Sunday, 24 June 2012

Wang Kertas Ciptaan kapitalis vs Islam



Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atauFractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً
“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.


Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat

Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai
Duit daun pisang
Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.
Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Bagaimana Menunaikan Haji Dengan Dinar


Kali ini saya hendak sentuh tentang menampung kos Haji dengan menggunakan Dinar emas. Ramai di antara kita di sini yang mungkin terlepas pandang, bahawa sebenarnya, kos menunaikan haji jika dibiayai oleh dinar emas adalah semakin berkurang dari tahun ke tahun. Hal ini terjadi kerana berlakunya kenaikan nilai emas pada setiap tahun.
Berikut adalah kiraan kos haji bagi tahun-tahun yang lepas berdasarkan nilai dinar emas;
Tahun 2002:-
1 Dinar = RM 140
Kos Haji = 65 keping (ikut gambar graf di bawah) X RM 140
Jumlah = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-
1 Dinar = RM 502
Kos Haji = 18 keping (ikut gambar graf di bawah) X RM 502
Jumlah = RM 9,036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
Tahun 2010:-
1 Dinar = RM 595
Kos Haji = 17 keping x RM 595
Jumlah = RM 10,115.00 ( Kos haji pada tahun 2010 hanya RM 9,980)
Sumber kos Haji boleh dibaca di BERITA HARIAN
Berdasarkan rekod yang diperoleh, dapat dianggarkan bahawa,pada tahun 2015, kos menunaikan Haji hanya memerlukan 10 Dinar Emas sahaja.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Awasi Riba Dalam Pembelian Emas


AKHIR-akhir ini timbul keghairahan di kalangan umat Islam di negara ini untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk siling, jongkong dan sebagainya.
Situasi ini menyebabkan ada di kalangan mereka lupa akan batas-batas syariah berkaitan pembeliannya sehingga membawa kepada amalan riba yang diharamkan Islam.
Allah SWT mengisytiharkan perang ke atas pelaku riba. Ini terkandung dalam penegasan-Nya dalam firman: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah’: 278-279)
Secara umum, riba adalah sebarang pertambahan dalam urus niaga sesuatu barangan atau tambahan ke atas hutang disebabkan tempoh pembayaran yang lewat.
Emas selaku komoditi bernilai merupakan salah satu barangan berunsurkan riba (ribawi) yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin al-Samit : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika asnaf-asnaf ini berbeza, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim)
Hadis ini menyenaraikan barangan ribawi yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu matawang seperti emas, perak, ringgit, dollar dan sebagainya serta makanan asasi seperti padi, gandum, barli, tamar dan garam.
Walaupun begitu, syarat ini tidak terpakai dalam urus niaga barangan ribawi yang berlainan kategori dan jenis, seperti membeli padi dengan menggunakan emas atau urus niaga barangan ribawi dengan barangan bukan ribawi seperti boleh membeli kereta dengan menggunakan emas atau matawang lain.
Urus niaga pembelian emas kini melibatkan pertukaran emas dengan matawang lain. Menurut muamalat Islam, pembelian atau pertukaran matawang dengan matawang seperti membeli emas dengan wang ringgit adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf (tukaran wang).
Justeru, pembelian emas mestilah mematuhi syarat kontrak tersebut, iaitu mestilah tunai serta-merta tanpa ditangguh atau diberi tempoh. Syarat serahan dan penerimaan barangan emas mestilah berlaku semasa akad pembelian sebelum berpisah.
Oleh itu, kita semua perlu mengawasi perkara ini demi mengelak diri daripada terkena najis riba yang kemudiannya akan terkena bakaran api neraka serta dilaknat Allah SWT. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Allah melaknat orang yang memberi dan menerima riba. (riwayat Muslim)

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Kewajipan Kepada Pemilik Barang Kemas - Islam


MEMANG fitrah manusia sentiasa tertarik epada harta dan suka mengumpulnya. Malah manusia tidak pernah puas dalam mengejar harta kekayaan. Hakikatnya, tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang kecintaan dalam mengejar harta kecuali kematian.
Allah turut merakamkan kecintaan manusia kepada harta benda dalam firman-Nya yang bermaksud: Dijadikan indah pada (pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)(ali-Imran: 14).
Hakikatnya ramai yang alpa atau buat-buat terlupa bahawa harta yang dimiliki itu sebenarnya hak Allah SWT. Hak kita hanyalah sebagai ‘pengurus’ atau ‘penjaga’ yang pastinya akan ditanya dari mana harta itu dan ke mana ia dibelanjakan.
Oleh itu, janganlah sekali-kali menganggap harta yang dimiliki hak mutlak kita dengan berbelanja sesuka hati termasuk ke jalan kemaksiatan dan kemungkaran.
Islam tidak menganggap kekayaan sebagai penghalang untuk berbakti kepada agama dan meningkatkan mutu ibadat serta mendekatkan diri kepada Allah.
Bahkan, Islam menyuruh umatnya mencari sebanyak mungkin harta. Syaratnya, jangan sampai lalai daripada mengingati Allah SWT.
Malah, dalam al-Quran banyak disebutkan ayat yang menyeru umat Islam untuk mencari rezeki dan berusaha di atas muka bumi ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (al-Mulk: 15)
Manakala dalam surah al-Jumu’ah ayat 10 pula Allah SWT menuntut kita mencari dan mengumpulkan harta.
Malahan Rasulullah sentiasa berdoa agar dimasukkan dari kalangan orang yang kaya dan dijauhkan daripada kemiskinan dan kefakiran.
Yang pastinya, Islam tidak menyuruh umatnya hidup dalam keadaan miskin dan sentiasa mengharap simpati orang.
Persepsi yang menyebutkan bahawa jika ingin menjadi hamba yang soleh mestilah hidup dalam keadaan miskin bukanlah syiar Islam.
Ini pernah ditegaskan dalam buku karangan ulama terkenal, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi bertajuk Masalah Dalam Kemiskinan dan Cara Islam Mengatasinya.
Dalam buku itu beliau mengatakan kemiskinan boleh membawa seseorang melakukan perkara yang menjejaskan akidah serta merbahaya kepada pemikiran, akhlak, masyarakat dan negara.
Untuk memastikan wujud keadilan antara yang miskin dan kaya, maka terdapat mekanisme zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang ada kemampuan.
Bagi zakat harta ia turut termasuk zakat emas terutama bagi golongan wanita yang suka berhias dan memakai barangan perhiasan daripada emas dan perak.
Malah ada yang yang menjadikan pembelian perhiasan emas dan perak sebagai satu hobi dan kemestian.
Sedangkan tanpa disedari di sebalik hobi atau kemestian sebenarnya ada kewajipan yang perlu diberi perhatian.
Eksekutif Zakat PPZ-MAIWP, Ahmad Husni Abd. Rahman memberitahu, kesedaran umat Islam di negara untuk mengeluarkan zakat emas dan perak menampakkan peningkatan.
“Ramai yang sudah mula sedar kewajipan berzakat dan menunaikannya. Ini dilihat menerusi statistik dari segi penambahan bilangan pembayar individu, syarikat dan sebagainya serta bilangan kutipan yang meningkat.
“Walaupun ada kesedaran yang baik tetapi masih perlu diusahakan kerana pasaran emas bukan lagi terhad kepada emas perhiasan atau emas yang disimpan dalam bentuk klasik semata-mata bahkan sudah melebar luas kepada emas dalam bentuk perdagangan dan pelaburan,” katanya ketika ditemui selepas bengkel Kilauan Firdausi anjuran Pusat Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Felda Holdings Berhad dan Habib Jewels Sdn. Bhd.
Ujar Ahmad Husni, kebiasaannya bagi emas yang disimpan, tidak banyak isu yang dibincangkan.
Perkara yang sering menimbulkan persoalan sama ada wajid berzakat atau tidak ialah yang membabitkan emas yang digadai dan yang dipakai sebagai perhiasan.
Yang pertama terdapat pandangan yang mewajibkan zakat terhadap emas yang dipakai.
Pandangan ini dikeluarkan oleh Umar bin al-Khattab, Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amr bin ‘Ash, Sa’id bin al-Musayyab, Sa’id bin Jabir, ‘Atha’, Mujahid dan lain-lain lagi. Mazhab Hanafi, Zahiri dan Zaidiyah juga menyokong pendapat ini.
Kedua, pendapat yang mengatakan tidak wajib zakat ke atas emas yang dipakai sebagai perhiasan sebagaimana yang dikeluarkan oleh Abdullah bin Umar, Aisyah, Jabir bin Abdullah, Anas bin Malik, Asma binti Abu Bakr dan beberapa orang lagi. Mazhab Maliki, Hambali dan pendapat yang ketara daripada Syafie dan Ja’fariyyah juga mendokong pendapat kedua ni.
Kata Ahmad Husni, setelah dilihat dan dikaji, kewajipan zakat emas yang dipakai ini dilihat kepada persoalan uruf (kebiasaan pemakaian) masyarakat setempat.
Jika ia melebihi keperluan, maka dianggap sebagai sesuatu yang bersifat berlebih-lebihan dan keluar dari norma keseimbangan.
Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih daripada keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.
Maka lebihan daripada uruf tersebut wajar dizakatkan. Uruf emas perhiasan di Wilayah Persekutuan adalah sebanyak 150 gram.
Isu lain kata Ahmad Husni, adalah berkaitan nilaian untuk kiraan emas, sama ada dinilai secara purata atau mengikut harga semasa.
Perkara ini katanya, masih dalam perbincangan yang akan diumumkan keputusannya.
Melihat kepada nilai emas yang semakin tinggi menyebabkan emas bukan sahaja terhad sebagai barang perhiasan tetapi telah digunakan untuk pelaburan.
Jelas Ahmad Husni, emas pelaburan wajib dizakatkan. Ini berdasarkan kaedah fiqh dalam bab zakat dinyatakan: “Setiap harta yang berkembang atau mempunyai potensi pengembangan dan produktif, maka ia adalah tabungan untuk zakat.”
Justeru, kecenderungan menjadikan emas sebagai komoditi harus dilihat kaedah zakatnya. Ia mungkin bukan lagi dalam bentuk emas itu sendiri secara fizikal tetapi lebih kepada pergerakan pelaburan yang mirip kepada zakat perniagaan.
Mengulas tindakan mereka yang lari daripada kewajipan menunaikan zakat, Ahmad Husni berkata, apabila seseorang itu telah mampu dan telah wajib untuknya mengeluarkan zakat tetapi dia melewatkan pengeluaran zakat maka terdapat dua kesan ke atas dirinya:
lBerdosa kerana dia dengan niat sengaja melewatkan pembayaran dan menjadi penghalang orang fakir untuk mendapatkan haknya.
lHak ganti rugi fakir miskin terhadap ‘ain harta yang diwajibkan zakat walaupun semua hartanya musnah. Ini kerana dia sengaja melewatkannya tanpa alasan dan dia terpaksa menanggung risiko kelalaiannya demi menjaga kepentingan orang yang berhak.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Wednesday, 20 June 2012

Ditipu Skim Pelaburan Emas RM50,000.00


BATU PAHAT – Seorang pembekal bahan binaan kerugian RM50,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan emas yang ditawarkan menerusi laman Internet oleh sebuah syarikat beralamat di Klang, Selangor.
Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa berusia 38 tahun itu pergi ke pejabat syarikat berkenaan, apabila tertarik dengan tawaran keuntungan 15 peratus yang dijanjikan.
Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikat berkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakal diperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusi skim pelaburan emas itu dan mendepositkan RM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan.
“Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutan syarikat terbabit turut menyediakan dokumen perjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan menghantar dokumen perjanjian berkenaan selepas selesai menguruskannya.
“Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumen perjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil.
“Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yang menge­syaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam.
Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masih memburu suspek utama kes berkenaan.
“Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000 yang dideposit mangsa,” katanya.
Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28, yang beralamat terakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan.
“Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihak polis,” katanya.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

KGT Didakwa Diselubungi Skandal





KUALA LUMPUR 17 Jun - Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) didakwa berhadapan dengan kemelut salah laku terutamanya melibatkan salah seorang pegawai kanan syarikat tersebut.


Berdasarkan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei lalu, beliau mendakwa menjadi mangsa penipuan pegawai kanan berkenaan yang dianggarkan melibatkan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta).
Difahamkan pelabur Jepun itu sebelum ini dikatakan tertarik dengan perniagaan program syiling dinar dan dirham yang diperkenalkan oleh lelaki itu membabitkan KGT.
Malah, pegawai terbabit dikatakan menggunakan nama dua sultan di negara ini dan juga Kesultanan Sulu, selain nama kerajaan Zimbabwe bagi mempengaruhi pelabur Jepun tersebut.


Pelabur Jepun itu dikatakan telah menyediakan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta) dalam masa satu bulan dan kemudian membeli emas serta perak untuk program perniagaan dinar dan dirham.


Bagaimanapun, Kono kemudian ingin menarik diri daripada perniagaan tersebut selepas hilang keyakinan terhadap pegawai kanan itu, namun emas dan perak yang dibelinya dikatakan telah dihantar ke Kazakhstan.


Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi laporan polis yang telah dibuat oleh seorang individu warga Perancis bernama Mohamed Esfih pada 1 Jun lalu terhadap pegawai yang sama ekoran aktiviti keagamaan yang begitu meragukan dilakukan oleh lelaki itu di sebuah kondominium hampir setiap pagi Ahad.


Menurut Mohamed, sepanjang beliau menyertai kumpulan itu kira-kira dua bulan lalu, didapati lelaki yang digelar sebagai "Sheikh" tersebut mendakwa dirinya dianugerahkan kuasa yang luar biasa.


Sementara itu, bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad juga telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 31 Januari lalu berhubung salah laku dikatakan telah dibuat oleh pegawai kanan tersebut ketika memegang satu jawatan penting KGT.


Dalam perkembangan berkaitan, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dalam blognya,http://kickdefella.net meminta rakyat Kelantan bertanya kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk memberi penjelasan berhubung kemelut yang sedang menyelubungi KGT.
Katanya, rakyat Kelantan perlu memastikan bahawa Husam tidak melepaskan tanggungjawab terhadap apa yang telah dan masih berlaku seperti mana beliau mengelak di dalam isu Jihad Ternak Sdn. Bhd.


"Rakyat Kelantan perlu tahu segala-galanya dan Husam digesa bersikap telus di dalam soal ini. Sebagai permulaan, Husam diharap dapat menjelaskan beberapa persoalan demi mencari keredaan Allah SWT dan berjuang membersihkan diri dan ummah daripada rejim kewangan yang sedia ada kerana kita tidak boleh membiarkan pihak-pihak tertentu 'menjual' mata wang syariah ini untuk matlamat dan agenda peribadi atau politik masing-masing," katanya dalam blog itu.


Syed Azidi yang pernah berkhidmat di PMBK sebagai Pegawai Perhubungan Awam meminta Husam menjelaskan hubungan sebenar beliau dengan pegawai kanan terlibat sedangkan beliau sedar terdapat tiga laporan polis dibuat terhadap lelaki berkenaan selain mendedahkan siapa yang membuat keputusan melantik pegawai tersebut memegang satu jawatan penting di KGT.


Husam juga diminta menjawab persoalan sekiranya ada perjanjian kewangan di antara KGT dan pegawai kanan itu atau perjanjian tidak rasmi dari aspek kewangan di antara Husam sendiri dengan pegawai tersebut.


"Mengapa setelah dilucutkan daripada jawatan penting itu, lelaki yang sama dilantik pula memegang satu lagi jawatan penting syarikat tersebut, berapa pula jumlah wang yang sudah dikeluarkan daripada KGT di atas arahan atau permintaan pegawai kanan itu?
"Husam juga harus menjelaskan mengapa kebenaran kelulusan cek daripada RM50,000 dikurangkan kepada RM10,000 sewaktu pegawai terbabit dan seorang lagi bekas pegawai kanan berkhidmat di situ seolah-olah pegawai kanan itu menerima habuan lain berbentuk komisen dalam aktiviti dinar emas Kelantan selain daripada imbuhan berbentuk gaji, elaun dan tuntutan perbelanjaan yang dibayar oleh KGT?" soal beliau.


Syed Azidi yang pernah menjadi 'orang kanan' Husam juga mahu beliau sedar nama beberapa raja-raja Melayu telah diguna dan dikaitkan oleh sindiket tertentu di dalam aktiviti dinar emas untuk mendapat sumber kewangan daripada penderma-penderma dalam dan luar negara.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Thursday, 14 June 2012

Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012


       Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari.

       Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!

       Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00 dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!

       Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00 dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!


       Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. JADI BIJAK!

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Monday, 11 June 2012

Kesan Kepada Malaysia Jika Greece Kehabisan Wang



Wang kertas tiada nilai, wang kertas makin banyak dicetak tetapi hakikatnya simpanan emas tiada. Kelompok yang memperkenalkan wang fiat mempunyai agenda tersendiri untuk menindas dunia dengan ada hutang/interest melalui pinjaman tetapi akhirnya sudah kelihatan “senjata sudah makan tuan”. Banyak negara-negara di sekitar Afrika telah menjadi mangsa kegagalan/bangkrap daripada kesan penggunaan wang kertas dan juga inflasi melampau-lampau.
Ekonomi jatuh sekitar tahun 1929 – 1930 antara sebab lainnya kerana disebabkan wang kertas ini dan diakhirnya perang dunia kedua dari tahun 1939 – 1945.
Sebelum ini Kesatuan Eropah telah pun meluluskan pinjaman bernilai US$50 bilion kepada Greece. Sekarang ini sudah habis?
Greece Bankrap Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?
Selain daripada masalah salah urus tadbir negara, tipu angka ekonomi, kronisma dan nepostime yang berleluasa, kegagalan negara Greece juga didapati mempunyai bilangan kakitangan awam yang sangat tinggi, ratio antara yang tertinggi di dalam Kesatuan Eropah. Ini yang menyebabkan kos perbelanjaan kerajaan mereka. Dengan ditambah dengan sistem yang tidak efisien telah turut menyumbang kepada kejatuhan cepat ekonomi Greece.
  1. kehabisan tunai yang bakal dialami Greece antara lainnya adalah untuk menampung operasi negara yang besar termasuklah membayar gaji kakitangan awamnya & pencen
  2. disebabkan Greece menggunakan matawang Euro, oleh itu Greece tidak boleh mencetak duitnya sesuka hati. Ini kerana semuanya mesti melalui Bank Pusat Eropah (ECB) mereka
Begitu juga penipuan yang berleluasa di Greece dalam industri farmasi contohnya menambah lagi beban teruk kepada kerajaan Greece bagi membendung kemunduran ekonomi mereka ketika ini.
  • Sudah menjadi adat doktor akan menetapkan ubat yang mahal serta dose yang lebih kepada psakit dan “pelanggannya”
  • Jikalau di negara seperti di greece contohnya, doktor di klinik swasta tidak menjual ubat. Doktor hanya mentapkan ubat yang mana satu yang sesuai untuk pesakitnya dan psakit akan pergi ke farmasi yang disarankan bagi mengambil ubat yang telah ditetapkan
  • Jadi firma farmaseutikal akan memberi komisen kepada doktor yang mengesyorkan ubat keluaran syarikatnya.
  • Lama kelamaan, ia menjadi suatu budaya yang biasa di sana. Implikasinya? Implikasi…..ia kan meninggikan kos ubat di Greece.
  • Siasatan Kesatuan Eropah telah mendapati ia sudah mencapai ke tahap yang cukup kritikal.
  • Akhirnya, walaupun dibersihkan penipuan secara keseluruhan ribuan orang akan kehilangan kerja akibat penurunan mendadak jualan ubat mereka
  • Selama ini di sana, pemintaan ubat tinggi hanyalah penipuan semata
Jika negara Greece keluar daripada Kesatuan Eropah akan memberikan risiko yang cukup besar kepada negara Eropah lain yang akan terdesak untuk turut keluar sama.
“Tiada Keyakinan = Malapetaka”
Kegawatan Ekonomi Greece Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?
Ditambah pula isu sekarang ini Itali, sebuah negara yang memilki hutang bertrilion dollar dan Sepanyol yang merupakan pemegang ekonomi terbesar selepas Jerman dan Perancis di mana Sepanyol yang kaar pengangurannya sudah mencapai ke paras 22% (kadar pengangguran golongan muda melebihi 50%) dan juga malapetaka terhadap ekonomi Sepanyol antara lainnya disebabkan dalam tempoh 10 tahun nilai hartanah naik melambung tinggi.
  • Sebagaimana diungkapkan kapitalis seperti REDHA (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia) mengatakan  kenaikan nilai hartanah itu bagus dan bawa kemakmuran ekonomi di sesebuah negara.
  • Jika itulah penanda ukur yang diimpakan kapitalis seperti REDHA ini, alamatnya nasib Malaysia untuk menuju cepat seperti apa yang dialami oleh negara seperti Sepanyol ketika ini bukan asing lagi
Sekarang ini Eurozone teruk sebab masalah Euro di mana semasa pengasasan matawang Euro tu sendiri. Bayangkan kami berikan contoh mudah sebegini rupa di mana katakanlah kita juga berkongsi matawang dengan negara Asean yang lain :
  1. Katakan hari esok Malaysia, Thailand, Brunei & Singapore setuju kongsi matawang, kita panggilnya sebagai Aseandollar. Katakan RM1 = A$1. Singapore pulak, SGD1 = A$2.40.
  2. Gaji sorang kerani di Malaysia RM800 contohnya. Jadi gaji baru A$800. Di Singapore pula, gaji SGD800, sekarang A$1,920.
  3. Oleh sebab di bawah rejim matawang yang sama, maka kuasa membeli kat Singapore lebih tinggi. Harga barang pula hampir pasti meningkat sebab kos bahan mentah meningkat. Subsidi yang dahulunya boleh digunakan untuk mengawal harga sekarang menjadi susah hendak dilaksanakan.
  4. Apa yang Dr. Mahathir lakukan semasa tahun 1997 tidak dapat buat sudah di mana Dr Mahathir  laksanakan tambatan matawang. Tetapi jikalau Malaysia contohnya berkongsi matawang, kita tidak boleh menambat matawang.
  5. Bank Negara nak buat kawalan fiskal pun tak boleh menjadi sebab dah kuasa sudah kat Bank Pusat Asean
  6. Ini semua antara dilema yang dialami oleh negara seperti Greece ketika ini kerana sudah tiada banyak pilihan dan alternatif untuk menyelematkan negara mereka daripada “hancur”
Jadi, apa risikonya?
  1. Di pentas ekonomi dunia,  kedudukan Sepanyol dan Itali dari segi GDP
  2. Hilangnya keyakinan atas matawang Euro = Implikasi yang belum boleh digapai
Persoalannya sekarang ini, adakah Malaysia akan menerima tempias jika Greece keluar daripada Kesatuan Eropah?
  • Jawapannya setakat ini bagi kami sebab kalau Greece keluar dari Euro, Euro akan hancur.
  • Greece akan selamat untuk sementara. Tetapi……implikasinya jika Euro jatuh, ‘kekuatan’ ekonomi Eropah akan tumbang, dan Eropah secara kolektif adalah zon ekonomi kedua terbesar di dunia, selepas Amerika Syarikat
  • Akibat tumbangnya ekonomi Eropah, perdagangan sedunia akan menerima kesan dengan pesanan barangan pengguna dijangka merosot dengan teruk. Zon ekonomi ketiga terbesar sedunia, Latin Amerika, dan zon-zon lain seperti Russia, Asia Tengah dan Asia Timur masih belum berupaya menggantikan Eropah, sebab pembahagian kekayaan di zon-zon ini teramat tidak seimbang, dari 5 – 20% penduduk di situ menguasai 70 – 90% kekayaan.
  • Keadaan ini diburukkan dengan matawang Euro merupakan matawang kedua terbesar di seluruh dunia, dan digunakan di hampir seluruh Eropah.
  • Sekiranya Greece bertindak keluar dari Euro, negara-negara seperti Ireland, Sepanyol, Portugal dan Itali mungkin teruja membuat tindakan yang sama. Sekiranya langkah ini diambil, nilai matawang Euro hari ini akan menyusut secara mendadak sebab akan menjadi tidak bernilai.
  • Pendukung utama Euro seperti Perancis, Jerman dan Belgium akan menghadapi masalah memegang matawang yang dinilaikan begitu tinggi, tetapi semakin hari semakin menjadi seperti matawang pokok pisang masa Jepun dahulu, dan kalau diikutkan dalam bahasa ekonomi, duit fiat.
  • Duit fiat membawa makna sesuatu matawang yang diberi nilai oleh kerajaan, tetapi jika nilai ini ditarik balik oleh kerajaan hanyalah berupa sekeping kertas tidak berharga.
Greece Keluar Euro Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?
Walaubagaimanapun, bagi kami apa yang patut dibuat bukannya menghalang Greece keluar dari Euro, tetapi menghalang spekulator sedunia daripada terus menerus bermain matawang dan komoditi utama sedunia. Tetapi, tahukah anda bahawa semasa krisis 1997, kita telah menuduh spekulator matawang sebagai parasit sedunia? Dan pada hari ini, ramai rakyat Malaysia turut bermain jual beli matawang asing tanpa teringatkan beban kepada negara semasa 1997?
Di Eurozone, pembahagian kekayaan agak seimbang, disebabkan kerajaan mereka yang kebanyakannya mengamalkan sistem kebajikan sosial. Oleh itu, sekiranya Eurozone menghadapi masalah matawang maka kesannya hampir semua merasa kejatuhan dalam keupayaan membeli mereka. Manakala di zon ekonomi lain, pembahagiannya lebih tidak setara. Dari serendah 20% rakyat mengawal hampir 80% sehingga seteruk-teruknya 5% rakyat menguasai 95% kekayaan.
Bagi sebuah zon ekonomi menggantikan Eurozone secara efektif, setiap produk yang sepatutnya dibeli oleh Eurozone perlu dibeli oleh penduduk dalam zon ekonomi lain.
  • Bayangkan kilang A menghasilkan 100 buah TV untuk dijual kepada Eurozone.
  • Sekarang Eurozone tak boleh beli. Jadi 100 buah TV ni kena jual kat, katakan Zon BRIC (Brazil, Rusia, India dan China). Pembahagian kekayaan di situ sudah mencapai tahap ekstrim, iaitu 5% kuasai 95% kekayaan.
  • Katakan kilang A jual kat Brazil. Sekiranya bilangan penduduk Eurozone sama dengan Brazil, maka saiz pasaran kini merosot daripada hampir 100 orang kepada 5 orang sahaja. 5 orang yang kuasai 95% kekayaan ini takkan bertindak membeli 100 buah TV semata-mata kerana mereka mempunyai wang.
  • Senario yang sama, tetapi sekarang kilang A yang sama kena buat 100 buah TV untuk Eurozone dan 100 lagi untuk BRIC.
  • Keadaan menjadi semakin serius kerana daripada tidak dapat menjual 100 buah TV, sekarang kilang A tidak boleh menjual 195 buah TV.
  • Apabila kilang A menghadapi keadaan ini, maka dia akan kurangkan pembelian bahan mentah dan mungkin sehingga tahap memecat pekerjanya.
  • Masalah yang Malaysia bakal hadapi bukan kilang A, tetapi pembekal kepada kilang A dan pekerja kilang A.
Nampak kesan rantaiannya di situ? Dan, jika sebuah negara seperti ……
  1. Greece dengan sikap “pemalasnya”
  2. Itali dengan rasuah dan kronismenya
  3. Sepanyol terkenal dengan nilai hartanah yang melambung tinggi sehingga pada kadar yang membabankan dan tidak munasabah
Oleh itu, sesebuah negara yang mempunyai ketiga-tiga ciri seperti di atas jika masih tidak mahu mengambil sikap untuk berubah daripada sekarang secara total, alamatnya beban dan riskonya akan dipulangkan kepada rakyatnya untuk menganggungnya.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Sunday, 3 June 2012

Bagaimana ELAK KERUGIAN Ketika Harga Emas Jatuh? (Ar-Rahnu)


harga emas jatuh rugi
Beberapa minggu lalu, Agrobank telah menukar polisi perkhidmatan Ar-Rahnu mereka dan ada kemungkinan syarikat-syarikat Ar-Rahnu lain akan menyusul kemudian, polisi yang paling menjejaskan pelabur emas ialah apabila pelabur tidak dibenarkan overlap semula selepas tempoh pajakan tamat kecuali terpaksa keluarkan emas yang disimpan terlebih dahulu sebelum dipajak kembali.  Yang menjadi masalah ialah apabila kita kekurangan modal untuk tebus, dan jika dapat tebus sekalipun,  kita masih terikat dengan jumlah maksimum pinjaman sebanyak RM10,000.00 sebulan. Setakat RM10,000, baru dapat pajak dalam 60-70gram emas, jadi  yang ada beratus-ratus gram emas tu bagaimana? keadaan sekarang rasanya seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak, nak jual emas sayang takut harga akan naik lagi, jika tak dijual, bank akan call setiap bulan suruh kita tebus.
Bagi yang masih blur-blur polisi yang diubah, kami ringkaskan sedikit dibawah
- Maksimum pinjaman setiap individu sebulan tidak melebihi RM10,000.00
- Berat maksimum item (Rantai Leher : 35gram, Rantai Tangan : 25 gram. Rantai Kaki: 15gram)
- Boleh renew surat, tapi kena tebus keluar dahulu dan baru boleh pajak balik
- Maksimum pinjaman cuma 60% sahaja, sebelum ni 70%
Itu antara syarat baru Agrobank yang kami ingat seperti surat yang diterima tempohari, dahla harga emas tengah jatuh sekarang, Agrobank boleh pulak menukar polisi mereka secara tiba-tiba. Jadi, bagaimana nak setelkan masalah ini, kami tak fikir ada penyelesai yang terbaik, tetapi just cuba nak share beberapa cara yang mungkin kita boleh kongsi dan bincang
Cara Pertama.
Oleh kerana polisi ini diubah secara tiba-tiba dan rasanya sangat menekan pelabur, kita boleh buat aduan kepada Bank Negara, mungkin mereka layan atau tidak, tetapi tidak salah mencuba, lagi banyak aduan, lagi Bank Negara akan beri perhatian, tak perlu susah datang KL, masuk je laman web BNM, kat situ ada borang aduan, cerita masalah dan click send. Selang beberapa hari jika kita bernasib baik, pegawai Bank Negara mungkin akan reply dan meminta Agrobank memberi surat tunjuk sebab. Cara ni kena ramai-ramai buat, jika 1-2 orang je, senyum je pegawai bank balas surat copy paste, tapi kalau ramai-ramai buat confirm letih mereka nak cop setem, ke mcm mana?. just satu je, jangan inform kami ajar, kami bagi cadangan je, x paksa. Jika berhasil dan Agrobank tarik semula polisi baru mereka, bolehlah kita senyum balik dan harap harga emas akan terus naik..
Cara Kedua.
Buat personal loan, keluarkan emas dari Ar-Rahnu dan simpan kat tangan sendiri, tetapi jika kita ada cash banyak, boleh je keluarkan tanpa buat loan. Loan paling senang nak buat untuk swasta adalah dengan MBF Loan ataupun AEON Services, jika kerajaan, bank rakyat, koperasi, etc2 (google je), dan please jangan guna khidmat Abglong. Lepas dah tebus keluar, jika rasa rumah selamat, boleh simpan kat rumah, tapi jika rasa tak, simpan emas di security box paling senang di Agrobank HQ etc caj murah je, cuma RM70 setahun. Cara lebih lebih baik dari bayar upah simpan Ar-Rahnu 0.75% sebulan (bagi yang ada emas dalam jumlah yg banyak), so kita boleh simpan lebih lama dan tunggu harga emas naik baru jual.
Cara ketiga
Jika cara kedua tak dapat jugak, xde cara lain, terpaksa jual emas tu..tetapi nak jual pada harga sekarang memang sayanglah, harga emas tengah rendah. Kita tak tahu esok lusa harga emas akan naik  atau tidak, jika jual confirm habis emas yang disimpan selama ni, jika tak jual nanti kena bayar upah simpan kat bank setiap bulan. Bayangkan jika terus bayar upah simpan maknanya jika campur tolak bahagi darab, kos beli kita dulu meningkat, dari dulu beli RM170/gram bila campur upah simpan dah jadi RM180/gram, perasan tak, harga emas dunia tengah turun, tp kita naikkan lagi modal kita beli dengan bayar upah simpan , tak rasa macam rugi ke?
Cara keempat
Jika kita masih menanti harga yang sesuai sebelum jual, sebenarnya penantian kita tu memakan masa, dan dalam masa itu, upah simpan pun bertambah, jadi sama je macam diatas , kos kita beli dulu pun turut naik. Sementara kita sedang berfikir cara terbaik untuk elak kerugian kita sebenarnya sedang rugi. Jadi cara yang paling hyper-aktif kami dapat fikir adalah dengan melelong emas yang disimpan dan mudah-mudahan ada mereka berminat membeli lebih tinggi dari harga lebur emas sekarang. Kami yakin masih ramai yang masih sedang google-google untuk beli emas, pembeli baru sama seperti anda dulu akan cari seller yang dapat jual pada harga terendah, sekurang-kurangnya lebih rendah dari dijual di kedai, jadi dari anda jual harga lebur, lebih baik jual pada harga lelong.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Kenapa Tidak Dapat Menjana Duit dari Emas?


dapat duit beli emas
Pasaran emas kelihatan semakin berkembang diluar sana, hampir setiap hari produk baru dikeluarkan, bermacam-macam syarikat emas tumbuh dan hampir setiap jam laman web dan blog emas dibina. Ini nampak menarik, jika dulu perniagaan emas cuma melibatkan jual beli barang kemas, kini kebanyakan keyword tertumpu kepada pelaburan emas samada menggunakan ar-rahnu, cash, hibah ataupun koperasi. Pattern orang membeli emas pun ada naik turunnya, jumlah jualan biasanya lebih besar ketika harga emas dalam keadaan menaik, tetapi pada keadaan menurun seperti sekarang, jumlah jualan juga akan drop. Kebanyakannya bukan kerana pembeli hilang mood membeli, tetapi penjual sendiri seperti hopeless melihat keadaan market.
Membeli emas bagi pembeli biasa tidak semestinya bergantung kepada market, harga emas tidak lari dari circle naik dan turun, sama seperti perniagaan-perniagaan lain, orang membeli emas kebanyakannya apabila mereka mempunyai cash lebihan yang tak tahu mana nak letak.  Setiap hari mesti ada org yang dapat untung besar dalam perniaagaan  ada juga pekerja yang mendapat bonus 12 bulan, ada juga pesara yang baru menerima duit saraan KWSP, ada warga felda dapat durian runtuh 8 Mei ini…wang tunai ada dimana-mana, samada kita cepat atau tidak berjumpa mereka yang berpoket penuh ini, jika kita terlewat, mungkin aliran tunai mereka masuk ke konsultan unit amanah, atau agent hartanah lagi teruk jika mereka diapproach agent jual kereta,  membeli kereta bukannya satu pelaburan yang baik, kesian pelabur nanti.
Untuk menjual emas, rasanya tidak susah seperti menjual stok-stok saham yang berbagai jenis, emas ada satu saja, yang bezanya cop, kualiti dan berat, emas juga bukan benda baru, semua orang tahu emas, semua org yakin dengan emas, lagipun emas dengan manusia terutama pompuan macam magnet, ada daya tarik menarik antara satu sama lain. Kita tak perlu risau jika produk kita jual sejenis je,  kerana sejak gold rush 2001, baik perempuan atau lelaki tidak pandang pada design mereka beli, yang penting emas itu tulen, padu dan mudah dijual,  emas pelaburan bukan untuk dipakai, ia untuk simpan dan tunggu untuk jual dan dapat keuntungan  tinggi, lebih tinggi dari dari menyimpan di tempat biasa pun pelanggan kita akan senyum .  untuk pengetahuan, kenaikan emas mantain melebihi 30% setahun sudah masuk tempoh 11 tahun lalu, ini statistik yang sangat baik, mengalahkan pelbagai pelaburan-pelaburan konservatif yang lain. rekod ini wajib kita tunjuk supaya pelabur untung dan kita boleh senyum menjual.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Friday, 1 June 2012

Kerugian mencapai RM80 juta


loket-emas-palsu
Oleh kerana ingin mendapat upah sebanyak RM150 untuk setiap surat, Khairul fahmi sanggup membiarkan satu syarikat ‘emas’ menggunakan namanya untuk memajak ‘emas’ didalam ar-rahnu. Kononnya sekadar untuk pajak sahaja dan syarikat akan tebus balik, dia tidak sedar bahawa namanya dipergunakan oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab itu untuk mengaut keuntungan lumayan. Akhirnya, fahmi sendiri terjerat dan terpaksa membayar balik hutang bernilai ratusan ribu ringgit di bank dan berkemungkinan diblacklist dari financial institution.
Bagaimana syarikat ‘emas’ ini mengaut keuntungan? beberapa bulan yang lalu, ketika orang ramai rancak memajak emas di bank-bank, ar-rahnu, kedai pajak express, tauke yang tidak bertanggung jawab ini mendapat idea untuk mencampurkan tungsten kedalam emas dan usaha ‘kotor’ mereka berjaya mengeksploitasi kelemahan mesin density meter yang digunakan. Akhirnya sejumlah besar emas kini yang berada di pasaran adalah campuran tungsten dan emas. Bukan sahaja loket, ada beberapa juga barang lain dengan peratusan emas cuma 30% sahaja tetapi mendapat bacaan tinggi di density meter.
Modus operandi mereka adalah mencari penganggur, mereka yang tidak bekerja dan menawarkan upah untuk setiap emas yang dipajak menggunakan nama mereka. Mangsa pada mulanya akan diterangkan tujuan hanyalah sekadar menggunakan nama mereka untuk pajakan, dan emas itu sebagai guarantee untuk syarikat tebus balik, jadi siapa yang kisah kalau setakat guna nama kan, lagi-lagi dapat upah lumayan. Maka beratus dan beribulah pemuda yang membantu tauke memajak emas2 palsu ke seluruh financial institution, maklumat terkini mengatakan nilainya kini hampir 80 juta, bukan sedikit.
Mereka yang bekerjasama dengan tauke ini pun bukan calang-calang orangnya, ada tu berguru dengan mentor jutawan negara, dengan semangat motivasi yang tinggi dan jiwa yang berkobar-kobar itu, mereka mengerahkan seluruh unit marketing untuk bekerja all-out mengaut keuntungan besar ini, mungkin paling besar berbanding syarikat yang lain.
Kami selalu ingat pesanan tok guru emas dulu, jika internet yang baru berusia belasan tahun pun penuh penipuan scam, swisscash dan berbagai lagi, apatah lagi dengan perniagaan emas yang dah wujud ratusan ribuan tahun dalam sejarah manusia. Ini baru satu syarikat, malah ada banyak lagi syarikat diluar sana yang sedang menanti signal untuk cabut. Maka nasihat kami berhati-hati dalam perniagaan emas, malah kami sendiri pun selalu tertipu dengan emas2 palsu ini

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI