Wednesday, 19 December 2012

Ramalan Emas 2013 ( MANA YANG PATUT DIPERCAYAI????? )


TAHUN 2012 sudah hampir melabuh tirainya. Sepanjang tahun ini harga emas diniagakan dalam suasana yang kurang memberangsangkan dan tidak menepati ramalan pakar sebelumnya.
Bagaimana pula 2013 ?

 Emas dipercayai dan dijangka akan meningkat kerana Basel Committee of Bank Supervision akan membuat penilaian semula terhadap kedudukan nilai emas. BCBS akan melaksanakan peraturan bank antarabangsa yang merancang untuk mengembalikan emas sebagai aset kelas pertama (Tier 1 asset) yang membawa nilai sebenarnaya (100%) berbanding sebelum ini hanya 50% dari harga pasaran.
Di mana ?
Dijangkakan pada Januari 2013,  EMAS akan sama NILAI dengan WANG.
Bermakna: Harga emas akan meningkat 2 kali ganda pada tahun depan.
Tetapi tidak semua pakar membuat ramalan yang sama
Goldman Sachs meramalkan pelaburan emas tidak akan meningkat dan tidak akan menguntung pelabur. Para pelabur emas dingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
Jadi mana satu yang kita perlu percaya?
Mengikut penasihat pelaburan kita perlu bijak melihat isu disebalik ramalan ini. Kerana ramai pakar pelaburan di luar sana mempunyai agenda tertentu. Setengah dari mereka meramalkan emas akan turun mengharapkan supaya pemegang emas menjual stok mereka. Pada ketika itu mereka akan berpeluang membeli emas pada harga yang lebih murah.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment