Saturday, 19 May 2012

Polis dan Wartawan Peras Ugut Pengusaha Emas



Medan: Dua anggota polis yang bertugas di Polsek Kutalimbaru,Deliserdang, dan empat wartawan ditangkap Unit Jatanras Polda Sumatera Utara. Mereka didakwa telah melakukan pemerasan terhadap pengusaha emas di Medan, Purnamurti.

Pada ketika ini keenam pesalah itu masih menjalani pemeriksaan penyiasatan di Ditreskrimun Polda Sumatera Utara. Pihak polis mengatakan keenam-enam suspek itu ditangkap ketika melakukan peras ugut terhadap seorang pengusaha emas di Pasar sentral.

Polis telah merampas enam beg yang mangandungi barang kemas dan wang tunai berjumlah RP 9juta. Menurut testimoni suspek, sebahagian daripada barang-barang kemas itu telah pun dijual oleh mereka.

Enam suspek iaitu Briptu Ezak Qoiman, Brigadier Syahrizal ahli polis dari Kutalimbaru, sedangkan suspek dari kalangan wartawan ialah Zulmi Aldi, Kiki Budi,Wasis, dan Agam Darmawi. ”Semuanya dikenakan hukuman bagi kanun keseksaan 368KUHP akta peras ugut,” kata Murdani.

Daripada keseluruhan hasil siasatan, dinyatakan bahawa, sebenarnya suspek- suspek tersebut telah mengertak pengusaha tersebut dengan menyatakan bahawa barang-barang yang dijualnya semuanya hanyalah palsu,lalu mereka meminta wang sebanyak RP 150 juta dengan itu mereka tidak akan mengkhabarkan hal itu kepada umum. Namun pengusaha itu berasa begitu takut terhadap suspek-suspek itu dan beliau mengatakan bahawa dia hanya mempunyai RP 8juta.

“Kerana tidk berpuas hati dengan jawapannya itu,suspek-suspek itu telah merampas sebahagian besar barang-barang kemas daripada pengusaha tersebut.” jelas Murdani

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment