KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Inflasi di Malaysia telah meningkat dan stabil walaupun inflasi makanan masih ada, dan perlu ditangani menerusi langkah lain selain kadar faedah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Selasa.
Beliau berkata risiko sentiasa ada sama ada bagi inflasi atau pertumbuhan, memandangkan Malaysia merupakan ekonomi terbuka.
“Ekonomi domestik sangat kukuh. Permintaan pengunaan dan pelaburan langsung asing semakin meningkat tahun ini.
“Jika berlaku kekurangan mengejut komiditi atau tenaga, yang berlaku dari semasa ke semasa, ia menyebabkan harga komoditi dan tenaga meningkat ketara, dan jika ia berlaku, ia akan menyebabkan inflasi, dan jika ada gangguan dalam bekalan makanan, ia juga menyebabkan kenaikan harga.
“Salah satu mengelak diri anda dari terkena inflasi , adalah melalui simpanan emas fizikal kerana emas fizikal kalis inflasi.Berminat memiliki emas fizikal sebagai simpanan sila hubungi kami di talian 013-263 5163″.
“Oleh itu risiko inflasi yang lebih tinggi sentiasa ada. Berikutan krisis kewangan semasa, jika ia tidak berlarutan melepasi keadaan semasa, ia akan menjejaskan pertumbuhan,” katanya kepada pemberita pada mesyuarat meja bulat sempena Sidang Kemuncak Risikan Kewangan Islam (IFIS) 2011 di sini.
Bank pusat mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus meskipun pertumbuhan global yang sederhana, pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada Jumaat.
Dalam perkembangan lain, Zeti berkata Malaysia sudah mempunyai kerangka kerja penyelesaian andai institusi kewangan konvensional atau Islam dalam negara, termasuk bank asing, mengalami tekanan.
Beliau berkata BNM kini lebih memberi tumpuan terhadap penyelarasan penyelesaian memandangkan pengantarabangsaan kewangan Islam, membuka ruang untuk institusi kewangan tempatan beroperasi di luar pesisir dan sebaliknya.
“Jika ada yang menghadapi tekanan, bank pusat akan menanganinya pada peringkat awal dan menyediakan mekanisme dan infrastruktur untuk bertindak segera bagi mengurangkan kos penyelesaian yang dilakukan.
“Ujian tekanan dilakukan untuk senario buruk seperti pertumbuhan perlahan atau pembetulan pasaran kewangan, yang kami sentiasa melakukannya, sebelum krisis atau sebelum ia menjadi isu di Eropah atau US,” katanya.
Zeti berkata industri itu mahu melihat lebih banyak pengantarabangsaan, hubungan dan kemasukan kewangan dalam sistem kewangan Islam.
Menjawab soalan, beliau berkata kewangan Islam dilindungi daripada kesan pusingan semasa ekonomi global semasa dan krisis hutang berikutan daya kekuatannya.
“Ia berhubung rapat dengan ekonomi sebenar, dan semakan dan imbangan dalam perkongsian keuntungan disediakan, supaya pinjaman dilakukan secara bertanggungjawab.
“Namun, jika prestasi syarikat perlahan dan pasaran kewangan melalui pembetulan, ia akan memberi kesan ke atas institusi kewangan, katanya.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment