Soalan-soalan yang paling top rank bila mana orang ingin memulakan pelaburan emas. Ini adalah soalan yang mesti ditanya dan mempunyai jawapan yang jelas didalam minda masing-masing.
Mengapa Saya Membuat Pelaburan Emas ?
Sesungguhnya apabila bertanya soalan mengenai mengapa membuat pelaburan emas (tidak kiralah emas 999, emas 916, emas fizikal, emas maya, barang kemas) tentulah jawapannya untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan terpulanglah kepada cara dan olahan anda bagaimana menggunakan emas untuk mendapatkan keuntungan.
Berikut saya senaraikan beberapa target keuntungan yang biasanya ingin dicapai oleh pelabur/penyimpan logam mulia ini.
- Keuntungan bermatlamat: Mereka selalunya menetapkan matlamat tertentu bagi simpanan dan pelaburan mereka dalam tempoh panjang dan sederhana. Sebagai contoh simpanan untuk menunaikan haji, simpanan hari tua, simpanan persekolahan anak-anak, simpanan membeli rumah dan banyak lagi.
- Keuntungan melebihi ASB, unit trust: Peratus kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lalu dimana purata kenaikan setahun adaah melebihi15% berbanding ASB 8% dan Unit trust menjadi faktor mereka memilih emas sebagai salah satu pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi. Tetapi perlu diingat untuk mendapatkan pulangan yang tinggi memerlukan tempoh masa yang panjang( melebihi 5 tahun). Jika anda seorang yang inginkan pulangan yang cepat, emas tidak sesuai sebagai pelaburan jangka pendek.
- Mengelakkan kebocoran wang: Menggunakan emas sebagai alternatif simpanan kerana selalunya apabila menyimpan wang pasti tak lekat di tangan.
- Emas digunakan sebagai muamalat: Kebanyakan mereka adalah pejuang-pejuang yang ingin menghidupkan sunnah menggunakan matawang dinar emas dan dirham perak dalam urusan jual beli. Sebenarnya menggunakan wang dinar dan dirham lebih menguntungkan kerana kuasa beli anda sentiasa stabil berbanding menggunakan wang fiat yang mengalami susut nilai menyebabkan kuasa beli semakin menurun.
- Emas adalah aset: Aset adalah harta yang mempunyai nilai dan nilainya sentiasa meningkat. Mereka yang berfokuskan emas sebagai aset sentiasa ingin menambah jumlah berat emas mereka. Emas dijadikan aset yang boleh diwariskan kepada anak cucu kerana sifat-sifat emas itu sendiri, kalis inflasi, berharga, mudah dibahagikan, mudah dicairkan.
Dan yang paling penting , apa jua matlamat simpanan dan pelaburan emas anda, anda akan mendapat keuntungan apabila anda melakukan TINDAKAN. Jika anda masih kelam dan kabur mengenai matlamat dan tujuan simpanan dan pelaburan emas anda pilih saja salah satu daripada sebab-sebab di atas.
BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI
No comments:
Post a Comment