Friday, 25 May 2012

Polisi Baru Agrobank Malaysia



Ar-Rahnu Ar-Rahnu
Pajak Gadai Islam skim yang berdasarkan prinsip Syariah Al-Qard, Al-Wadiah dan Al-Ujrah yang menyediakan kemudahan pinjaman segera untuk mengatasi keperluan aliran tunai, dan mencegah kegiatan pinjaman haram / tidak berlesen.
FAEDAH SKIM Ar-Rahnu
  • Pinjaman mengikut Syariah pricples
  • Cepat, mudah dan selamat. Keselamatan barang kemas dijamin
  • Murah
  • Yuran kekal statik sehingga penebusan penuh yang dibuat
  • Lagi panjang bidak tempoh
KELAYAKAN PEMOHON
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
HAD bidak
  • Maksimum RM 50,000 @ 10.000 sebulan *
  • Minimum RM100
PEGANGAN bidak
6 + 3 + 2 bulan
Tempoh pertama selama 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan akhir sekali untuk 2 bulan lagi.
JENIS CAGARAN DITERIMA
Jenis perhiasan yang diperbuat daripada emas, seperti:
  • Kalung / Gelang / gelang kaki
  • Anting-anting
  • Cincin
  • Lockets
YURAN disimpan dengan selamat
Menikmati yuran pentadbiran rendah seperti berikut:
Margin pinjaman
Yuran disimpan dengan selamat Untuk Setiap RM100.00
Nilai Marhun / Bulan
50%
RM0.50
60%
RM0.60

PENEBUSAN bidak
Penebusan bidak boleh dibuat melalui:
  • Ansuran atau
  • Penebusan penuh pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh kematangan
CARA MEMOHON
  • Borang permohonan yang telah lengkap
  • 1 salinan Kad Pengenalan
  • Barang Kemas anda ingin untuk bidak
  • Mengambil barang-barang ini ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemprosesan dan mendapatkan wang tunai segera

Thursday, 24 May 2012

Mana Yang Anda Pilih Pelaburan Emas atau Perniagaan Emas?


Bila saya sebut pasal pelaburan emas ramai yang dah tau kot…Tapi bila saya sebut pasal perniagaan emas ramai yang tak tau dan jarang kita dapati orang ajar secara percuma…ilmu emas ini kalau anda nak tau sangat bermakna dan susah didapati.

Pelaburan Emas
Pelaburan emas adalah terbahagi kepada dua,iaitu pelaburan emas secara online dan pelaburan emas secara fizikal. Pelaburan emas secara online adalah seperti forex, ianya tak semudah yang kita jangkakan sebab kita kena mahir dalam perjalanan graf dan teknik-teknik yang lain.

Pelaburan emas secara fizikal anda selamat dari pada kejatuhan harga sebab emas tersebut ditangan anda sendiri, walau bagaimanapun anda boleh menunggu harga naik,simpan lama-lama pun tak mengapa kerana emas takkan susut nilainya..tapi saya sarankan anda kalau anda ingin memulakan pelaburan emas pilihlah harga yang murah, bandingkan semua harga penjual-penjual emas dan pastikan spread harga jual dan harga beli jangan terlalu jauh,maximum rm5.00 kebawah adalah senang anda mendapat keuntungan.

Perniagaan Emas
Kalau sebut pasal perniagaan emas adalah bermacam-macam cara dan bermacam-macam ragam dalam perniagaan emas,keuntungan pun begitu juga tergantung pada ilmu yang kita ada, kepakaran dalam persaingan market adalah faktor kepada kejayaan perniagaan emas,kebanyakan orang rugi dalam perniagaan emas adalah orang yang tamak yang ingin keuntungan besar, contohnya ada sebahagian yang saya jumpa harga dah naik tapi tak nk jual juga sebab dia nak tunggu lagi naik, padahal besoknya harga emas turun. Perniagaan emas adalah lebih untung dari pada pelaburan emas.

Banyak lagi yang kita kena ambil peduli atau kena belajar dalam perniagaan emas, mengenali emas tak rugi sebab kita sendiri pun membeli emas.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Beli Emas Dapat Duit Setiap Bulan


“Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang. ”
Ada beberapa cara nak melabur dengan emas hari ini. Tapi sila berhati-hati, ada cara yang halal, ada cara yang tak patuh Shariah dan ada cara yang menipu atau skim cepat lingkup.

1. Emas Fizikal

Beli 25 gram emas fizikal dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas.
Selagi mana beli secara tunai, tiada isu Shariah. Cara buat untung adalah beli harga rendah, jual harga tinggi.

2. Akaun Pelaburan Emas

Beli 25 gram emas dari bank, emas fizikal tak perlu ambil. Bank simpan atau bank cuma benchmark harga emas semasa.
Yang confirm transaksinya halal cuma KFH dan Al-Rajhi Bank, selebihnya tidak.

3. Emas + Ar-Rahnu

Kalau emas dah beli secara tunai dan kemudian digadaikan, ok. Patuh Shariah.
Kalau buat kombo sekaligus, maka ada isu Shariah yang pelu diperhalusi.

4. Saham syarikat berhad yang berkaitan emas di Bursa Malaysia

Setahu saya hanya Poh Kong Holdings Berhad (5080) yang sahamnya dijual beli di Bursa Malaysia. Wah Chan dan Habib Jewels masih Sdn Bhd. (Kalau saya tertinggal syarikat berhad dalam industri emas yang didagangkan di Bursa, tolong beritahu saya ya dalam ruang komen) Poh Kong merupakan penjual emas dan barang kemas paling besar di Malaysia dan mempunyai lebih 100 cawangan seluruh negara.
Beli saham Poh Kong Holdings Berhad dan kita berpeluang mendapat capital gain dari harga saham dan juga dividen tahunan. Saya ulang, dividen tahunan.

5. Skim Cepat Lingkup

Caranya, beli emas dapat dividen, duit dan pulangan x% setiap bulan.
Ini skim cepat lingkup. Emas fizikal tak beri dividen. Akaun pelaburan emas pun tak beri sebarang dividen. Kalau nak dapat dividen pun kena beli saham macam syarikat Poh Kong yang tersenarai dengan Bursa Malaysia untuk tujuan tersebut, tapi itu bukan beli emas tapi beli saham.
Kalau syarikat berkaitan emas yang paling besar pun cuma berani dan mampu beri dividen tahunan sahaja, kenapa boleh ada syarikat biasa-biasa yang nak janjikan pulangan dividen setiap bulan? Ia tidak masuk akal. Syarikat sebegitu adalah musang yang sedang membela ayam.
Apa yang sebenarnya syarikat sebegini jual? Emas ke saham?
Jika emas, mana emasnya? Jika emas tiada itu sudah jadi transaksi haram.
Kalau saham pula, adakah ia tersenarai di Bursa Malaysia atau mana-mana bursa saham lain ?
Apakah operasi sebenar syarikat tersebut? Terlibat dalam jual beli emas macam Poh Kong, Habib dan Wah Chan atau cuma sedang menipu orang ramai, penjawat awam dan makcik-makcik di kampung?
Modus operandi skim cepat lingkup bermula dengan model “pelaburan” semudah skim Pak Man Telo dan Labu Peram. Kemudian disusuli skim forex, futures market, CPO, ternak lembu, rumpai laut, jala ikan, MLM dan kini pelaburan emas.
Tak percaya?
“Takkan dia tipu pula, sebab saya masih dapat duit tiap-tiap bulan Pakdi!” ujar seorang pegawai kerajaan.
Ok. Tiada masalah.
Pergi lah habiskan semua duit simpanan, duit simpanan nak pergi haji, gadai tanah, buat pinjaman bank, minta duit & paksa emak ayah, adik beradik, kawan-kawan semua masuk dan jumpa peneroka Felda dan orang kampung untuk terlibat dalam skim yang sama.
Pergi buat apa yang patut untuk terlibat dalam skim macam ni. Pergi buat untuk jadi kaya dengan jalan menipu. Teruskan mengikis duit orang lain.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI