Sunday, 10 July 2011

Keuntungan Pertama Dari Emas

       Salam sahabat emas…Hari ini punya cerita mengenai keuntungan pertama melalui emas yang saya beli dengan kedai-kedai emas yang berhampiran dengan tempat saya. Keuntungan ini saya perolehi melalui sistem gadaian di Ar Rahnu Agrobank.Walaupun keuntungan ini tidak nampak dengan mata kasar dan tidak lah besar namun hakikatnya tetap keuntungan. Keuntungan ini berdasar harga belian emas dengan kedai-kedai emas dengan nilai semasa marhum di Ar Rahnu Agrobank.

Pada 08 April 2011 saya membeli emas dengan kedai-kedai emas dengan nilai marhun:
  • Rantai tangan 99.99 ( 20.43 gram ) dengan nilai marhun RM 3320.00
  • Rantai tangan 91.60 ( 32.72 gram ) dengan nilai marhun RM 4690.00
  • Rantai tangan 91.60 ( 37.25 gram ) dengan nilai marhun RM 5267.00
  • Rantai tangan 91.60 ( 25.92 gram ) dengan nilai marhun RM 3748.00
  • Logam Mulia Bar 99.99 ( 10.00 gram ) dengan nilai marhun RM 1625.00

  • Total kesuluruhan pembelian RM 18'650.00


Pada 11 April 2011 saya gadai emas dengan Ar Rahnu Agrobank dengan nilai marhun :
  • Rantai tangan 99.99 ( 20.43 gram ) dengan nilai marhun RM 3387.29
  • Rantai tangan 91.60 ( 32.72 gram ) dengan nilai marhun RM 4970.16
  • Rantai tangan 91.60 ( 37.25 gram ) dengan nilai marhun RM 5661.31
  • Rantai tangan 91.60 ( 25.92 gram ) dengan nilai marhun RM 3937.24
  • Logam Mulia Bar 99.99 ( 10.00 gram ) dengan nilai marhun RM 1658.00

Total kesuluruhan marhun RM 19'614.00
Keuntungan bersih yang saya perolehi dalam masa 3 hari adalah : RM 19'614.00 – RM 18'650.00 = RM 964.00

p/s : Jika anda ingin membuat pusingan modal sistem Ar Rahnu tempatnya , namun jika tidak mahu jangan menggunakan sistem Ar Rahnu , sebaliknya simpan emas anda.Duit gadaian emas tersebut jangan digunakan sebarangan kerana , duit tersebut digunakan untuk tebus emas anda di Ar Rahnu.

No comments:

Post a Comment