Tuesday, 13 March 2012

Iran Dagangan Minyak untuk EMAS

emas harga

Agensi Berita Republik Islam baru-baru ini melaporkan  bahawa Iran akan mula menerima bayaran daripada rakan dagangan emas. Gabenor bank pusat Mahmoud Bahmani mengumumkan perubahan tersebut, mengatakan bahawa Iran akan menerima logam berharga daripada mana-mana negara.Pakar kewangan berkata, langkah ini memperkukuhkan mata wang sejagat dan kedai aspek nilai logam, yang terus menjadi komoditi global yang popular.

Iran telah membolehkan rakan perdagangan untuk membayar minyak dan produk-produk lain dalam mata wang ibunda mereka. Ia juga telah menerima bayaran dalam bentuk barangan dari kedua-dua India dan China. Ia kini akan mengambil pembayaran dalam emas, yang harga yang kini bergema selama 11 tahun berturut-turut. Pelabur telah beralih kepada logam untuk melindung nilai inflasi sebagai mata wang mereka sendiri menurun. Iran menyertai bank-bank pusat seluruh dunia yang telah menggunakan logam sebagai simpanan bernilai.

Sifat kontroversi program nuklear Iran yang diketuai AS dan Kesatuan Eropah untuk mengenakan sekatan kepada negara, menyekat urus niaga kewangan dan perdagangan. Negara-negara ini percaya bahawa program ini adalah topeng untuk pembangunan senjata atom. Iran telah menafikan tuduhan, mengatakan bahawa pembangunan nuklear hanya untuk tujuan awam. Rasmi dengan pentadbiran Obama baru-baru ini menyatakan bahawa langkah Iran untuk menerima bayaran emas bagi perdagangan mencerminkan ketidakupayaan negara ini untuk melibatkan diri dalam aktiviti kewangan standard.

EU akan mengharamkan pemindahan logam berharga, termasuk emas, dalam usaha untuk menghalang usaha Iran untuk mengelak sekatan.Seorang pegawai AS melaporkan bahawa usaha terbaru Iran tidak akan mengecualikan rakan perdagangan dari peraturan-peraturan dalam Akta Kebenaran Pertahanan Kebangsaan AS. Ini termasuk pembekuan aset yang dipegang oleh Bank Negara Iran dan mengenakan sekatan ke atas institusi kewangan di luar negara yang mengambil bahagian dalam urus niaga telus berkaitan dengan bank.


BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Monday, 12 March 2012

Emas BOLEH Perangi Rasuah




Baru-baru ini ada berita di akhbar berkenaan satu kes rasuah. Ikuti sebahagian kisah ini;


JOHOR BAHRU: Dua anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan seorang penjawat awam Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan menerima rasuah berhubung kegiatan penyeludupan pasir ke Singapura, tahun lepas.


Pembantu Penguasa Kastam, Syahrol Md Zain, 31, Penguasa Kastam, Kamarudin Ismail, 49, dan pekerja rendah awam gred R1 di pejabat Pengarah PTG, Johairi Ahmad, 41, masing-masing yang didakwa di kamar mahkamah berasingan.


Mereka dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Bagi tuduhan pertama, Syahrol, Pembantu Penguasa gred W17 di Bahagian Pencegahan, dituduh menerima suapan wang tunai berjumlah RM2,400, daripada Sendry Anak Ugi atau Ah Sim, 33, sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan ke atas tiga buah lori bernombor pendaftaran JKK 8799, JKH 8199 dan WCH 1672 kerana menyeludup pasir ke Singapura.


Baiklah apa kene mengena cerita rasuah ni dengan pelaburan emas ni? Ok jika kita lihat, antara sebab kenapa mereka sanggup terima rasuah adalah sebab masalah ekonomi. Mereka tidak cukup wang untuk keperluan hidup yang makin meningkat.


Jadi jalan mudah adalah dengan rasuah. Easy money.


 


Tapi jika bermula dari sekarang anda sudah membuat persiapan yang cukup, pelajari skil melabur emas dan buat untung tiap tiap tahun, perlukah lagi pada rasuah ni?


Jadi elakkan diri anda dari rasuah dan mulakan cipta mesin cetak wang anda hari ini juga.....sebagai bekalan bila tiba waktunya....




BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Sunday, 11 March 2012

Berita Yang Mempengaruhi Harga Emas & Perak Sementara Waktu !

IMF tambah 28 bilion Euro selamatkan Greece.
WASHINGTON: Tabung Mata Wang Antarabanga (IMF) merancang menawarkan pinjaman baru mencecah 28 bilion Euro (AS$36.7 bilion) kepada Greece sebagai sebahagian pakej menyelamat negara itu daripada kemelut kewangan, kata Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde hari ini.
“Hari ini saya sudah berbincang dengan Lembaga Pengarah Eksekutif IMF dan berdasarkan perkara itu termasuk persetujuan dengan kerajaan Greece, saya bercadang menawarkan 28 bilion Euro lagi untuk membantu Greece dalam melaksanakan program ekonominya untuk empat tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Angka itu dianggap tinggi daripada jangkaan awal selepas negara itu menghadapi jumlah hutang menjangkau 107 bilion Euro.Pakej menyelamat ke atas Greece yang dipersetujuan Kesatuan Eropah (EU) bulan lalu berjumlah 237 bilion Euro. – AFP

Wednesday, 7 March 2012

Rezeki Emas Kaki Lima

KOTA BHARU: “Pernah saya peroleh RM10 sehari, tetapi sama ada dapat sikit atau lebih, saya bersyukur. Saya pernah memperoleh pendapatan melebihi RM40,000 sebulan. Dari situlah, saya simpan berdikit-dikit untuk perbelanjaan anak di universiti dan seorang lagi anak bongsu yang masih belajar di sekolah menengah di bandar ini,” kata Kak Idah (bukan nama sebenar), 58, antara peraih emas di bandar ini.
Hasil pendapatan itulah dia mampu menyekolahkan tujuh anaknya hingga ada antaranya bergelar jurutera, pakar bioteknologi, guru dan pereka fesyen.

Menceritakan rutin hariannya, Kak Idah berkata, seawal jam 6 pagi dia bangun menyiapkan sarapan buat suami dan seorang anaknya yang bersekolah menengah.


Selepas menunaikan tanggungjawab isteri dan ibu, dia memastikan dapat memulakan operasi perniagaannya di bandar ini jam 9 pagi.

Bersama dua lagi rakannya, mereka mencari sudut strategik di kaki lima sambil memegang kemas beg tangan masing-masing kerana di dalamnya terdapat ribuan ringgit jika dinilai emas yang ada berserta ribuan ringgit wang yang bakal menjadi ‘modal’ membeli emas dijual pelanggan.


Sepanjang 24 tahun lalu, dia mengakui kerjaya itu menyeronokkan sebelum perbualan kami disertai dua lagi rakannya iaitu Kak Izan dan Imah. Kemudian Kak Idah menunjukkan isi begnya bersama barangan kemas atau wangnya mencukupi untuk perniagaan hari itu dengan jumlah melebihi RM10,000. Selain mereka bertiga, di sudut kaki lima itu kelihatan juga beberapa orang lagi peraih duduk di kerusi dan berbual kosong. Kalangan mereka saling mengenali kerana kerjaya seperti itu perlukan jalinan kerjasama antara satu sama lain.



Apabila didekati, gelagat empat peraih emas di kedai berhampiran juga sama saja kaedah yang digunakan mereka, duduk santai di kerusi sambil berbual kosong dan sesekali menjamah jajan yang dibeli lalu diletak di atas bangku. Mereka makan beramai-ramai dan ada kalanya pelanggan datang, mereka memberi penerangan ringkas sambil meneliti resit gadaian yang ditebus dan sebagainya. Kemudian pelanggan berlalu sebaik saja urusan ‘jual beli’ selesai.

“Beginilah rutin harian kami setiap hari. Bila tiba waktu makan, kami makan bersama-sama dan jika seorang daripada kami kekurangan wang, kami saling meminjam dan sebaik mendapat hasil jualan terus dibayar hutang itu.


“Sebenarnya, bukan mudah menjalankan perniagaan ini kerana kerenah pelanggan pelbagai. Mungkin ada yang berpura-pura membeli emas dan tidak kurang juga menunjukkan surat pajak gadai yang bukan milik mereka. “Selama lebih 20 tahun berniaga, saya jarang diuji dengan perkara pelik. Saya berdoa dipermudahkan rezeki kerana kerja ini yang membantu saya membesarkan tujuh anak dan enam daripada mereka ke universiti,” katanya.

Seorang lagi peraih, Kak Hana (bukan nama sebenar), 50, berkata sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam bidang itu, dia pernah menggadai barangan kemas bernilai lebih RM10,000 sebagai modal permulaan.


Katanya, antara rahsia mereka bertahan lama dalam kerjaya itu kebolehan berkomunikasi dengan pelanggan terutama dalam soal tawar-menawar harga.


“Sebagai orang lama di bidang ini, saya ada pelanggan setia. Jika mereka ada masalah kewangan atau hendak jual emas bagi mendapatkan wang cepat, saya dicari. “Selain itu, kami juga memahami masalah pelanggan yang terdesak hendak pakai wang, apa pun mereka terpaksa jual barangan kemas itu. Apabila selesai berunding dan mereka bersetuju dengan harga yang ditawarkan, di situ wujud situasi ‘menang-menang’ antara kami. Tidak wujud soal kami menipu kerana kami ada akad dalam perniagaan ini apabila semua selesai,” katanya.


Sementara itu, Izan (juga bukan nama sebenar), 45, berkata, dia mula berminat menjadi peraih emas selepas mengikuti sepupunya ketika masih remaja. “Ketika pertama kali mendapat duit hasil jualan puluhan ribu, saya menggigil dibuatnya. Dari situlah datangnya keseronokan dan kekuatan bekerja lebih gigih sampai sekarang. “Tidak dinafikan ada berlaku hal yang pelik, tetapi bagi saya, kami bekerja seperti waktu pejabat iaitu bermula 9 pagi dan balik jam 6 petang dengan pendapatan yang lumayan. Tentunya kerjaya ini menarik dan bukan semua orang ada bakat bekerja di bidang ini,” katanya.





BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI