Saturday, 29 December 2012

Musim Muram Emas Sepanjang Tahun 2012


2012 ini adalah tahun yang cukup suram untuk pelaburan dan perniagaan emas, bukan sahaja kerana kejatuhan pasaran emas tetapi juga krisis-krisis skim pelaburan yang merugikan ramai pihak dan syarikat emas sendiri. Laporan akhbar menyiarkan lebih dari 20 syarikat emas diserbu pihak berkuasa dan beratus lagi disenarai hitam Security Commision (SC), anggaran kasar kerugian yang dialami warga Malaysia berkemungkinan melebihi RM15 bilion sepanjang tahun ini.


1. Penipuan emas (tungsten) di dalam Ar-Rahnu. (Kerugian RM80 juta, ratusan terlibat)
Pada April 2012, seorang pemilik kedai emas membuat laporan polis mendakwa diperdayakan pihak Pajak Gadai Ar-Rahnu di sebuah bank di Bandar Ipoh, mangsa yang membeli kira-kira 2kilogram emas dari pelanggan mendakwa emas yang dibeli sebenarnya campuran tungsten-emas dan disahkan pusat peleburan emas. Ekoran laporan yang dibuat, pihak bank terbabit memeriksa seluruh cawangannya di Malaysia dan menemui kira-kira ratusan emas palsu yang bernilai hampir RM80 juta didalam akaun emas Ar-Rahnu. Sindiket yang melakukan penipuan ini masih dibawah siasaran serta turut melibatkan pihak dalaman bank itu sendiri.

2. Pelaburan Emas Genneva (Kerugian lebih RM10bilion, >50,000 terlibat)

Pelaburan emas ini diuruskan oleh Genneva Malaysia Sdn Bhd , sebuah syarikat berpangkalan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur melibatkan ramai pelabur VVIP dan pelabur berbangsa cina. Didalam bentuk pelaburan ini , Genneva menjanjikan pelabur pulangan dividen (2%) setiap bulan dalam bentuk hibah selagi emas disimpan pelanggan dalam tempoh 6 bulan, selepas tamat 6 bulan pelabur boleh menjual emas semula kepada Genneva dengan harga belian dahulu, ataupun membeli semula dan terus menikmati pulangan hibah 2% setiap bulan.

Pada bulan Oktober 2012, pihak berkuasa Malaysia dan Singapura menyerbu pusat operasi Geneva Malaysia Sdn Bhd dan Geneva Pte Ltd dan merampas kira-kira 200kg emas dan wang tunai yang belum diserahkan kepada pelabur.

Oleh kerana pelaburan emas Genneva melibatkan amaun yang besar, kes emas Genneva beberapa kali kedengaran di sidang parlimen dan tekanan berterusan kepada Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia yang terlibat dalam operasi keatas syarikat.. Kes emas Genneva masih didalam siasatan dan kerugian yang dicatatkan merupakan terbesar dalam pelaburan emas Malaysia tahun ini.

3. Pelaburan emas 999 padu dan Jongkong Emas 999.9 (Kerugian lebih RM2billion, >20,000 terlibat)

Pelaburan emas 999 melibatkan lebih ramai pelabur berbangsa melayu bermula sekitar awal 2010 menggunakan Jongkong Emas Pamp Suisse 999.9 dan juga emas padu 999, skim pelaburan ini tidak diuruskan mana-mana syarikat dan lebih berbentuk perniagaan jual beli emas, Pada tahun 2011 harga emas naik ke kemuncaknya pada bulan September, kenaikan harga emas yang tinggi ini menarik minat beribu pelabur baru untuk membeli emas. Dari spekulasi Bank-bank utama di Malaysia berkenaan kenaikan harga hingga mencecah RM400/gram dalam tempoh masa singkat, mendorong ramai pelabur menukar portfolio mereka kepada emas.

Tetapi sayangnya, walaupun spekulasi berterusan dari broker dan penganalisis pasaran, harga emas hanya mampu bertahan beberapa bulan sebelum jatuh teruk pada awal 2012 ekoran kejatuhan ekonomi eropah, ramai pelabur yang membeli ketika harga puncak tersebut terpaksa menanggung kos simpan emas atau menerima risiko emas mereka akan dilelong apabila tamat tempoh waktu simpanan. Akhirnya pelabur terpaksa mengeluarkan emas dan menyimpannya sendiri dan ramai juga yang terpaksa menjual emas mereka untuk mengelak terus membayar upah simpan.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Analisis Harga Emas 2013 di Jangka Meningkat $2,000


Tahun 2012 adalah harga emas yang direkotkan terlalu lemah dalam sejarah kenaikan harga emas, tidak ketinggalan juga ramai orang yang rugi pada tahun 2012,ditambah lagi dengan isu semasa dimana dikuatkuasa undang-undang kepada syarikat-syarikat tertentu yang menjual emas secara memanipulasikanya.
Baru-baru ini dikejutkan berita tentang emas syarikat Geneva yang diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tentang salah guna penjualan emas,yang dikatakan menyalahi undang-undang Amla & Bavia yang telah ditetapkan oleh Bank Negara. Kejadian itu ramai pelabur-pelabur mereka yang berputih mata,kerugian mereka dianggarkan mencecah jutaan ringgit.
Expectations Mixed On Whether Gold To Hit $2,000 (Jangkaan harga emas 2013 mencecah $2000)

Penganalisi Kitco menulis kenyataan dalam kitco News bahwa harga emas boleh mencecah sehingga $2000 pada tahun depan 2013. kenaikan tersebut dinyatakan dengan yakinya adalah “pasti” cuma anggaran yang tepat tidak dinyatakan. Mengikut pergerakan pada tahun ini 2012 adalah sangat lemah bermula dari awal tahun,harga yang didapati dipenghujung tahun ternyata melarat sehingga $1653.10 daripada kenaikan $1920.30 yang pernah direkotkan dalam sejarah kenaikan harga emas.
“We are confident that the gold price will achieve–and indeed exceed, at least temporarily–the $2,000-per-troy-ounce mark next year,” said Commerzbank. “The key price drivers are the central banks with their ultra-loose monetary policy, which undermines the value of currencies. The debt crisis in the eurozone and the geopolitical risks in the Middle East are also likely to ensure latent demand for gold as a safe haven.”
Kenyataan yang dikeluarkan oleh “Commerzbank” dia terlalu yakin dengan hujahnya,menurutnya permintaan Logam Emas pada tahun depan meningkat ini adalah penyebab utama kenaikan harga emas, Krisis ekonomi dianggarkan melarat sehingga satu penyelesaian yang drastik diantara dua belah negara yang berperang.
Apa akan terjadi di Malaysia sekiranya harga emas boleh mencecah sehingga $2000? ini adalah satu fenomena yang baru, mungkin makin ramai pembeli yang tersenyum semula,bahkan mereka tidak takut untuk menambahkan stok mereka. Percubaan pada tahun ini mereka gagal dalam keuntungan,bahkan ramai yang mengeluarkan wang masing2 untuk memaximumkan kerugian.
Untuk info lanjut tentang harga emas 2013 boleh layari:http://www.kitco.com/reports/KitcoNews20121221AL_2013outlook%20lead.html

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Cara Guna Dinar Emas Untuk Bayar Loan ASB


Ramai yang buat simpanan ASB melalui pinjaman atau ASB loan.
Biasanya, kaedah yang selalu digunakan adalah dengan membuat bayaran ansuran pinjaman pada tahun pertama.
Kemudian Dividen yang diterima pada tahun pertama akan digunakan untuk membayar bagi tahun berikutnya pulandan begitulah seterusnya sampai pinjaman tersebut habis dibayar.
Anda boleh meningkatkan keuntungan pelaburan dengan cara ini:
1. Dividen yang diterima gunakan kesemuanya untuk membeli Emas 1 Dinar.
2. Setiap bulan, jual beberapa keping Dinar hanya sekadar cukup untuk membuat bayaran ansuran pinjaman.
3. Dengan kenaikan harga Emas, jumlah Dinar yang dijual dari masa ke semasa akan semakin berkurang, walaupun jumlah ansuran pinjaman ASB yang dibayar tetap sama. Sebagai contoh, pada tahun 2010 harga purata sekeping Dinar RM550, dan pada tahun 2011 harga puratanya RM650.
4. Dengan kaedah ini, anda akan dapat menjelaskan ansuran bulanan pinjaman ASB tanpa sebarang masalah, dan sampai satu masa anda akan mempunyai Dinar Emas yang masih berbaki, bererti Dinar tersebut anda perolehi secara PERCUMA.
5. Kaedah ini juga merupakan salah satu Strategi Pemurataan (Averaging), iaitu anda membeli Dinar Emas dalam jumlah yang banyak, dan menjualnya sedikit demi sedikit, dalam masa yang sama harga Emas yang terus mendaki akan memberikan keuntungan kenaikan nilai Emas Pelaburan anda.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Pelaburan Emas Menggunakan Modal Pinjaman Bank


Jika anda menggunakan sumber modal dari pinjaman peribadi untuk membeli Emas, anda MESTI merancang bagaimana anda boleh membuat bayaran balik pinjaman tersebut menggunakan Emas itu juga.
Tujuannya, walaupun anda mempunyai tanggungan pinjaman yang digunakan sebagai modal pelaburan, namun ianya tidak sedikitpun menjadi beban kepada anda membuat bayaran balik pinjaman tersebut.
STRATEGI PEMILIHAN PRODUK EMAS DAN CARA MENAMPUNG BAYARAN BULANAN
Saya mengambil data sebenar kenaikan harga Emas bermula dari tahun 2009 hingga tahun 2011 seperti dalam paparan Graf dibawah agar anda dapat melihat gambaran sebenar strategi ini dengan jelas.
1. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM200,000, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun, dan jumlah bayaran bulanannya sekitar RM1600 sebulan.
2. Gunakan semua wang tersebut dan beli Emas 1 Dinar yang pada tahun 2009 ianya cuma berharga RM400 sekeping.
3. Saya memilih 1 Dinar kerana ia variasi Emas yang paling kecil. Tujuannya agar anda mudah menjualnya sekadar jumlah tunai yang diperlukan untuk bayaran balik sahaja.
RM200,000 / RM400 (1 Dinar) = 500 Keping Emas 1 Dinar
4. Setiap bulan, jual 4 keping Emas 1 Dinar dan digunakan untuk bayaran balik pinjaman.
5. Jika pinjaman dipotong melalui gaji, tunai dari jualan Dinar tersebut boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan seperti biasa.
Purata harga 1 Dinar adalah seperti berikut :
2009 – RM450
2010 – RM550
2011 – RM650
6. Dengan menjual sebanyak 4 keping 1 Dinar sebulan, bermakna setahun anda akan menjual sebanyak 48 keping Emas 1 Dinar.
Pengiraan jumlah bayaran balik :
Tahun 2009 – 48 x RM450 = RM21,600
Tahun 2010 – 48 x RM550 = RM26,400
Tahun 2011 – 48 x RM650 = RM31,200
JUMLAH PINJAMAN YANG TELAH DIBAYAR SELAMA 3 TAHUN = RM79,200.
BAKI PINJAMAN YANG BELUM DIJELASKAN RM120,800.
JUMLAH DINAR YANG TELAH DIJUAL = 48 Keping X 3 Tahun = 144 Keping.
JUMLAH DINAR YANG DIBELI 500 Keping – 144 Keping = Baki Yang Belum Dijual 356 Keping.
356 Keping x RM735 Harga Dinar Sekarang = RM261,660 (Nilai Semasa Dinar Yang Berbaki)
RM261,660 – RM120,800 (Untuk Full-Settlement Baki Pinjaman jika mahu selesaikan awal)
= RM140,860.00 (Anggaran kasar baki tunai sebelum ditolak dengan interest pinjaman)
Mudah? Ini lah pentingnya STRATEGI.
Apa sahaja tindakan dan keputusan dalam pelaburan, ianya memerlukan kepada strategi, dan strategi adalah satu cara untuk anda mengurus risiko dalam Pelaburan.

Perlu diingat, risiko perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Thursday, 20 December 2012

60 Fakta & Sejarah Tentang EMAS


1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi.
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Fatwa Pelaburan Emas


Parameter Pelaburan Emas.
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli
1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.
Pihak Yang Berakad
2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:
i. Baligh, berakal dan rasyid
Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.
ii. Keredhaan
Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
Harga Belian (al-Thaman)
3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:
i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.
ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.
iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
Sighah
7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi
10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:
i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.
Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:
Syarat Pertama: Taqabudh
11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.
12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:
a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:
a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.
Syarat Kedua: Secara Lani
15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.
iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.
iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
Akad Dan Unsur Sampingan
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.
19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.
20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.
21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.- www.e-fatwa.gov.my

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

9 Individu Saman Syarikat Pelaburan Emas


KUALA LUMPUR: Sembilan pelabur emas memfailkan saman terhadap syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd dan empat pengarahnya termasuk anakanda Sultan Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah untuk menuntut dipulangkan wang pelaburan mereka, melebihi RM2 juta.
Daud Mohamad, 63, Sofiah Halili, 42, Fazilahtun Ahmad, 42, Izuan Daud, 32, Mahmud Idris, 73, Mohd Sabri Ibrahim, 55, Noor Asykeen Abu Bakar, 36, Noorazylawati Abu Bakar, 35, dan Noraini Jasneh, 30, memfail writ saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Azman & Affendy.
Mereka menamakan syarikat tersebut sebagai defendan pertama manakala Tengku Muhaini, 56, Philip Lim Jit Meng, 55, Ahmad Khairuddin Ilias, 54, dan Tan Liang Keat, 40, sebagai defendan kedua hingga kelima.
Menerusi pernyataan tuntutan, mereka mendakwa terbabit dalam skim pelaburan emas berasaskan syariah yang diwujudkan oleh syarikat Geneva Malaysia yang memberi jaminan ia menguntungkan.
Mereka mendakwa bagi menyertai skim tersebut, kesemua plantif dikehendaki mendeposit sejumlah wang untuk membeli jongkong atau kepingan emas daripada defendan dan akan diberi ganjaran sebanyak dua hingga lima peratus sebulan, bergantung kepada jumlah berat emas yang dibeli.
Menurut mereka, Daud telah membayar sebanyak RM405,250; Sofiah RM307,755; Fazilahtun RM424,000; Izuan RM119,900; Mahmud RM60,300; Mohd Sabri RM20,100; Noor Asykeen RM20,100; Noorazylawati RM671,455 dan Noraini sebanyak RM40,000.
Dalam tuntutan itu mereka menyatakan sehingga kini plaintif masih gagal mendapatkan emas mereka dan mendakwa defendan membuat representasi palsu dengan menyatakan skim pelaburan itu adalah menurut syariah sedangkan ia adalah sebaliknya.
Mereka memohon satu perintah untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkenaan memulangkan kembali wang pelaburan mereka itu.
Turut dituntut ialah kadar faedah, kos serta relif lain.
Peguam Mohamad Siddiq Azani yang mewakili kesemua plantif memberitahu Bernama bahawa writ saman tersebut akan diserahkan kepada defendan minggu depan. – BERNAMA

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Wednesday, 19 December 2012

8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi



Ada juga sahabat yang berhajat nak melabur dalam emas, tapi terbeli barang kemas. Nasihat saya, kalau nak beli barang kemas, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi.
Jangan lupa, tak semua barang kemas boleh jadi asset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli. So, untuk pastikan barang kemas tu bernilai tinggi, ikut tip-tip penting ni bila nak beli barang kemas:

Tip #1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.
Perkembangan terkini, ada beberapa Ar-Rahnu tak terima pajakan barang kemas 999. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu nanti boleh dipajak in case terdesak nak pakai duit,belilah barang kemas 916 sahaja.


Tip #2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.
Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dsb. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.

Tip #3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916. Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916! Ms. Denise (trainer Public Gold) dedahkan memang pernah ada kes macam ni.

Tip #4: Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.

Tip #5: Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.
Sebelum saya finalise posting artikel ni, saya terbaca beberapa tip lagi yang dikongsikan oleh Syukor Hasyim (Jutawan Emas) dalam artikelnya terbaru bertajuk “Tip: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas”:


Tip #6: Survey kos upah paling rendah. 
Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.


Tip #7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM 
(Persatuan Pekedai Emas). Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my


Tip #8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.
Mudah-mudahan, 8 tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi.- Sumber dari hargaemas.com.my


BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Zakat Emas Dan Perak


Zakat Emas Dan Perak
Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.
Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah
mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.
Kenapa Di Kenakan Zakat ?Sebagaimana di ketahui umum ,sejak dari dahulu sampai sekarang emas dan perak merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang.Oleh itu,pada pandangan Islam,ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:-
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih,pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu.”  
(Surah at-Taubah : 34 & 35)

Hadith Riwayat Mulim maksudnya:
“Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak tidak menunaikan zakatnya,melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka.Setelah dipanaskan, digosokkan lambung,dahi,dan belakangnya setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya.”

Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas
 :-
1. Islam pemiliknya.
2. Cukup nisab.
3. Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan tahun hijrah.
4. Milik yang sempurna.
Pembahagian Zakat Emas






Nisab Zakat Emas

Sabda Rasullullah S.A.W. :
“Tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh misqal dan tidak wajib zakat pada perak yang kurang daripada dua ratus dirham.”

Peringatan
Ijmak Ulama’ mengatakan kaum lelaki haram memakai barang kemas sekalipun dalam bentuk yang kecil jika cukup syarat-syarat zakat maka diwajibkan zakatnya.Walaupun perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh lelaki diwajibkan zakat.Begitu juga diwajibkan zakat ke atas perkakasan dan peralatan,perkhidmatan,perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak.
ZAKAT EMAS SIMPANAN
Emas yang disimpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan genap haulnya.Nisab bagi zakat emas ialah 20 misqal atau 85gm atau 25 mayam.Kadar zakat ialah 2.5% atau 1/40.
Contoh Kiraan:
Sekiranya anda memliki emas yang disimpan sebanyak 85gm.Nilai semasa emas ialah RM120.08 (Ogos 2010) bagi satu gram.
Nilai emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80

Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
RM 255.17
ZAKAT EMAS PERHIASAN
Emas yang di pakai adalah dikenakan zakat sekirannya ia melebihi had kebiasaan perhiasan (Uruf).Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85gm.Anda masih wajib membayar zakat walaupun anda memakai kesemua emas perhiasan yang melebihi had kebiasan ini.
Kaedah Kiraanya Ialah:-
Sekiranya anda memiliki dan memakai 170gm atau lebih emas perhiasan anda wajib membayar zakat.
Contoh Kiraan :Memiliki emas perhiasan = 170 gm
Had kebiasan perhiasan (yang dikecualikan zakat) = 85gm
Baki yang dikenakan zakat = 85gm
Harga emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80

Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
RM 255.17

Zakat Perak
Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak
Nisab dan kadar zakat perak
Ijma’ ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.Pengiraan zakat perak berdasarkan nilai barang perak samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak ( di simpan sebagai perhiasan di rumah).
Dalil zakat perakSabda Rasulullah SAW
Maksudnya:
“..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)”. (Riwayat Muslim)

Maksudnya:

“Pada perak (zakatnya) 1/40…”. (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh Kiraan:
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)
Kadar zakat = 2.5%
Harga semasa perak (contoh) = RM 0.62
Zakat yang wajib di bayar= 1,000 gm x 0.62 x 2.5%
RM 15.50

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI