Friday, 4 January 2013

Dividen ASB VS Pelaburan Emas (1990-2012)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini (3 Januari 2013) merupakan satu berita yang dinanti-nantikan oleh para pelabur ASB. kerana para pelabur boleh mula mengemaskini buku pelaburan mereka.
Jumlah agihan pendapatan ASB yang bakal diperolehi pada tahun 2012 ialah sebanyak 8.90 sen seunit. Dengan 7.75 sen seunit untuk dividen dan 1.15 sen seunit untuk bonus. Jumlah agihan pendapatan pada tahun ini menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 0.10 sen berbanding agihan pendapatan tahun lepas (2011).
Dalam Jadual di atas menunjukkan dah lebih 10 tahun, agihan pendapatan melalui ASB tidak mampu mencapai 10% setahun. Bila agaknya ekonomi negara dapat kembali pulih, supaya para pelabur ASB dapat menikmati pulangan pelaburan yang lumayan seperti pada tahun 1990 dan 1994?
Mungkin Pengerusi PNB dan para penganalisis ekonomi negara mempunyai jawapannya.
PENGERUSI PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan agihan pendapatan ASB bagi tahun 2012.
Disebabkan pulangan pelaburan ASB yang kurang memberangsangkan, semakin ramai rakyat Malaysia telah beralih arah kepada pelaburan emas. Mereka merasakan pelaburan ke atas emas jauh lebih menguntungkan berbanding pelaburan dalam ASB.
Graf Kenaikan Harga Emas dalam tempoh 20 tahun (1993-2012)

Dalam graf di atas menunjukkan harga emas semakin meningkat saban tahun. Para pelabur emas tersenyum gembira apabila mendapat pulangan purata sebanyak 25% setahun berbanding para pelabur ASB yang hanya mendapat pulangan pelaburan tak sampai 10% setahun.
Jadi, untuk memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan. Saya syorkan anda gunakan sebahagian pendapatan anda untuk membuat pelaburan ke atas emas dan sebahagian lagi untuk ASB. Semoga dengan cara ini anda akan dapat menikmati pulangan pelaburan yang lebih lumayan pada tahun 2013. Selamat Mencuba.
Semoga info yang dikongsikan dapat memberi banyak manfaat kepada anda dalam menjana pulangan yang lumayan melalui pelaburan.
- edit dari www.coretananuar.com

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment