Salam sahabat emas ku sekalian......
Bagaimana cara membuat keuntungan dengan pelaburan emas?
Ceritanya lebih kurang macam kisah 3 Abdul – cerita P Ramlee tu… tapi versi diubah suai. he...he..
Kisah 3 Abdul dan 100 Dinar.
KISAH ini berlaku di Isketambola. Ahli perniagaan yang terkenal, Ismet Ulam Raja, mempunyai tiga anak lelaki – Abdul Wahab, Abdul Wahib, dan Abdul Wahub.
Pada suatu hari, Ismet Ulam Raja memanggil ketiga-tiga orang anaknya.
“Wahai anak-anakku Abdul Wahad, Abdul Wahib dan Abdul Wahub”.
” Ya bapak” , jawab mereka serentak
“Minggu depan bapak akan sambut birthday yang ke 80. Jadi bapak ingin memberi hadiah kepada kamu.
“Bapak akan kasik kamu semua seorang 100 dinar”. Ini kerana bapak bersyukur pada tuhan kerana memanjangkan usia bapak.. hahahahaha…” ketawa si Ismet Ulam Raja dengan gembira.
Maka mereka pun ambil sorang 100 dinar seorang
“Kamu semua bebas untuk membuat apa sahaja dengan dinar ini. Tapi ingat! bapak nak tengok anak-anak bapak pandai guna hadiah daripada bapak nie”.
“Yahoo!… bestnyer… terima kasih bapak… jerit mereka bertiga.
Kemudian Ismet Ulam Raja pun memberikan 100 dinar kepada Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.
Apa yang berlaku selepas itu? Mari kita tengok satu persatu apa yang dilakukan oleh Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.
1 . Cerita Abdul Wahab.
Abdul Wahab rasa sangat gembira mendapat 100 dinar tu.. dalam hatinya berkata “Wah.. aku kaya… bestnyer. Aku boleh joli sakan.
Maka Si Abdul Wahab pun joli sakan… beli kereta, beli baju.. pergi night club, berfoya-foya…
Cukup sebulan habislah duit 100 dinar tu.
2. Cerita Abdul Wahib.
Si Abdul Wahib nie pun gembira dapat duit 100 dinar tu. “Wah! pokcik kaya… katanya di dalam hati”.
Memandangkan Abdul Wahib nie seorang yang kedekut maka dia ambil keputusan untuk menyimpan dinar-dinar nie di dalam peti besi. Maklumlah, takut hilang. Nak belanja pulak takut abis…
Abdul Wahib simpan ajer dinar-dinar ini dan tutup peti besi tu…
Jadi, bapak kasik 100 dinar..maka tetap tinggal 100 dinar jugak.
3. Cerita Abdul Wahub
Abdul Wahub – anak ketiga Ismet Ulam Raja adalah yang paling pintar kepala otaknya. 100 dinar tersebut digunakan untuk membuka ladang kambing. Abdul Wahub beli 60 ekor kambing (30 pasang), buat kandang dan mengupah 2 orang pekerja.
Abdul Wahub: dapat dinar terus buka ladang kambing.
Abdul Wahub tahu kambing nie cepat beranak… selepas itu dia bolehstart jual daging kambing, susu kambing, bulu kambing, anak kambing dan baja tahi kambing.
Wah! semua tu mendatangkan pendapatan lumayan kepada Abdul Wahub.
“Hehehehe..pokcik kayo… jerit hati Abdul Wahub.. nanti bisnes kambing ana akan besar..kambing ana makin banyak.. untung ana makin tinggilah ”
Akhirnya.. Abdul Wahub jadi kaya-raya dengan menjadi saudagar kambing.
Apakah kesimpulan daripada cerita diatas?
Daripada cerita diatas, kita akan mendapati rahsia menjana keuntungan lumayan dengan emas sebenarnya bergantung kepada ilmu anda mengenai emas. Keyword: your knowledge will make money for you.
Yang lebih penting ialah apa yang anda tahu tentang emas.
Seperti cerita diatas:
1. Dinar jika dibelanjakan maka ia akan habis.
2. Dinar jika ia disimpan sahaja ia tetap tinggal 100 dinar dan nilai dinar akan bertambah
3. Dinar + kepintaran kewangan = lebih banyak dinar dan lebih banyak nilai.
Semakin banyak yang anda tahu tentang emas, semakin banyak teknik-teknik yang anda boleh gunakan bagi menjana keuntungan.
No comments:
Post a Comment