAS adalah wang yang sebenarnya.  Sekiranya hendak menyimpan, simpanlah dalam bentuk EMAS untuk keperluan dan pelaburan jangka masa panjang, sederhana atau pendek.

            BAYANGKAN… Jika anda ada menyimpan EMAS bernilai RM800 dalam 10 tahun dahulu. Kini nilainya hampir RM3,500! Sekiranya anda mula menyimpan dari sekarang, berapa pula harganya untuk 10 tahun akan datang? SUDAH PASTI nilainya akan MENINGKAT! Inilah yang dikatakan PENYIMPANAN NILAI TERUNGGUL, TERBAIK DAN TEPAT!

  Bagaimana Untuk Memulakan Simpanan Emas?
  Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Simpanan Emas?  
  Bagaimana Memaksimakan Keuntungan dalam Simpanan Emas?

1.     BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN SIMPANAN EMAS? 

Sejak akhir-akhir ini , media masa banyak memaparkan kes-kes jenayah melibatkan pembuangan bayi , pembunuhan bayi , sindiket jual bayi dan kehilangan bayi@kanak-kanak.Sebagai seorang yang berstatus ayah , rasa sebak sentiasa menyelubungi hati ini dikala menatap berita seperti ini.Dimanakah letaknya nilai kemanusian ? Tiada perasaankah mereka yang melakukannya ? Kadang-kadang terlintas difikiran , adakah jenayah ini bermusim or media masa yang bermusim ! Bagi saya punca utama berlakunya jenayah seperti ini adalah dari keluarga itu sendiri di samping pengaruh@sebab-sebab lain.So kesimpulannya , ibu-bapa yang wajib memainkan peranannya yang sebenar.

            Baiklah , coretan saya pada kali ini juga berkaitan dengan anak-anak iaitu simpan emas untuk anak-anak. Artikel ini memang sesuai untuk direnung bagi mereka yang sudah berstatus ibu dan ayah.Bagi mereka yang belum berstatus ibu dan ayah amat sesuai sekali untuk direnung kerana suatu hari nanti anda bakal bergelar ibu dan ayah.

            “Tahukah anda sifat ibu dan ayah yang tidak ada pada mereka yang belum berstatus ibu dan ayah ! Memberi tanpa mengharapkan balasan “

Saya masih teringat dengan kata-kata salah seorang teman saya iaitu En. Asmadi. Katanya ” saya beli emas untuk masa depan anak-anak saya ” . Kata-kata beliau amat saya sokong dengan fakta berikut :

Katakan umur anak sekarang 3 tahun dan dalam masa 15 tahun usia anak anda adalah 18 tahun   ( usia untuk memasuki pusat pengajian tinggi ).

Katakan sekarang anda mempunyai emas 20 gram dengan nilai RM 2’940.00. Purata kenaikkan harga emas dalam masa 1 tahun adalah lebih kurang 27% . Jadi dalam masa 15 tahun emas yang anda miliki tersebut bernilai RM 14,847.00.

Katakan sekarang anda mempunyai duit flat / duit kertas berjumlah RM 2’940.00. Persoalan saya, bolehkah nilai RM 2’940.00 bertukar menjadi RM 14’847.00 kalau disimpan begitu sahaja ? dan satu lagi kelemahan duit flat / duit kertas adalah dimakan oleh anai-anai inflasi.

 
KEUNTUNGAN MENYIMPAN EMAS.

  1. Membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi (harga emas naik 25%-36% setahun dalam jangka panjang)
  2. Menyimpan selama mungkin dan memajak ( Ar- Rahnu ) apabila memerlukan wang
  3. Boleh menambahkan keuntungan jika boleh berniaga emas (menjadi agen) 




YANG MANA AKAN ANDA PILIH?


EMAS 

                                                     





 ATAU   






WANG KERTAS

8 SEBAB KENAPA KITA PERLU BERALIH MENYIMPAN EMAS.

EMAS
WANG KERTAS
Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah 1 dinar.  Pada zaman sekarang pun masih 1 dinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM660.00.  (1 Dinar = 4.25gm). 
Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, matawang Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi.
BERNILAI kerana ia mempunyai nilai tersendiri.
DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja.
Laku di seluruh dunia pada setiap masa. Orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.
Laku pada waktu aman sahaja.  Contoh depan mata ialah Iraq, dimana selepas kejatuhan Saddam, wang kertas negara tersebut  terus tiada nilai.
Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2002 ialah 68 dinar tapi pada tahun 2010 hanya perlu 19 dinar sahaja. Jadi kita tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.
Kalau kita menabung bentuk duit, nescaya kita perlu tambah lagi wang kita walaupun kita nak pergi seorang saja.
Kebanyakan ilmuan ekonomi adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.
 Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit RM100.00 - RM200.00.  Jangan malukan diri kita lagi.
Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.
Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas. Dijangkakan matawangnya akan terus terjejas. 
Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai. Rujuk www.kitco.com 
Susutnilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%. Tapi ramai tak nampak..yang kita nampak kertas kita makin banyak.
Sukar untuk memanupulasikan harga kerana ia memang berharga.
Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah kita jika RM100,000.00 kita di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit kita menjadi RM100.00 saja!  Tidak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan..


