Saturday, 19 May 2012

Durian Runtuh Bagi Penyimpan Emas Fizikal.


Jika anda perhatikan, harga Emas sekarang ini sekejap turun, sekejap naik…bila dah naik dia turun pulak..apa yang saya boleh katakana harga emas sekarang tidak menentu..Kenapa ia berlaku??
 

Apa yang berlaku di “a”??
Pada tahun 2008 telah berlaku krisis Sub Prima di Amerika
Apa yang berlaku di “b”??
Pada tahun 2011 hingga sekarang telah berlaku krisis kewangan yang teruk di Zon.
Apa yang anda dapat lihat dari graf??
-Anda semua tgk corak graf sekarang, graf berkenaan sedang membentuk corak  yang sama seperti pergerakannya pada tahun 2008.
-Corak/Pattern ini dikenali sebagai Pennants ini juga merupakan salah satu “Continuation Pattern”, dan kebiasaannya harga akan gagal kira2 2 kali untuk melepasi paras harga Resistance pada garisan merah condong, dan akan mencuba untuk turun kira2 3 kali bagi melepasi paras garisan Support di garisan merah melintang diatas.
-Sekiranya percubaan untuk melepasi paras garisan Support yang ke 3 terus gagal, maka biasanya harga akan naik semula dan melepasi garisan merah condong diatasnya (Resistance), yang mana pergerakan harga ini dikenali sebagai Breakout.
-biasanya selepas berlaku Breakout, harga akan bergerak naik dengan cepat menuju ke paras yang lebih tinggi berbanding harga tertinggi yang pernah dicapai sebelumnya, iaitu sekitar $1920/oz.
-Berdasarkan prinsip asas Pennants ini, biasanya harga akan terus mendaki menyamai dengan ketinggian yang sama sebagaimana ia mendaki sebelum Pattern Pennants ini terbentuk.
Kesimpulannya dari graf :
1. Jika anda telah membuat belian sebelum ini lebih mahal dari harga sekarang, harap anda bertenang dan perhatikan sahaja pergerakan harga yang seterusnya. Sambil tu, sampaikanlah informasi berguna ini kepada rakan2 yang lain agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama.
2. Langkah yang terbaik ialah TAMBAH STOCK…bukannya JUAL STOCK…Sebabnya ramai yang  “PANIK” bila harga emas rendah…hehehehe..utk pengetahuan anda, harga emas sememangnya dari dulu  “NAIK dan TURUN”…Cuma kita ja tak di dedahkan..
3.Dalam situasi ini, harga dijangka mendaki dengan paras pendakian yang sama sebagaimana pergerakannya dari tahun 2009 – 2010.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment