Thursday, 24 May 2012

Mana Yang Anda Pilih Pelaburan Emas atau Perniagaan Emas?


Bila saya sebut pasal pelaburan emas ramai yang dah tau kot…Tapi bila saya sebut pasal perniagaan emas ramai yang tak tau dan jarang kita dapati orang ajar secara percuma…ilmu emas ini kalau anda nak tau sangat bermakna dan susah didapati.

Pelaburan Emas
Pelaburan emas adalah terbahagi kepada dua,iaitu pelaburan emas secara online dan pelaburan emas secara fizikal. Pelaburan emas secara online adalah seperti forex, ianya tak semudah yang kita jangkakan sebab kita kena mahir dalam perjalanan graf dan teknik-teknik yang lain.

Pelaburan emas secara fizikal anda selamat dari pada kejatuhan harga sebab emas tersebut ditangan anda sendiri, walau bagaimanapun anda boleh menunggu harga naik,simpan lama-lama pun tak mengapa kerana emas takkan susut nilainya..tapi saya sarankan anda kalau anda ingin memulakan pelaburan emas pilihlah harga yang murah, bandingkan semua harga penjual-penjual emas dan pastikan spread harga jual dan harga beli jangan terlalu jauh,maximum rm5.00 kebawah adalah senang anda mendapat keuntungan.

Perniagaan Emas
Kalau sebut pasal perniagaan emas adalah bermacam-macam cara dan bermacam-macam ragam dalam perniagaan emas,keuntungan pun begitu juga tergantung pada ilmu yang kita ada, kepakaran dalam persaingan market adalah faktor kepada kejayaan perniagaan emas,kebanyakan orang rugi dalam perniagaan emas adalah orang yang tamak yang ingin keuntungan besar, contohnya ada sebahagian yang saya jumpa harga dah naik tapi tak nk jual juga sebab dia nak tunggu lagi naik, padahal besoknya harga emas turun. Perniagaan emas adalah lebih untung dari pada pelaburan emas.

Banyak lagi yang kita kena ambil peduli atau kena belajar dalam perniagaan emas, mengenali emas tak rugi sebab kita sendiri pun membeli emas.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment