Thursday, 8 September 2011

Ketakutan Krisis Eropah, Harga Emas Jatuh




Saham-saham di bursa saham eropah jatuh pada dagangan hari ini dengan penurunan  tertinggi berlaku di Paris sebanyak 4%. Penurunan ini terjadi akibat tekanan krisis dan risiko hutang yang semakin besar di Eropah

Harga surat hutang yang diterbitkan oleh Greece dan Itali hari ini jatuh menjunam mengakibatkan nilai bunga pinjaman meningkat tinggi.
Nilai tukaran matawang euro hari ini ditutup lebih rendah berbanding dollar (usd) menyebabkan pelabur mengalihkan pelaburan mereka keluar eropah ekoran sentimen risiko hutang tersebut. Sementara itu, harga emas yang naik melebihi $1900 per.ounce USD semalam mulai pada awal hari ini.
Gabernor Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet mengingatkan keperluan bijaksana bank pusat Greece bagi usaha penyelamatan kedua menangani krisis hutang negara tersebut. Sementara itu, Pengarah IMF, Christine Lagarde, meminta bank bank utama eropah pmenyedian modal  besar untuk terus bertahan dalam krisis hutang yang kini melanda kuasa utama Eropah.
Pada awal dagangan hari ini, bursa Paris jatuh 4%, London jatuh 2.45%, Franfurt jatuh 3.85% manakala bursa Madrid jatuh 3.63% dan Milan turun 3.67%
Bursa asia juga turut mengalami nasib yang sama dipimpin oleh kejatuhan Bursa Saham Tokyo 1.68%.
Sebelum ini, Kerajaan Amerika Syarikat  menuntut gantirugi bernilai USD 200 bilion daripada institusi perbankan ekoran  krisis suprime yang melanda negara tersebut tahun 2008 lalu, ini termasuk 1 bilion dari  setiap 17 bank yang mengakibatkan krisis besar hutang tahun lalu.
Tuntutan tersebut mengakibat Bank bank utama yang berpangkalan di eropah berada.pada.zon merah dalam dagangan hari ini.

No comments:

Post a Comment