Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Kami di Usrati Sejahtera Jewel menjual barang kemas 99.99 dan 91.6 pada harga yang TERHEBAT !!! Semoga urusniaga kita berpanjangan dan diberkati Allah hendaknya... InsyaAllah.Amin.
Wednesday, 28 September 2011
Aset dan Liabiliti
Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat emas ,
Bagaimana? Sudah memiliki emas pertama? atau mahu kembangkan lagi sehingga emas anda boleh mencecah 1 kilogram pula? :)
Simpanlah emas sebanyak mungkin, anda tidak akan pernah rugi. Percayalah...!
Baiklah, pada kali ini, suka saya untuk berkongsi ilmu tentang macam mana nak kenal
ASET dan macam mana pula nak kenal LIABILITI.
Kita sedang bercakap tentang harta. Seperti saya menyimpan emas sebagai perlindungan harta saya. Dan jika anda benar-benar mahu kaya, maka ASET dan LIABILITI adalah perkara asas yang wajib anda tahu.
Ianya telah dibuktikan dari pengalaman lepas!
Apabila kita dapat mengenal pasti dan memahami apa itu ASET dan apa itu LIABILITI, maka kita berpeluang mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN"... Ini kerana 99% manusia di dunia ini telah MEMBAZIRKAN USIA mereka dengan membeli LIABILITI.
Hanya 1% manusia sahaja yang BETUL-BETUL membeli ASET dalam hidup mereka. Dan golongan 1% ni benar-benar memahami apa yang dikatakan ASET dan apa yang dikatakan LIABILITI.
Ya, hanya 1% sahaja. Betapa kurangnya ilmu kewangan ramai orang di luar sana!
Jom kita lihat! Apa yang dikatakan ASET adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu ia akan menyebabkan:
1) Wang tunai anda bertambah
~ CARANYA adalah dengan MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK ATAU KOPERASI BERDAFTAR yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA
2) Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu
~ CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS. Itulah yang sedang saya lakukan hari ini. Dan saya menyeru anda juga melakukannya untuk kepentingan masa depan anda juga.
3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai
positif
~ CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH
4) Pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan
yang positif
~ CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF
5) Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan
wang tunai
~ CARANYA adalah MENGGUNAKAN TEKNIK PENGUMPILAN.Ini adalah teknik yang digunakan oleh orang kaya di luar sana.
Manakala, apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan:
1) Wang tunai anda berkurangan
~ CONTOHNYA dengan berbelanja boros atau berbelanja tanpa beringat
2) Harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu
~ CONTOHNYA dengan membeli RUMAH atau KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan
pendapatan anda. Ramai yang lakukan perkara ini!
3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran
tunai negatif
~ CONTOHNYA dengan TIDAK MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN
TIDAK BERUBAH. Perniagaan anda akan binasa!
4) Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif
~ CONTOHNYA dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG NEGATIF
5) Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai
~ CONTOHNYA dengan 'mengikat diri' pada SKIM BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI yang sebenarnya tidak anda perlukan!
Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN, anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI.
Ingat! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.
"ORANG MISKIN ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG KAYA ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul.
Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin. :)
Persoalannya anda kini berada di situasi mana? Tepuk dada tanya selera...Sudah memiliki aset emas anda? Jika bukan hari ini, bila lagi?
Jumpa lagi.
Mohd Nizam
013-263 5163
BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment