Thursday, 28 March 2013

3 Kategori Peniaga Emas


Ada 3 kategori peniaga emas :
(1) Menjadi peniaga emas kerana hendak menjual semata-mata dan beroleh keuntungan segera
(2) Menjadi peniaga emas kerana ingin menjadi sebahagian peng”edar ” emas sambil berkongsi info mengenai sebab dan kepentingan menyimpan emas.Fokus utama ialah mendidik masyarakat tenteng kebaikan menyimpan emas,dan biasanya peniaga jenis ini tidak akan kisah jika tidak dapat menjual emas kerana yang penting info telah disampaikan.
(3) Peniaga emas yang kekurangan info, hanya menjual dan memberi info yang kurang tepat kerana malas menuntut ilmu mengenai simpanan emas atau mungkin ada ilmu tetapi malas nak menyampaikannya.
Memang menjadi peniaga emas perlu banyak kesabaran kerana orang ramai masih belum celik emas dek mentaliti yang telah dipupuk sejak kecil (diajar menabung wang kertas,syiling dari kecil dan “kejayaan bank” meyakinkan orang ramai mereka adalah institusi simpanan yang terbaik,sedangkan tidak ramai yang tahu rahsia bank yang sebenar dan bagaimana mereka buat duit dengan meniagakan wang kertas! )

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment