Kejatuhan cecah 7.5 peratus lebih rendah akhir 2012
London: Aliran meningkat harga emas sejak sembilan dekad lalu, dijangka berakhir berikutan langkah menjual pegangan oleh sebahagian besar pengurus dana global.
Susulan itu kebanyakan penganalisis menjangka harga komoditi itu akan mencatat aliran menurun buat kali pertama sejak 2000.
Susulan itu kebanyakan penganalisis menjangka harga komoditi itu akan mencatat aliran menurun buat kali pertama sejak 2000.
Harga emas mulai susut pada April meskipun bank pusat mencetak wang secara besar-besaran, penularan krisis hutang Eropah dan pengurangan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini untuk kali keempat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Harga logam berharga itu dijangka berada pada paras AS$1,550 seaun menjelang akhir tahun ini, iaitu 7.5 peratus lebih rendah berbanding harga pada akhir 2012.
Ia adalah kejatuhan paling besar sejak 1997, demikian mengikut 38 jangkaan yang dikumpulkan Bloomberg.
Pelabur kini menjual logam berharga menerusi produk dagangan bursa (ETF) pada kadar terpantas dalam rekod.
Harga emas mulai susut pada April meskipun bank pusat mencetak wang secara besar-besaran, penularan krisis hutang Eropah dan pengurangan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini untuk kali keempat oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Nilai emas jatuh ketika ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod tertinggi, sekali gus mencerminkan penurunan keyakinan pelabur.
Nilai emas jatuh ketika ekuiti Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod tertinggi, sekali gus mencerminkan penurunan keyakinan pelabur.
“Ia adalah tanda berakhirnya satu era,” kata Ketua Penyelidik Komoditi Societe Generale SA di New York, Michael Haigh, yang membuat jangkaan mengenai kejatuhan harga logam berharga itu sebulan lalu.
“Arah aliran ETF dan dana lindung nilai mengubah arah aliran emas buat pertama kali dalam tempoh yang sangat lama. Harga dilihat akan terus jatuh,” katanya.
Harga emas susut 13 peratus kepada AS$1,450 di London tahun ini dan mencecah paras terendah dalam tempoh dua tahun pada AS$1,321.95 pada 16 April.
Ia mencatatkan peningkatan 16 peratus untuk terus mencatatkan peningkatan 13 tahun berturut-turut. Standard & Poor’s GSCI menunjukkan 24 komoditi jatuh 5.8 peratus sejak awal Januari, dengan emas mencatatkan prestasi ketiga terburuk selepas perak dan plumbum.
Indeks Ekuiti MSCI Semua Negara Dunia meningkat 8.3 peratus dan Indeks Bank of America Corp menunjukkan Treasuries naik 0.9 peratus.
Peningkatan tahunan selama 12 tahun berturut-turut turut dicatatkan sesetengah aset lain.
Perbendaharaan AS memberi pelabur pulangan sekurang-kurangnya 16 tahun menerusi 1993 dan bon Indeks pasaran Meluas Global Bank of America meningkat setiap tahun sejak 2000.
Nilai emas yang dipegang menerusi ETF jatuh AS$37 bilion kepada AS$106.1 bilion sejak Oktober berikutan kejatuhan harga dan pelabur menjual logam, demikian mengikut perangkaan yang dikumpulkan Bloomberg.
Institusi memiliki kira-kira 50 peratus 1,078 tan dalam SPDR Gold Trust, iaitu ETP terbesar, dan mereka mungkin menjual kira-kira separuh daripadanya kerana harga jatuh dan pelabur memilih ekuiti, kata Deutsche Bank AG dalam laporannya pada 26 April.
Logam berharga itu jatuh 25 peratus daripada paras rekodnya AS$1,921.15 pada September 2011 kerana Indeks MSCI Semua Negara Dunia meningkat 26 peratus.
Societe Generale mengunjurkan harga purata pada suku keempat ialah sekitar AS$1,375, iaitu paras terendah dalam tempoh tiga tahun.
Societe Generale mengunjurkan harga purata pada suku keempat ialah sekitar AS$1,375, iaitu paras terendah dalam tempoh tiga tahun.
Goldman Sachs Group Inc, Barclays Plc, Credit Suisse Group AG dan Morgan Stanley juga antara mereka yang mengunjurkan harga rendah dan hanya 10 daripada 38 penganalisis yang terbabit dalam kaji selidik Bloomberg menjangkakan logam berharga itu mencatatkan peningkatan bagi tahun ke-13.
Sementara Goldman pula dalam cadangan jualannya pada 23 April, berkata ia menjangkakan harga emas mencatatkan kejatuhan selanjutnya.
Harga emas mencatatkan peningkatan 11 peratus sejak mencecah paras terendah dalam dua tahun kerana kejatuhan mendorong pembelian emas syiling dan barang kemas. – Bloomberg
BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI
No comments:
Post a Comment