Tuesday, 8 January 2013

RAMALAN, Analisis dan JANGKAAN Pelaburan EMAS 2013



Assalamualaikum..
Salam sejahtera salam Emas Master buat semua..
Tahun 2012 telah berlalu dengan pelbagai kenangan dan pengajaran.. Semoga kebaikan yang banyak untuk kita.. kerana  ‘orang mukmin sentiasa beruntung.. samada ketika ditimpa musibah dan ketika mendapat nikmat..”
Sabar dengan musibah..hilang dosa..bertambah pahala dan darjat..
Bersyukur dengan nikmat..ditambah nikmat ditambah pahala.. ditingkat darjat
Jom kita lihat sikit apa pendapat pakar-pakar analisis tentang pelaburan dan harga emas 2013
Secara ringkas Pada tahun 2013, ramai juga pakar emas barat meramalkan bahawa harga emas bakal mencecah USD2000/oz  tengok video di sini

Video: Gold is Expected to Shine Again in 2013 | Dec 28, 2012

 Terdapat banyak pendapat pakar dari institusi pelaburan terhadap jangkauan harga emas TAHUN 2013:

1- Swiss bank UBS mengjangkakan harga purata emas 2013 meningkat 14% kepada US$1,900/oz
2- Ramalan dari London market – Maker Barclay – US$1,815/oz
3-Investment bank Morgan Stanley mengjangkakan purata harga emas meningkat kepada US$2,000/oz pada 2013 dan US$2,400/oz pada 2014
4-Capital Economic meramalkan emas meningkat kepada US$2,200/oz pada lewat 2013

Faktor lain yang boleh dianggap penting untuk menjangkakan harga emas mungkin naik pada hadapan ialah kerana tahun 2012 harga emas agak statik atau rendah.. emas biasanya akan melonjak setalah ia jatuh atau statik selain itu jangkaan pemulihan ekonomi juga mungkin merangsang kenaikan harga emas.

Mari kita lihat trend emas jatuh dan naik.

keuntungan pelaburan emas RAMALAN, Analisis dan JANGKAAN Pelaburan EMAS 2013

 Cuba anda perhatikan berapakah peratus kenaikan harga emas bagi tahun 2008 – 2009?

Berdasarkan kepada Jadual di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa keuntungan pelaburan emas pada tahun 2008 – 2009 adalah 99.26 % setahun. Kenaikan yang amat mendadak ini adalah berkait rapat dengan penurunan harga emas sebanyak 35% pada tahun 2008.
Mari kita kirakan keuntungan yang and perolehi sekiranya anda membeli 100 gram emas pada tahun 2008.
Harga Belian pada tahun 2008 = RM 64.30 per gram
Harga Emas pada tahun 2009 = RM 128.12 per gram
Keuntungan Pelaburan Emas pada setahun = RM 128.12 – RM 64.30 = RM 63.82 per gram.
Jadi, keuntungan anda jika anda telah membeli 100 gram emas pada tahun 2008 = RM 63.82 x 100 gram = RM 6,382.00!
Itu adalah kiraan sekiranya anda memiliki 100 gram emas. Bagaimana pula jika anda miliki 200 g emas, 500 gram emas, 1,000 g emas, 4,000 gram emas?? Haha….cuba anda kirakan keuntungan pelaburan emas anda dengan menekan kalkulator anda!
Baiklah, mungkin anda pertikaikan….
Alah! Itu tahun 2008…dah lepas…apa kaitannya dengan pelaburan emas tahun 2012?
Benda ni dah berlaku, nak buat camana? Tiada sesiapa yang beritahu kepada anda pada tahun 2008 tersebut..
Bagaimana pula dengan kadar keuntungan pelaburan emas pada tahun 2013 sekiranya anda mula melabur emas pada waktu sekarang? Tahun 2012..
Sejarah keuntungan setahun pada kadar 99.25 % setahun mungkin akan berlaku sekali lagi pada tahun 2013. Cuma…peratus keuntungan sahaja yang tiada siapa yang berani memberikan jaminan kepada anda.
Pakar pelaburan emas sedunia meramalkan bahawa, pada tahun 2012… harga emas bakal mencecah kepada USD 2,200 per Oz. (1 Oz = 28.35 gram emas). Maka, diramalkan harga emas bakal melonjak kepada:
1 Oz = USD 2,200 / 28.35 = USD 77.60 per gram emas
1 gram emas = USD 77.60 x 3 = RM 232.80
(petikan dari web)
KESIMPULANNNYA.. 
 Terdapat jangkaan dan analisis yang mengatakan harga emas akan meningkat dengan baik pada tahun 2013… walaupun tidak semua jangkaan dan analisis tepat..bagi admin untuk PELABURAN PASIF buat masa ini Emas adalah antara yang terbaik..

Dan sekurang2nya dengan melabur dengan emas.. ASET dan simpanan kita adalah KALIS INFLASI serta MENABUNG dalam EMAS sememangnya terbukti mampu menyimpan tabungan anda serta MUNGKIN AKAN MENGGANDAKAN ASET ANDA dengan GANDAAN YANG BESAR jika jangkaan kenaikkan ini betul.


BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment