Apabila meletusnya perang di Cambodia, ramai rakyatnya lari meninggalkan tanah air bagi menyelamatkan diri dan keluarga. Sebahagian besar daripada mangsa peperangan ini memilih Malaysia sebagai tempat melarikan diri bagi memulakan hidup yang baru. Kebanyakan dari mereka mendarat di selatan tanah air terutama daerah Kota Tinggi dan Mersing.
Melarikan diri tanpa hala tuju.. Tiada kompas atau GPS.. Ke mana angin membawa haluan ke situlah tujuan mereka
Semenjak dari itu, bermula lah kehidupan baru mereka di bumi asing tanpa sebarang keistimewaan. Daripada sehelai sepinggang, mereka kini menguasai deretan bazar tekstil di tengah-tengah bandar Kota Tinggi dan memiliki banglo di Ulu Tiram.
Memang dah menjadi adat, orang yang berusaha dengan tekun lambat laun pasti berjaya! Dalam hal perniagaan, sekecil mana sekalipun tetap memerlukan modal bagi memulakannya. Daripada manakah orang-orang Cambodia ini mendapat modal mereka?
Rupa-rupanya rahisa mereka ada pada ‘benda’ yang mereka bawa bersama ketika melarikan diri. Semua harta benda yang lain ditinggalkan dan dirampas oleh rejim Khmer Rouge. Namun dalam keadaan tergesa-gesa mereka masih sempat membawa bersama beberapa keping ataupun ketul emas.
Vietnamese Kim Thanh gold bullion “bars” or leaves Fineness: .9999 Actual Gold Content: 1.205 troy ounce (37.5 grams) (Typically, three leaves wrapped in oil-paper: two leaves at 15gr apiece and a third at 7.5 gram)
Bukannya Cambodia tidak ada matawang ketika itu, malah matawang Dolar Amerika cukup banyak! Namun mereka sedar bahawa dalam situasi perang, duit tidak akan ada nilai lagi. Emas pula dalam bentuk apa sekalipun tetap diterima walau ke mana sahaja mereka pergi di muka bumi ini. Tidak ada satu negara pun di dunia ini mengatakan emas tidak bernilai!
Matawang yang diguna sebelum perang meletus
Pengalaman orang-orang Cambodia ini memang banyak memberikan pengajaran. Betapa peranan emas dapat menyelamatkan kelangsungan hidup mereka dan generasi seterusnya.
Dalam dunia yang moden ini, kaedah melarikan diri dengan emas juga telah berlaku.. Iaitu isteri bekas presiden Tunisia bernama LAILA!
Laila, melarikan diri menggunakan kapal terbang ke Eropah dengan emas yang begitu banyak!
BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI
No comments:
Post a Comment