Kuala Lumpur – Spekulasi bahawa kerajaan India mungkin meningkatkan duti import ke atas emas kepada enam peratus pada tahun ini dijangka mendorong permintaan untuk komoditi itu.
Persekutuan Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia, Ermin D.M. Siow berkata, harga emas semasa ialah di antara AS$1,650 (RM4,971.45) satu auns dan boleh mencecah AS$1,800 (RM5423.40) satu auns pada tahun ini.
“Sesungguhnya ia sedikit rendah daripada harga pada 2011 yang mana harga emas mencecah AS$1,920 (RM5784.96) satu auns, ia masih stabil dan dijangka meningkat lebih tinggi,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Siow menjangkakan harga emas akan mula meningkat menjelang akhir Februari atau awal Mac.
“Terdapat pelbagai punca kepada trend ini. Salah satunya ialah pelabur akan meningkatkan simpanan mereka untuk mengambil peluang daripada harga rendah, sebelum kerajaan India membuat apa-apa pengumuman mengenai duti import.
“Memandangkan Tahun Baru Cina akan disambut pada Februari, banyak peniaga akan mula membeli untuk meningkatkan inventori mereka yang akan mendorong permintaan fizikal untuk emas,” katanya.
Tambah beliau, selain barangan kemas, pembeli juga membeli komoditi itu sebagai alat pelaburan.
“Dengan ketidaktentuan dalam ekonomi global dan langkah oleh Bank Pusat untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah, orang ramai tidak lagi menyimpan duit mereka di bank,” tambahnya beliau. – KOSMO
BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI
No comments:
Post a Comment