PENGENALAN
Emas (gold, aurum) merupakan logam yg paling berharga masa kini. Selain sistem millesimal fineness, ketulenan emas turut boleh dikategorikan mengikut unit karat (K) di mana 24K adalah merujuk kepada emas tulen [2].
Emas tulen juga boleh dirujuk sebagai kandungan emas sebanyak 99.9% atau “emas 999” (millesimal fineness). Jadual dibawah disertakan untuk memudahkan pembacaan, dihasilkan berdasarkan kajian dan pengalaman kami sepanjang berurusan di dalam bidang ini.
Unit Karat (K) | Unit perseribu jisim emas (‰) | Peratus kandungan emas (%) | Nama popular di Malaysia |
24K | Emas 999 | 99.9 | Emas 10 |
23.16K | Emas 965 | 96.5 | Emas Thailand |
22.8K | Emas 950 | 95.0 | |
22K | Emas 916 | 91.6 | Emas Singapura |
21.6K | Emas 900 | 90.0 | Emas Kelantan |
21K | Emas 875 | 87.5 | Emas Arab |
20.4K | Emas 850 | 85.0 | |
20K | Emas 835 | 83.3 | Emas Batu Pahat |
19K | Emas 790 | 79.0 | Emas Paun |
18K | Emas 750 | 75.0 | |
16.8K | Emas 700 | 70.0 | Emas Indonesia |
14K | Emas 585 | 58.5 | Emas campur, emas 9 |
12K | Emas 500 | 50.0 | Emas Indonesia |
10K | Emas 416 | 41.6 | |
9K | Emas 375 | 37.5 | Suasa |
Walaubagaimanapun di pasaran Malaysia, jenis emas yang biasa kita temui adalah emas 999, 916, 835, 750, 585 dan suasa. Secara umumnya emas tulen berwarna kuning, namun terdapat juga emas berwarna lain. Rose gold dihasilkan dengan mencampurkan tembaga dan perak ke dalam emas, manakala emas putih terhasil dengan pencampuran emas dan palladium.
1. EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENARNYA.
KAJIAN KES : WANG KERTAS BUKA PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK.
Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50.
Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.
Soalan : "Boleh tak anda 'musnahkan' kekayaan RM50 itu menjadi RM0?"
KEISTIMEWAAN EMAS
1. EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENARNYA.
- Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan.
- Sejarah penggunaan emas sebagai wang yang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang dicop nama Firaun sebagai wang.
- Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana :
- Warna kuning keemasan yang menarik dan tidak pudar selamanya.
- Emas tidak boleh dibinasakan.
- Tahan lasak.
- Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
- ia sukar diperolehi.
KAJIAN KES : WANG KERTAS BUKA PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK.
Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50.
Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.
Soalan : "Boleh tak anda 'musnahkan' kekayaan RM50 itu menjadi RM0?"
— Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah dibinasakan.
— Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan.
— Seluruh manusia mengiktiraf emas sebagai sesuatu yang berharga.
— Oleh sebab itulah emas menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
— Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan.
— Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai.
— Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.
2. HARGA EMAS MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG.
Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
— Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan 27% setahun)
3. NILAI WANG KERTAS JATUH DI DALAM JANGKA
MASA PANJANG.
— Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan.
— Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket.
— Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.
— Bagaimana dengan sekarang – tahun 2011?
— Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.
— Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.
Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas ( dalam kes ini USD) maka hasilnya adalah seperti berikut:
— Nilai emas semakin meningkat
— Nilai wang kertas semakin menurun
— Jadi sebagai pembaca yang bijak anda perlu memilih untuk menyimpan emas.
4. EMAS ADALAH ASET YANG TERUNGGUL.
— Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.
— Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
— Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.
— Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam.
— Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.
KAJIAN KES: PELARIAN ORANG-ORANG NEGARA VIETNAM.
— Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka menjual seluruh harta mereka dan menukarkannya dengan emas.
— Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka.
— Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima di negara lain.
5. EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASIKAN.
— Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
— Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.
— Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
— Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
— Kerajaan Perancis –tahun 1715
— Republik Weimer Jerman - 1922-1923
— Hungary 1945-1946
— Chile 1971-1981
— Peru 1988-1991
— Angola 1991 – 1999
— Yugoslavia 1992-1995
— Belarus 1994-2002
— Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
— Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
— Zimbabwe 2000-2009
— Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang.
— Malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.
— Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini.