Sunday, 10 July 2011

Pergerakan harga emas sepanjang Jun 2011

Sepanjang Jun 2011, harga emas mengalami penurunan mendadak pada 2 minggu terakhir ekoran krisis matawang euro, krisis Greece dan juga kenaikan matawang USD, cuma pada 2-3 hari yang lepas harga emas kembali naik dan membuktikan sekali lagi harga emas akan naik lebih tinggi setelah mengalami kejatuhan. Bagaimanapun timbul sedikit kekesalan bagi pihak kami kerana tidak membeli emas pada awal Julai ketika harga jatuh begitu rendah dan gagal menyimpan lebih dari 1 kilo emas tetapi terpaksa melepaskan kepihak yang lain kerana kengkangan modal.


gold 30 day o usd Pergerakan harga emas sepanjang Jun 2011

Ini bukan kali pertama harga emas pulih setelah jatuh teruk, pada Februari 2011, ketika perayaan tahun baru cina harga emas pernah jatuh lebih teruk tetapi kembali pulih 2 minggu kemudiannya, begitu juga ketika tsunami di Jepun dan juga kematian Osama Ben Laden 2 bulan yang lepas. Ini menunjukkan pelaburan emas stabil untuk jangka masa sederhana dan panjang.

No comments:

Post a Comment