Monday, 2 January 2012

7 Cara Menggandakan Keuntungan Pelaburan Emas 2012


Banyak terpapar diblog, akhbar membicarakan berganda-ganda keuntungan dengan melabur atau membeli emas, adakah benar emas menguntungkan? Bagi saya YES, emas memang menguntungkan, pengalaman saya menjalankan urusan jual beli emas dan pada masa yang sama, emas yang saya beli saya anggap sebagai pelaburan agak menguntungkan.
Bagaimanapun kadang-kadang emas yang dibeli terpaksa dijual pada harga rendah kerana indeks emas jatuh, kadang-kadang pula saya mendapat keuntungan dengan menjual emas yang dibeli ketika indeks rendah pada harga yang tinggi. Begitulah sebenarnya permainan emas.
Ada juga visitor yang bertanya bagaimana boleh mereka menjana pendapatan bulanan daripada pelaburan emas, saya sebenarnya tidak pasti anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan hanya membeli dan berharap harga emas naik setiap bulan untuk overlap, mungkin ada caranya tetapi fokus saya tidak disitu, tidak kepada pelaburan.
Dengan mengharapkan kepada pelaburan sahaja, saya rasa sukar untuk menjana pendapatan setiap bulan kerana harga emas ada pasang surutnya, contohnya awal tahun 2011, harga emas dari Januari hingga Mac dalam posisi menurun, bagaimana boleh menjana pendapatan? tetapi dari segi jualan, saya rasa bulan Januari hingga Mac 2011 adalah rekod terbaik saya menjual emas hampir 1kg setiap hari kerana banyak permintaan lebih-lebih lagi di kawasan desa.
Saya menulis artikel ini untuk berkongsi sedikit cara kepada pelabur emas sebelum anda meneruskan pembelian emas dan cara-cara ini mungkin dapat membantu menggandakan keuntungan anda.
1. Harga/Masa. 
Faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit mungkin dibelanjakan.. Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau Amerika sekalipun.
2. Jenis emas (barang kemas/ gold bar). 
Pendapat saya, pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual, manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya, kijang, atau etc. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.
3. Meningkatkan modal pelaburan. 
Keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda. Jika saya mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.
4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu. 


Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja, pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.
5. Menjual kepada kawan. 
Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan. Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan emas. Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merefer pelanggan kepada kami.
6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas
Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas 916, 750 , emas dan permata. Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan /carigali kecilan emas pada masa akan datang. Aktiviti carigali emas kini menjadi trend di Amerika dimana ramai yang membawa keluarga keluar bercuti sambil mengorek emas, tidak mungkin trend ini akan berjangkit kepada negara kita suatu masa akan datang.
7. Pelaburan Baru/Produk Baru.
Pendapat saya, anda tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda seperti kesetiaan melampau peminat public gold membeli emas mereka sahaja, banyak lagi pelaburan emas baru yang bakal muncul pada 2012 ini, contohnya Dinar Pahang, Emas Rakyat, 1Gram GCP, emas padu 916 dan juga akaun simpanan beberapa bank utama.
Snippet: Seperti dinyatakan didalam Al-Quran, akan tiba suatu masa datangnya Dajal atau (Fitnah) maka dunia akan ditimpa bencana atau peperangan, dimana anda jika ia terjadi dizaman kita? jika saya menjadi Doktor, saya mungkin boleh mencari makan dengan merawat pesakit, jika saya menjadi pekebun, saya boleh makan dengan tanaman saya tanam jika tidak diracun. Tetapi jika saya kontraktor kelas A, jaguh internet, pakar kewangan, cikgu, mungkin ketika itu tiada kerja saya boleh lakukan kecuali urusniaga emas yang tetap akan berjalan. Saya pengarah syarikat? tetapi jika berlaku perang saya bukan sapa-sapa  :)
BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment