Ueli Anliker seorang ahli perniagaan daripada Swiss telah mengubah kereta Mercedes McLaren SLR miliknya kepada kereta mewah. Sekumpulan 35 orang bekerja, 30,000 jam dan lebih £ 3.5 juta ($ 5.5 juta) digunakan untuk mengubah kereta tersebut yang diberi nama Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream.
Dia membuat perubahan pada cat, roda, bahagian dalam dan enjin dimana dua puluh lima lapisan cat merah dengan 5kg debu emas digunakan pada badan kereta. Roda, lampu dan pintu semua diliputi emas 24 karat. Penunjuk di dalam kereta, alas kerusi dan hiasan dalaman menggunakan emas dan batu delima digunakan sebagai suis.
Kuasa pada enjin yang sedia ada 5.4 liter telah ditingkatkan kepada 999bhp dari 640bhp, ini telah menyebabkan kelajuan tertinggi meningkat kepada 210mph (336 kmj). Sebanyak 600 batu delima telah digunakan semasa menghias kereta Mercedes eksklusif tersebut.
BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI
No comments:
Post a Comment