TEKNIK UNTUK MENGGANDAKAN MENYIMPAN EMAS.

        Pajakan bukan lagi satu peluang untuk mendapatkan duit semata-mata,lebih lebih lagi pada masa terdesak. Namun ianya boleh dimanipulasi hingga menjadikan ianya satu bentuk pinjaman yang mendatangkan keuntungan bagi yang benar-benar faham tentang teknik pajakan ini.Disebabkan ramai yang telah bertanya tentang teknik ini.Teknik pajakan ni kena betul-betul faham ,kerana kalau tidak boleh melayang emas yang dipajak dan juga berkemungkinan juga rugi. Jika anda sudah faham sepenuhnya teknik pajakan ini,maka anda boleh menambah koleksi emas sedia ada.

            1.          Pertama sekali perlu ada koleksi emas dalam simpanan,yang terbaik adalah emas-emas yang tidak dipakai ataupun emas yang dibeli secara murah,dilelong atau dari rakan-rakan kerana ia akan memaksimakan keuntungan yang anda dapat.

            2.         Dapatkan maklumat tentang institusi pajakan Ar Rahnu yang ada berdekatan anda .Jangan pajak di kedai pajak konvesional kerana ia mengenakan interest bagi pajakan manakala Ar Rahnu hanya mengenakan upah simpan yang sangat berpatutan bergantung kepada jumlah marhun.


            TEKNIK BAGI PINJAMAN AR RAHNU ( AGROBANK )
    Ar Rahnu Agrobank memberi pinjaman dari 50% sehingga 70% dan tempoh gadaian sehingga 6 bulan. Gadaian boleh dilanjutkan dengan syarat upah simpan dilangsaikan dalam tempoh tersebab.
    Contoh: 
     Anda memiliki / beli emas 916 – 27.2 gram ( RM 4’270.40 ) – harga emas 30/05/2011
     Kemudian anda buat gadaian ( Ar Rahnu Agobank – katakanlah harga emas ialah 151.90/gram @ refer http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu ), anda akan dapat pinjaman sebanyak RM 2’892.18.
      Anda cuma tambah modal RM 1’378.22 SAHAJA untuk memiliki emas  yang sama berat dan jisimnya.
    Ini bermakna anda sudah memiliki emas sebanyak 54.4 gram ( RM 8’540.40 ).




















2.     BAGAIMANA  MEMBUAT KEUNTUNGAN  DENGAN SIMPANAN EMAS ? 

PELABURAN EMAS
Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu:
  Pelaburan secara emas fizikal
  Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas
 
PELABURAN SECARA FIZIKAL
   —  Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
  Syiling emas
  Jongkong emas
  Barang kemas 

  Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan

  Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.


INSTITUSI  YANG MENJUAL EMAS PELABURAN.

 Di Malaysia, terdapat 5 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:

  Maybank - Syiling Kijang Emas
  UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
  Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
  Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
  Kedai –kedai emas – jongkong emas dan barang perhiasan

MAYBANK – SYILING KIJANG EMAS



  Salah satu daripada emas pelaburan terbaik di Malaysia ialah syiling Kijang Emas.  
  Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. Ia telah dilancarkan pada 17 Julai 2001 dan diedarkan oleh Maybank.
  Ianya dikeluarkan di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. serta mempunyai ketulenan 24K (999.9).
  Syiling Kijang Emas boleh dibeli di cawangan bank Maybank sahaja.
  Harga syiling Kijang Emas boleh dipantau melalui laman web Bank Negara. Ia akan diupdate setiap hari. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
 
UOB BANK – SYILING EMAS JONGKONG EMAS.


  Selain daripada Maybank, UOB Bank turut menjual syiling emas dan jongkong emas bagi tujuan pelaburan.
  Antara syiling emas terkenal yang dijual UOB Bank ialah , Canadian Gold Maple, Australian Kangaroo, Singapore Gold Lion.
  Harga emas UOB adalah di antara harga emas fizikal yang termurah di Malaysia. Harga emas yang dijual pula akan berubah mengikut harga emas dunia. Refer http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin
 
  PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN.BHD – SYILING DAN JONGKONG EMAS.

  Selain daripada Maybank dan UOB Bank, terdapat sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan sendiri emas pelaburan dan dijual pada harga pasaran antarabangsa.
  Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (Public Gold).
  Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga  1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram.
  Harga emas secara oline di laman web Public Gold di www.publicgold.com.my dan membeli emas tersebut daripada agen Public Gold.

DINAR EMAS KELANTAN – DINAR EMAS
 
  Dinar emas Kelantan telah dilancarkan pada 20 September 2006. Laman web Dinar Emas Kelantan ialah http://www.dinarkel.com/
Ini adalah gambar dinar emas Kelantan.
  Anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di kedai Ar-Rahn di sekitar Kelantan. 
  Untuk lokasi kedai Ar-Rahn, sila rujuk http://www.dinarkel.com/wtb.html
 
KEDAI-KEDAI EMAS – JONGKONG EMAS DAN BARANG PERHIASAN.

  Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas. Antaranya ialah Habib Jewel, Poh Kong, Sri Ayu dan beberapa jenis kedai emas lagi.
  Untuk mendapat harga semasa, anda mesti pergi ke kedai-kedai tersebut atau layari laman web mereka.

PELABURAN SECARA MEMBUKA AKAUN SIMPANAN EMAS.

  Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.
  Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu:
  Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)            
  Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
  Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.
  Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

MAYBANK : GOLD SAVING SAVING PASSBOOK ACCOUNT ( GSPA ).

  Maybank juga menawarkan akaun simpanan pelaburan emas. Sama seperti GIA, GSPA ini hanya melibatkan pembelian emas melalui buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan tertentu.
  Jika anda berminat membuka akaun simpanan GSPA, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank untuk membukanya.
 
  SYARAT-SYARAT MEMBUKA AKAUN:
            1. Pelaburan minimum ialah 5 gram
            2. Boleh buka akaun individu atau kongsi sehingga 4 orang


PUBLIC BANK : GOLD INVESTMENT ACCOUNT ( GIA ).
 
  Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh Malaysia. 
  Untuk mengetahui Public Bank yang berhampiran tempat anda,sila lawati http://www.pbebank.com/en/en_content/info/branches.html 
  Anda juga boleh membeli dan menjual emas sepanjang waktu beroperasi Public bank.
  Kos membuka akaun simpanan GIA adalah kecil. Anda cuma perlu membeli minimum 20 gram emas sahaja sebagai permulaan. Jika nak tambah pelaburan emas anda, minima ialah 5 gram dan dalam gandaan 1 gram.
  Sebagai pelabur, anda tentu nak tengok perkembangan harga emas betul tak? Naik ker? turun ker? Jadi anda boleh tengok perkembangan harga emas Public Bank GIA kat sini:



PERBANDINGAN ANTARA EMAS JONGKONG, EMAS PERHIASAN DAN AKAUN SIMPANAN EMAS.

              Berikutan harga emas yang semakin melonjak naik, ditambah dengan pendedahan dan maklumat yang mudah diperolehi melalui media, kini semakin ramai yang berminat untuk menjadikan emas sebagai suatu aset untuk tujuan pelaburan. Rekod menunjukkan harga emas adalah stabil, dan tidak terikat kepada kadar inflasi sesebuah negara. Ramai yang bertanya, apakah bentuk pelaburan emas yang terbaik?  Secara prinsip, yang terbaik adalah membeli emas pada kadar terendah dan menjualnya semula pada harga yang tertinggi.

              Pelaburan emas, atau secara mudahnya menyimpan emas tidak dapat disangkal lagi mampu memberikan pulangan yang lumayan untuk suatu tempoh yang panjang. Sebagai contoh Emas 24K pada tahun 2000 lebih kurang RM40/g tapi hari ini RM177/g. Sekalipun anda tidak melaburkan emas tersebut , memadai dengan hanya menyimpannya dengan baik sudah menguntungkan kerana emas sendiri adalah penyimpan nilai kewangan yang kukuh. Menyimpan emas boleh dilakukan samada secara emas fizikal ataupun dengan membuat simpanan emas di bank seperti GIA, GSPA dan gold certificates. Jadual ringkas berikut disediakan untuk menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua kategori tersebut:

Emas Fizikal
Simpanan Emas di Bank
Emas disimpan dalam bentuk fizikal, kata orang alah membeli menang memakai
Emas dibeli dalam bentuk saving/investment account dengan baki minimum setiap masa
Kepelbagaian dalam design dan boleh dijadikan perhiasan
Tiada kepelbagaian rekabentuk, untuk pelaburan semata-mata
Mudah dijual secara tunai pada bila-bila masa
Mudah dijual dalam waktu urusniaga bank
Emas boleh dipajakgadai / al Rahnu sekiranya memerlukan tunai dalam masa yang sama tidak kehilangan aset emas
Tidak boleh digadaikan. Sekiranya memerlukan tunai, aset emas perlu dijual
Risiko – kehilangan dan kecurian
Simpanan emas terjamin
Kadar susut nilai (spread) tinggi disebabkan harga belian termasuk kos upah
Kadar jualan semula lebih tinggi mengikut harga live-rate (hanya caj bank dikenakan)

Dalam pasaran Malaysia, emas fizikal dikategorikan kepada dua iaitu emas perhiasan dan emas jongkong. Emas perhiasan termasuklah cincin, gelang , rantai dan sebagainya manakala emas jongkong berupa gold bar dan gold coin. Ada pelanggan kami yang berminat dengan emas perhiasan, namun ada juga yang memilih emas jongkong sebagai simpanan. Kami sertakan sedikit perbandingan antara keduanya:

Emas Perhiasan
Emas Jongkong (coin / gold bar)
Kepelbagaian rekabentuk
Rekabentuk yang terhad
Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan
Hanya sesuai untuk pelaburan semata-mata
Kadar upah dikenakan mengikut rekabentuk
Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat
Mudah dijual semula dan dipajak di mana-mana pajak gadai atau bank al Rahnu
Mudah dijual semula. Mudah dipajak di pajak gadai konvensional. Bank al Rahnu tidak lagi menerima pajakan emas jongkong
Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu
Memerlukan modal yang agak tinggi
Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat
Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat
Di Selangor, zakat perlu dibayar apabila cukup haul apabila melebihi 800g
Di Selangor, zakat perlu dibayar apabila cukup haul dan melebihi 85g
Mindset kebanyakan penyimpan emas;  emas perhiasan biasanya lebih dihargai dan disimpan lebih lama. Secara tidak langsung emas tersebut menjadi pelindung kekayaan dan akhirnya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda
Mindset kebanyakan pelabur emas; emas jongkong biasanya dijual semula apabila harga telah mencapai target keuntungan, sekaligus tidak memaksimumkan pulangan. Dalam masa yang sama setelah emas tersebut dijual,  harga belian semula sudah lebih tinggi

Tepuk dada tanyalah selera,  terpulanglah pada anda untuk menyimpan emas secara mana. Teruslah menyimpan emas hari ini untuk masa hadapan. Namun perlu kita berhati-hati kerana akhir-akhir ini banyak kita dengar skim pelaburan emas yang tidak patuh syariah dan melanggar akta kewangan. Ada juga syarikat yang ditutup dan disenaraihitam oleh Bank Negara Malaysia.

EMAS SATU PELABURAN YANG SELAMAT.

Kestabilan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada pelbagai faktor, namun ia boleh goyah dan mungkin jatuh merudum dalam masa sehari saja. Beberapa contoh yang kita lihat sejak akhir-akhir ini; krisis di Timur Tengah, tsunami di Jepun, gempa bumi di Myanmar dan kemarau serta banjir di Thailand telah sedikit sebanyak mempengaruhi nilai matawang di pasaran dunia. Kita mohon pada ALLAH agar memelihara kita dan menjauhkan bala bencana tersebut dari Malaysia yang tercinta. Aminnn…..

Kita juga melihat bagaimana negara-negara Eropah seperti Greece, Ireland dan Portugal terpaksa meminta bantuan kewangan dalam usaha menstabilkan semula kedudukan ekonomi dan mengekang tekanan inflasi. Dalam pada itu, rakyat mereka berhadapan dengan pemotongan ‘benefit’ dan pencen, selain kenaikan cukai.Hal ini tidak mustahil berlaku di mana-mana negara jika pengurusan ekonomi tidak dijalankan dengan cekap.   

Justeru itu, saya ingin mengulangi pendirian bahawa emas merupakan satu pelaburan jangka panjang yang bijak dan selamat. Rekod menunjukkan pelaburan emas tidak terlalu terpengaruh walaupun ketika dunia mengalami pergolakan dan inflasi. Harganya secara relatif, semakin meningkat naik saban hari dan permintaan yang tinggi, selain boleh dimiliki secara fizikal membuatkan ianya semakin mendapat perhatian di kalangan pelabur.

Saya telah menyediakan sedikit analisis yg diperolehi dari dua laman sesawang pelaburan emas terkemuka; http://www.kitco.com/ dan http://www.goldprice.org/. Rekod menunjukkan kenaikan harga emas dalam suatu jangka waktu. Sebagai contoh, analisis yg dilakukan pada 27/03/2011 menunjukkan kenaikan harga lebih kurang 1.31% hingga 1.75% bagi tempoh 30 hari. Untuk tempoh setahun, harga emas telah meningkat sebanyak 31.6% – 31.9% dan direkodkan sehingga 156.82% dalam tempoh 5 tahun. Nilainya akan berbeza setiap hari kerana analisis ini merupakan day to day basis, namun bacaan yg lebih meyakinkan boleh diperolehi dari analisis jangka masa panjang . Untuk pembacaan lebih terperinci boleh lawati link yang disertakan di atas.


Carta juga menunjukkan harga emas telah mengalami penurunan pada pertengahan bulan ini (ketika tsunami melanda Jepun dan persetujuan NATO untuk menyerang tentera Libya). Jadi inilah masa yang sesuai untuk memulakan pelaburan emas anda! Bagi mereka yang telah pun bersama kami, gunakan kesempatan ini untuk menambah aset pelaburan anda.




BAGAIMANA MEMAKSIMAKAN DALAM SIMPANAN EMAS ?

  Di antara faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli emas adalah seperti berikut :
            1.Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
            2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
            3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
            4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
            5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
            6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut dijamin akan
               dibeli semula walaupun calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu
               disediakan dan lain-lain lagi.

  Pertama sekali, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:

1.         Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.

2.         Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.

3.         Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.

4.         Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan.  Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas  bukanlah jawapannya .Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.

5.         Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan .Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6.         Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:

            i. Kitco (www.kitco.com)
            ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
            iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
            iv. Mineweb (www.mineweb.com)
                        v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
            vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
            viii. World Gold Council (http://www.gold.org/
 

TEKNIK DAN TINDAKAN.

1.         BELI EMAS DULU DAN TUNGGU.
  Beli emas dulu kemudian baru tunggu (buy gold first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.

  MULAKAN SEKARANG!
            Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik.
Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.
Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu              ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.
            Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal.
Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.
Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu.  Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.
Jadi ambil tindakan sekarang, BELI EMAS SEKARANG!!!!!


2.         PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA.

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu
2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
4. Kira keuntungan 

3.         PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL KEMUDIAN PAJAK, KEMUDIAN BELI EMAS FIZIKAL LAGI.

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 70% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 70% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 70% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 70% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses ni.   
   No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, jual emas fizikal tersebut pada harga tinggi
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
7. Kira keuntungan anda.

4.         BUAT PINJAMAN SEMAKSIMUM MUNGKIN DAN BELI EMAS FIZIKAL

Berdasarkan analisa saya membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini kerana pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.

Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin”

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar.

KAJIAN KES : PERSONAL LOAN BANK RAKYAT.

  Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007.
  Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00. Jika RM10 000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002) maka anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz
  Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu menjadi RM2351 (2/4/2007).Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351 x 8 = RM 18808!
  Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00
  Anda akan untung 51.88% .
  Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008 – tarikh artikel ini ditulis) berapa untung nya?
Ini pengiraannya:
            Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
            Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!
      
  Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Purata pulangan ialah 20% setahun. Hebat betul keuntungan daripada emas ini ye.
  Berdasarkan kepada pembacaan yang intensif dan kajian yang menyeluruh , kesemua pakar pelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas. Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emas memang berpotensi tinggi meningkat naik. Kita pun tahu krisis ekonomi telah melanda Amerika Syarikat dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.
  Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kita sudah dapat lihat harga emas telah naik sehingga mencecah USD1000 / Oz.
  Ini adalah kenaikan harga yang sukar dibayangkan memandangkan harga emas pada tahun 1970-an hanyalah USD35/Oz.
  Jadi dalam tempoh 40 tahun, harga emas mencanak naik daripada USD35 / Oz kepada USD 1000 / OZ (sekarang ini harga emas sekitar USD953 USD / Oz

  1. BELI EMAS FIZIKAL HARGA RENDAH DAN JUAL PADA HARGA
TINGGI.

  Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi. Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal seperti Syiling Kijang Emas, Dinar Emas, syiling emas dari UOB Bank dan Public Gold gold bar. Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan. Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan elok-elok. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan 

  Memandangkan emas yang dibeli adalah emas fizikal, anda boleh memajaknya di Ar-Rahnu kalau nak pakai duit. Jadi tak perlu risau modal terbeku. Itu sebabnya saya amat menggalakkan anda membeli emas fizikal.

  Kebaikan:
 Anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada orang yang berminat nak beli emas fizikal anda. So boleh tambah untung lagi.