Friday, 16 September 2011

Kuasa Faedah Kompaun

Assalammualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi satu teknik kewangan iaitu Kuasa Faedah Kompaun. Berapa pentingkah untuk menyimpan wang bagi tabungan sekarang, jika dibandingkan pada hari kemudian ?
Sebagai contoh, jika Kamal, Yazid dan Anuar. Setiap daripada mereka melabur jumlah wang yang sama secara konsisten, iaitu RM 3,000, dengan pulangan yang sama sebanyak 10% setiap tahun. Bagaimanapun, mereka memulakan pelaburan pada usia yang berbeza-beza. Kamal pada usia 18 tahun, Siti pada usia 22 tahun sementara Zainal pada usia 30 tahun.
Apabila ketiga-tiga mereka bersara pada usia 55 tahun, Kamal mempunyai lebih wang berbanding Yazid dan Anuar. Dia mempunyai RM467,913 manakala Yazid RM449,773 dan Anuar RM360,300 masing masing.
Kamal bukan saja mempunyai lebih banyak wang pada usia 55, malah dia juga telah melabur dengan jumlah yang paling sedikit, iaitu RM15,000 berbanding Yazid yang melabur RM24,000 dan Zainal RM75,000.

Hasil contoh di atas berpunca daripada faedah kompaun, iaitu faedah tambahan yang diperoleh atas jumlah simpanan asal ditambah dengan faedah yang diterima.

Kuasa faedah kompaun menunjukkan bahawa jika anda menabung lebih awal maka lebih tinggi faedah terkumpul yang diperoleh dalam pelaburan asal anda. Secara ringkas, lebih banyak wang disimpan sekarang, lebih cepat bagi anda memenuhi impian anda. Jadi, bilakah masa terbaik untuk memulakan simpanan ? Pastinya sekarang juga !



Tahukah anda bahawa jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun, hebat bukan !


Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas.


Sejarah harga emas daripada tahun 2000 - 2009




Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata 27% setahun).

Bayangkan jika anda mula menyimpan emas daripada sekarang, berapakah jumlah simpanan emas anda bila anda berusia 55 tahun nanti dengan kuasa faedah kompaun sebanyak 27% setahun. Fikir-fikirkan dan buat keputusan anda hari ini !

Buatlah pilihan sekarang.


EMAS = BELI EMAS , SIMPAN EMAS, GUNA EMAS & BERNIAGA EMAS 

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang PERNIAGAAN EMAS atau PELABURAN EMAS atau BERMINAT BELI EMAS, sila hubungi saya di :



MOHD NIZAM
H/P : 013- 263 5163
e-mail : 
usrati.sejahtera@gmail.com

“Bersama Memacukan Ekonomi Dengan Memiliki Emas”



Saya amat gembira sekiranya dapat membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.


Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang !

No comments:

Post a Comment