Wednesday, 12 October 2011

Urus Kewangan & Elak Muflis Dengan Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua sahabat sekalian. Alhamdulillah , hari ini lebih baik dari semalam.Apa yang ingin saya kongsi pada hari ini mengenai satu artikel yang di cetak pada akhbar Utusan Malaysia Online bertajuk ” 41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan” .


41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.


Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.
"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit.

"Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan.

"Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program RINGGIT Pertama Saya di sini, hari ini.

Program RINGGIT Pertama Saya adalah kerjasama antara Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan Citibank Bhd. dalam usaha memupuk kesedaran kanak-kanak berhubung pentingnya pengurusan kewangan.

Program ini melibatkan 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun dari 20 buah tadika di seluruh negara.

Paul menambah, FOMCA menggesa kerajaan untuk memasukkan pendidikan pengurusan kewangan di dalam sistem persekolahan untuk memberi ilmu bersesuaian kepada kanak-kanak.

"Kita harus mendidik generasi akan datang mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan usaha ini sebaiknya dimulakan dari peringkat sekolah lagi," ujarnya.


Berdasarkan artikel tersebut belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.”Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit “. Bagi saya semua ini boleh diatasi jika kita bijak mengawal nafsu berbelanja.Pepatah orang lama yang sering kita dengar “ukur baju badan sendiri”.Hari ini sebalinya yang berlaku ” ukur baju badan orang lain” .
So cadangan saya bagi mereka yang kuat nafsu berbelanja , apa kata mula menyimpan emas berbanding menyimpan duit kertas . Mengapa :
DUIT KERTAS : Bulan ini anda simpan RM100 , kemungkinan bulan depan anda keluarkan RM50 . Bulan depan anda simpan RM150 , kemungkinan bulan seterusnya anda keluarkan RM150.So selama 3 bulan anda hanya simpan RM50.00 ( yang nilainya pada tahun depan tidak akan jadi RM50.00 ) .
EMAS : Bulan ini anda simpan 1 dinar ( nilai semasa RM765 ) , kemungkinan bulan depan anda tidak akan guna kerana perasaan “sayang ” dan susah untuk digunakan ( kemungkinan anda tidak akan menggunakannya ketika berbelanja di kedai handphone ) . Bulan seterusnya kemungkinan 1 dinar nilainya RM800 ( purata kenaikan harga emas lebih dari 20% setiap tahun ).

No comments:

Post a Comment