Saturday, 21 April 2012

Sindiket Emas Palsu Ar-Rahnu Tumpas


IPOH 17 April – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan melibatkan barangan emas tiruan di daerah ini dengan tertangkapnya tiga suspek dalam serbuan berasingan sejak 2 hingga 8 April lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berusia antara 55 dan 70 tahun ditahan hasil laporan seorang mangsa yang juga pemilik kedai emas dekat sini, pada 2 April lalu.
Katanya, pemilik kedai emas itu mendakwa didatangi seorang suspek yang menawarkan surat gadai emas menerusi Skim Ar-Rahnu dari sebuah bank tempatan. ”Pengadu bersama suspek ke bank berkenaan untuk menebus barang kemas berupa tujuh biji loket emas bernilai RM32,394.24. ”Selepas barangan itu diserahkan kepada pengadu dan pemeriksaan dibuat dengan memotong salah satu daripada loket, pengadu menyedari bahawa ia merupakan emas tiruan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Shukri berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menggadaikan emas tiruan di bawah Skim Ar-Rahnu dan apabila tamat tempoh gadaian emas tersebut, ia akan dijual kepada pembeli lain. Katanya, siasatan awal mendapati, dua daripada suspek merupakan bekas pekerja bank tersebut manakala seorang lagi penganggur. ”Hasil tangkapan itu, polis merampas 15 utas rantai tangan dan 15 utas rantai leher yang disyaki tiruan seberat dua kilogram yang dianggarkan bernilai RM360,000,” kata beliau.
Menurutnya, daripada semakan yang dibuat, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah iaitu memalsukan dokumen pada 1985 dan 1986. ”Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya ada individu yang menawarkan barang kemas untuk dijual kerana disyaki sebagai barangan tiruan. ”Justeru itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan tersebut diminta menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Monday, 16 April 2012

Harga Emas Cecah RM6,140 Seauns


KENAIKAN harga emas ke paras tertinggi melebihi AS$2,000 (RM6,140) seauns yang dijangka dicapai tahun depan, akan memberi petanda bahawa logam berharga itu mencapai paras harga kemuncak dalam aliran meningkat sejak lebih sedekad lalu apabila dasar kewangan di negara ekonomi utama kembali normal, kata Pengerusi Perundingan Logam (GFMS), semalam.

Pasaran dijangka meningkat kepada paras tertinggi baru menjelang awal 2013 selepas bergelut tahun ini ekoran permintaan agak perlahan di pasaran fizikal utama dan kemerosotan tarikan pelaburan untuk jongkong emas, kata Philip Klapwijk.

Harga emas mungkin melepasi AS$2,000 berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro yang berterusan dan prospek berhubung lebih banyak pelonggaran dasar monetari AS, katanya.

“Kami menjangkakan dapat menyaksikan harga emas naik melepasi AS$2,000 pada 2013, namun begitu tahun depan mungkin menjadi sebagai petanda tertinggi untuk pasaran,” kata Klapwijk.

“Ia bergantung kepada sama ada kami melihat beberapa penyelesaian di Eropah yang mencukupi untuk mengambil beberapa langkah mengatasi isu berakhirnya langkah rangsangan di AS serta prospek normalisasi dasar monetari,” katanya.

Klapwijk berkata, emas dijangka diniagakan sekitar AS$1,530 hingga AS$1,920 seauns pada 2012, dengan harga purata AS$1,731 seauns. 

Harga akhir tertinggi yang dipaparkan sedikit di bawah rekod tahun lalu iaitu AS$1,920.30 seauns yang dicatatkan pada September.

“Apa yang kita lihat adalah penangguhan berikutnya kepada kenaikan harga tertinggi,” kata Klapwijk sebelum melancarkan laporan GFMS Gold 2012.

“Paras harga melepasi AS$2,000 seauns mungkin akan melihat lebih banyak cerita untuk separuh pertama 2013 berbanding beberapa perkara yang kita akan lihat pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Melihat kepada unjuran untuk bekalan dan permintaan tahun ini, beliau menunjukkan kepada lebihan asas dalam pasaran yang mana dolar akan berjumlah AS$130 bilion.

Kaitan emas dengan aset lain seperti saham, dolar dan euro masih berubah secara berterusan.

Dalam tiga suku pertama 2011, kebanyakan emas didagangkan selaras dengan dolar berikutan pelabur membeli kedua-dua aset sebagai pelaburan selamat. Namun pada enam minggu terakhir, emas didagangkan berbanding dolar dan selaras dengan komoditi lain.

Walaupun kini emas kurang terdedah kepada turun naik dalam pasaran ekuiti, Klapwijk berkata, harga masih boleh jatuh secara ketara jika wujudnya satu pergerakan yang lebih rendah dalam bekalan. – REUTERS

Wednesday, 11 April 2012

10 Tempat Nenek Sorok Emas


rumah nenek
Mungkin ramai yang dah tahu kat mana nenek sorok kan?, tapi kecik-kecik dulu korang tak tahu, kadang-kadang nenek tak kunci pun pintu bilik tapi jarang benar orang boleh jumpa kat mana nenek simpan barang kemas dia. Walaupun one day nenek mungkin terlupa (nyanyuk) tapi dia tak lupa barang kemas dia, setiap hari raya, dia bagi cucu dia jika mampu, jika x mampu dia bagi pinjam je. Untuk perhatian bukan saiz subang je macam korang semua , nenek punye saiz tali pinggang , korang ada?
1.  Bawah Tilam
bawah tilam nenek kekabu
2. Dalam tin milo/biskut jagung
tin milo emas
tin biskut jagung

3. Bawah tikar getah
tikar getah emas
4. Dalam almari lama bilik nenek
almari lama emas

5, Celah baju yang dilipat

6. Dalam poket baju yang tergantung\
baju tergntung dalam bilik
7. Dalam kotak sireh dalam bilik
kotak sireh emas

8. Sorok bawah katil, celah2 beg/kayu/kotak banyak
katil lama emas
9. bawah tempat isi beras
bekas isi beras
10. Kedai pajak cina
kedai pajak emas cina

rasa-rasanya kat mana nenek korang simpan emas ye? share kat komen dibawah…. dan jika korang pun simpan kat tmpt hampir2 sama, mmg jelas dan terang la korang ada pertalian darah… haha terima kasih kerana membaca entry x seberapa ini

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI