Selang beberapa minit kemudian video seterusnya, Ghadafi akhirnya menemui ajal dengan tembakan di kepala dan rusuk kanan badannya. Maka berakhirlah riwayat Diktator paling lama memerintah Libya selama 42 tahun. (1969-2011). Innalilah hiwainna ilaihi roji’un.
Sepanjang hidup penulis, tidak ada banyak kisah yang tentang Ghadafi, hidup sahaja didunia ini, Ghadafi telah memimpin Libya dan merupakan musuh utama Amerika, Libya sendiri adalah begitu asing bagi penulis. Sebagai catatan Libya adalah negara bersempadanan dengan Mesir dan Tunisia dengan penduduk hanya seramai 6 juta orang tetapi 6 kali ganda lebih luas dari Malaysia yang mempunyai 27 juta penduduk. Ghadafi adalah seorang Badwi (tidak hairan kenapa pakaiannya begitu) dan ketika berumur 27 tahun beliau telah berjaya mengetuai sebuah negara dan membubarkan institusi Monarki Libya dalam rampasan kuasa pada tahun 1969.
Ghadafi adalah seorang diktator dan sepanjang pentadbirannya, kebebasan penduduk Libya disekat, maklumat dikawal, media ditapis bagi membolehkannya terus berkuasa seperti kebanyakan pemerintah negara arab yang lain. “Arab Spring”, istilah yang merujuk pemberontakan pemuda melalui laman sosial setakat ini telah menumbangkan 3 diktator dan Ghadafi adalah mangsa terbaru dan yang paling tragis. Ghadafi mungkin dianggap hero, tetapi perjuangan terakhirnya untuk terus berkuasa dengan menyerang dan membunuh pemberontak dalam perhimpunan aman menyebabkan segala jasa beliau sebelum ini lenyap kecuali kebencian dan keinginan untuk menghapuskannya meluap-luap dalam diri setiap pemuda Libya.
Ribuan nyawa pemberontak melayang adalah kos yang dibayar warga Libya sebelum nyawa Ghadafi ditarik bersama 3 anaknya yang telah terbunuh. Bagaimana nyawa Ghadafi melayang masih menjadi tanda tanya, tetapi beliau meninggalkan aset hampir USD200bilion yang mungkin sedang dicongak-congak barat bagi menyelesaikan kemelut ekonomi eropah dan amerika. Penulis tidak pasti samada kematian Ghadafi membawa lebih kebaikan atau keburukan kepada kepada dunia Islam.
Yang pasti, harga emas telah jatuh, seperti juga kes di Iraq ketika ditakluk Amerika, berjuta-juta emas akan ambil dan sayonara diingatkan, Libya mempunyai tidak kurang separuh dari jumlah emas dimiliki oleh Britain selain simpanan minyak hampir setara dengan Arab Saudi.
No comments:
Post a Comment