Thursday, 20 September 2012

Harga Emas Dijangka Melonjak


POH KONG Holdings Berhad menjangkakan harga emas mencecah RM6,121 setiap 28 gram tahun depan berikutan jumlah permintaan terus meningkat sebaliknya pengeluaran terus berkurangan.

Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow berkata, permintaan terhadap emas terus meningkat khususnya untuk emas yang dijadikan medium pelaburan.




“Emas untuk pelaburan dilihat semakin mendapat perhatian kerana lebih ramai pelabur mula beralih untuk memilih emas sebagai pelaburan selepas melihat peningkatan harga yang dicatatkan saban tahun,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan emas mencatatkan sedikit penurunan kerana peningkatan harga dicatatkan tidak ketara.

“Malah, ia turut menjejaskan penjualan emas pelaburan kerana pelabur melihat ia bukan masa sesuai mendapatkan emas,” katanya.


Siow berkata, Malaysia antara negara yang menawarkan harga emas paling rendah dan ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai negara yang menjadi tumpuan di kalangan pemborong emas di luar negara. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hargaemasdijangkamelonjak/Article/index_html



BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment