Friday, 18 May 2012

Analisis Fundamental PE 17 Mei 2012


Pergerakan harga emas pada awal pagi sangat menggembirakan kita. Terdapat perubahan kecil pada harga apabila paras harga halangan yang dilakarkan seawal jam 6.00am pada USD1544 dilepasi juga pada paras USD1553.
Paras berkenaan bukan perkara yang menarik untuk PE ikuti. PE lebih suka menggambarkan harga berkenaan sebagai harga joker (harga dimain-mainkan oleh psikologi pelabur kerana sukar mendapat kenaikan harga berterusan) yang naik seketika kemudian menyusut berjam-jam.
Kenaikan harga awal pagi inipun disebabkan oleh perkembangan positif KDNK Jepun meningkat  sebanyak 4.1% untuk suku tahunan Q1 2012.
Persoalannya sejauh mana harga emas kekal bertahan antara USD1448 hingga USD1552 pada malam ini?
Jom buat penilaian laporan-laporan data yang sedang dan bakal berlaku pada hari ini.
1. Perkembangan mesyuarat FED pada hari semalam tiada rahsia diterima oleh pelabur berkenaan perbincangan kewajaran pengubahan polisi moniteri QE yang baru untuk menjamin ekonomi US kekal stabil.
2. Pengumuman pilihan raya umum Greek yang baru telah ditetapkan pada 17 Jun 2012. Keadaan ini secara keseluruhan akan menjejaskan pasaran komoditi di rantau Eropah disebabkan nilai Euro bakal terganggu memberi peluang kenaikan nilai dolar.
3. Sementara itu, ECB ketika ini sedang membekukan sementara bantuan kewangan kepada bank-bank di Greek atas ura-ura Greek mahu melompat keluar dari Blok EURO dan  sehingga Greek dapat membentuk kerajaan yang baru.
Dalam menghampiri tarikh berkenaan berbagai peristiwa pro dan kontra ke atas pasaran zon Eropah bakal berlaku. Antaranya kemungkinan penurunan rating ekonomi di Greek.
Laporan di atas menjelaskan harga emas di zon Eropah tika ini.

4.Update AS Tuntutan Penganggur: dalam laporan sebelumnya tuntutan pengangguran susut kepada 367,000; berita mingguan yang datang boleh memberi kesan kepada hala tuju dolar Amerika Syarikat (AS) dan seterusnya bulion;
5. Philly Fed Manufacturing Index: Dalam tinjauan April yang lepas, kadar pertumbuhan sederhana merosot daripada 12,5 Mac 8,5pada April 2012. Jika trend berterusan indeks ini boleh menjejaskan bukan sahaja Dolar AS tetapi juga harga emas (Kajian PhillyFed baru-baru ini);
6. Sepanyol -10 Tahun Bon Lelongan: Sepanyol akan mengeluarkan lelongan bon; berikutan kelembapan ekonomi yang berlarutan, Sepanyol menghadapi  perspektif ekonomi,penjualan bon ini mungkin isyarat keyakinan peniaga dalam ekonomi Sepanyol dan seterusnya boleh menjejaskan Pasaran Euro;

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment