Ada juga sahabat yang berhajat nak melabur dalam emas, tapi terbeli barang kemas. Nasihat saya, kalau nak beli barang kemas, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi.
Jangan lupa, tak semua barang kemas boleh jadi asset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli. So, untuk pastikan barang kemas tu bernilai tinggi, ikut tip-tip penting ni bila nak beli barang kemas:
Tip #1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.
Perkembangan terkini, ada beberapa Ar-Rahnu tak terima pajakan barang kemas 999. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu nanti boleh dipajak in case terdesak nak pakai duit,belilah barang kemas 916 sahaja.
Tip #2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.
Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dsb. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.
Tip #3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916. Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916! Ms. Denise (trainer Public Gold) dedahkan memang pernah ada kes macam ni.
Tip #4: Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.
Tip #5: Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.
Sebelum saya finalise posting artikel ni, saya terbaca beberapa tip lagi yang dikongsikan oleh Syukor Hasyim (Jutawan Emas) dalam artikelnya terbaru bertajuk “Tip: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas”:
Tip #6: Survey kos upah paling rendah.
Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.
Tip #7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM
Tip #7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM
(Persatuan Pekedai Emas). Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my
Tip #8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
Tip #8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.
Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.
Mudah-mudahan, 8 tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi.- Sumber dari hargaemas.com.my
BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI
No comments:
Post a Comment