Sunday, 10 July 2011

Rahsia 3P Emas


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengungjung blog emas No 1 di Malaysia :) . Alhamdulillah sudah hampir 7 bulan kita mengharungi tahun baru iaitu tahun 2011.Semoga tahun ini membawa sinar baru dalam kehidupan sementara di dunia ini sebelum melangkah ke dunia kekal abadi.
Baiklah , setiap hari boleh dikatakan handphone saya tidak pernah membisu , asyik mengeluarkan bunyi panggilan dan sms.Waduh-waduh , memang penat untuk melayan tetapi seronok jika mereka yang membuat panggilan / sms ke 013-2635163 berpuas hati dengan layanan yang diberi.Berbagai ragam panggilan /sms yang saya terima , dari yang paling ok sehingga yang paling ko.
Mungkin sudah semakin ramai yang mula sedar kepentingan emas dan mungkin masih ramai yang belum sedar kepentingan emas.Diharap rakan-rakan seperjuangan terus berusaha untuk memberi info dan ilmu yang berguna untuk rakan-rakan diluar sana.Sebelum anda memiliki emas @ pergi lebih jauh dalam bidang emas , anda harus tanya pada diri sendiri :
Adakah aku ingin jadi Penguna Emas/Penyimpan Emas @ Pelabur Emas @ Peniaga Emas ?
Pengguna Emas/Penyimpan Emas – Bagi saya , penyimpan emas bermaksud membeli emas sebagai simpanan untuk masa depan atau membeli emas sebagai barang perhiasan ( barang kemas ) .
Pelabur Emas – Pelabur emas adalah mereka yang mengharapkan keuntungan dalam jangka masa tertentu.Sebagai contoh beli emas hari ini dan menjualnya bila ada keuntungan.
Peniaga Emas – Peniaga emas adalah mereka yang suka menjalankan perniagaan jual dan beli emas.
Berdasarkan tiga kategori diatas , dimanakah letaknya diri anda ?
Jika sebagai Pengguna emas/Penyimpan Emas – Anda Untung.
Jika sebagai Pelabur Emas – Anda Lagi Untung.
Jika sebagai Peniaga Emas – Anda Lebih Lagi Untung.
So anda semua sudah tahu dimana letaknya diri anda ? Bagi saya tidak kisah dimana letaknya diri anda semua , yang penting anda semua tahu fungsi dan kepentingan menyimpan asset dalam bentuk emas untuk masa depan yang lebih baik.Tentu anda semua masih tertanya-tenya mengenai tajuk artikel hari ini iaitu “Rahsia 3P Emas”.
Rahsia 3P Emas adalah gabungan huruf P didepan bagi perkataan Penyimpan Emas , Pelabur Emas dan Peniaga Emas.Hari ini saya akan bongkarkan rahsia bagaimana anda boleh jadi Penyimpan emas , pelabur emas dan seterusnya peniaga emas.So mari kita sama-sama bongkar rahsia ini di episode kedua “Rahsia 3P Emas”

Harga Emas Cecah USD1500/Oz Tahun 2011

Mungkin masih ramai yang belum mengetahui akan kehebatan emas sebagai pelindung nilai yang sebenar dan mungkin masih ramai yang pekakkan telinga dari mendengarnya.So tugas bagi kita semua termasuk saya menyampaikan pada mereka yang belum mengetahui dan terus menyedarkan masyarakat dengan memberi ilmu yang betul dan tepat.Sudah banyak artikel , bukti , buku , jurnal dan sebagainya tentang kebenaran emas.Hari ini saya tambahkan lagi perkongsian berita yang disiar di Utusan Malaysia mengenai potensi emas pada tahun ini iaitu tahun 2011 :

Harga emas cecah RM4,650 seaun
KUALA LUMPUR 6 Jan. – Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.
Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.
”Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.
”Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.
Tahun lalu, harga komoditi mengalami lonjakan positif apabila ditutup pada paras yang tinggi terutama bagi emas hingga ke minyak mentah.
Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.
Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan perniagaan, Choon berkata, pada tahun ini Poh Kong akan menambah tiga lagi cawangan dengan pelaburan sebanyak RM9 juta.
”Tiga cawangan tersebut terletak di Semenanjung Malaysia dengan yang pertama adalah di Nilai, Negeri Sembilan dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.
”Dua lagi cawangan masih belum dikenal pasti. Pelaburan bagi setiap cawangan adalah sebanyak RM3 juta,” jelasnya.
Penambahan tiga cawangan itu akan menyaksikan Poh Kong memiliki 100 buah cawangan di seluruh negara.
Tambah beliau, setakat ini fokus perkembangan perniagaan adalah tertumpu di Semenanjung Malaysia.
”Dalam masa terdekat ini, kami masih belum merancang untuk menambah cawangan di Malaysia Timur dan di luar negara.
”Tetapi kami sentiasa meninjau sebarang peluang. Sekiranya ia bertepatan dengan kehendak perniagaan Poh Kong, kami akan pertimbangkan pada masa hadapan,” katanya.
Poh kong menguasai 15 peratus pasaran barangan kemas emas dan tahun ini merupakan ulang tahun syarikat itu yang ke 35 tahun.
Pelbagai promosi dijalankan bagi menyambut ulang tahun itu sehingga 31 Ogos ini.-Utusan Online Oleh SARAH NADLIN ROHIM , sarah.rohim@utusan.com.my

Emas Tidak Akan Mempengaruhi Anda Semakin Miskin


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua sahabat yang membaca luahan seorang pencinta emas.Alhamdulillah bersyukur pada Allah Taala dengan izinNya diri ini diberi petunjuk untuk mengenali emas , salah satu logam ciptaanNya untuk umat manusia.
Ramai yang bertanya pada saya , boleh kayakan memiliki dan berniaga emas ? Jawapan yang paling simple yang saya dapat simpulkan adalah :
“Emas tidak akan membuatkan anda kaya serta merta tetapi boleh mengelak anda dari semakin miskin”.
Sebagai contoh :
Sebelum ini anda belum mendirikan rumahtangga , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa
Kalau sekarang anda sudah mendirikan rumahtangga , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa dan isteri.
Kalau anda sekarang sudah mempunyai anak , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa , isteri dan anak.
Kalau anda sekarang sudah mempunyai lebih dari seorang anak , so tanggungjawab anda pada kedua ibubapa , isteri dan anak-anak.
Kesimpulannya disini semakin hari semakin banyak tanggungjawab yang anda wajib pikul.So secara tidak langsung , kos kewangan anda semakin meningkat sedangkan aset yang anda miliki sekarang semakin susut nilai ( duit fiat ) .
Bagi saya jalan penyelesaian untuk stabilkan sistem kewangan kita , simpan sebahagian aset kita dalam bentuk emas kerana nilai emas semakin naik.Kos kewangan anda semakin naik , aset anda miliki pun semakin naik.