Saturday, 10 September 2011

Gaddafi Jual 20% Simpanan Emas


image
TRIPOLI – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah menjual lebih 20 peratus simpanan emas negara berkenaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM2.9 bilion) pada hari-hari terakhir pemerintahan rejimnya, kata Gabenor Bank Negara Libya, Qassem Azzoz semalam.
Qassem berkata, sekitar 29 tan emas dijual kepada peniaga-peniaga tempatan selepas rejim Gaddafi mengalami kesempitan wang tunai.”Semua emas itu dijual untuk pembayaran gaji dan mewujudkan kecairan terutamanya di Tripoli,” kata Qassem.
Menurut beberapa pegawai bank pusat, sejumlah emas tersebut dipercayai dibawa keluar ke negara jiran iaitu Tunisia.Menurut Qassem, susulan penjualan jongkong-jongkong berkenaan, aset keseluruhan bank pusat Libya kini berbaki AS$115 bilion (RM344.1 bilion) dengan AS$90 bilion (RM269.3 bilion) disimpan di luar negara.
Sementara itu, pemangku Menteri Kesihatan Libya, Naji Barakat berkata, sekurang-kurangnya 30,000 orang terbunuh manakala 50,000 lagi cedera dalam perang saudara sepanjang enam bulan di Libya.Lebih 4,000 orang lagi katanya, masih hilang sama ada telah terkorban atau menjadi tawanan di tiga bandar yang menjadi kubu kuat Gaddafi.
Libya memiliki penduduk seramai lebih enam juta orang. – AFP/Kosmo

No comments:

Post a Comment