Friday, 8 February 2013

Golden World Cetus Impian Baru


MENGAPA mesti emas? Bukankah menyimpan wang berkepuk-kepuk di dalam bank lagi senang dan bagus?
Ramai masih tidak sedar mengenai kepentingan menyimpan emas. Sehari dua memang tidak nampak hasilnya tetapi bagaimana selepas beberapa tahun?
Golden World mencetuskan satu impian baru kepada mereka yang inginkan satu perubahan unggul dalam sistem simpanan masa depan.
Syarikat milik penuh Bumiputera ini menjalankan perniagaan menjual dan membeli emas fizikal.
Ia diperbadankan dengan nama Gold Bullion World Sdn Bhd pada 27 September tahun lalu.
Bagi penjualan, Golden World menjual emas berjenama terkenal di dunia, Pamp Suisse sementara bagi pembelian, syarikat ini menerima semua jenis emas dan harga belian bergantung kepada kandungan emas dalam sesuatu item yang dibeli.
Pelaburan lumayan masa depan
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hamizan Mohd Safaia berkata, sudah tiba masanya rakyat Malaysia dididik betapa pentingnya memiliki emas pada masa depan. Bukan sekadar menganggapnya sebagai barangan perhiasan semata-mata sebaliknya boleh dijadikan jalan pelaburan yang lumayan pada masa depan.
“Berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam bidang kewangan selama 10 tahun, justeru saya mengambil inisiatif menubuhkan syarikat ini bagi membantu rakyat Malaysia dalam merancang simpanan untuk kehidupan masa depan.
“Simpanan emas berbentuk fizikal sangat bernilai kerana nilainya meningkat dari sehari ke sehari berbanding sekiranya seseorang individu itu hanya menyimpan wang.
“Misalnya seseorang itu membeli emas sekarang. Bagaimana nilai emas itu pada 10 tahun akan datang. Mereka boleh menjualnya semula dengan harga tinggi kerana nilai dan harga emas meningkat dari sehari ke sehari,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian sekali gus pelancaran syarikat beliau baru-baru ini.
Majlis disempurnakan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad. Saluran betul beli, jual emas Mohd Hamizan berkata, visi syarikat ialah mendidik masyarakat betapa pentingnya menyimpan emas dan perak.
Justeru pihaknya berhasrat mewujudkan kesedaran kepada orang ramai supaya membeli, memegang dan memiliki emas fizikal demi keuntungan bagi beberapa tahun akan datang.
“Bukan dengan cara menyimpan semata-mata wang tunai,” katanya.
Menurutnya, Golden World sebagai tempat atau saluran yang betul kepada masyarakat untuk membeli dan menjual emas supaya mereka tidak berurusan di premis yang salah.
Selain itu katanya, rentetan penubuhan Golden World juga memberi peluang dalam pembangunan karier sebagai penasihat perniagaan emas kepada mereka.
“Hari ini kita merasakan wang sangat bernilai. Tetapi kita tidak sedar nilai wang makin hari makin susut. Justeru menyimpan emas adalah pelindung nilai yang terbaik daripada kesusutan nilai mata wang serta kenaikan kadar inflasi yang menyebabkan wang simpanan kita menyusut nilainya.
“Sistem ekonomi dunia akan stabil sekiranya seluruh dunia menggunakan emas dan perak sebagai alat perantara atau sebagai sandaran pengukur nilai mata wang sesebuah negara.
“Tetapi tidak mudah kita hendak mengubah sistem mata wang dunia. Namun, kita berkuasa dan mampu mengubah sistem simpanan sendiri dengan bertukar kepada portfolio simpanan emas fizikal,” katanya.
Jual harga emas lebih rendah
Menurutnya. konsep Golden World lebih kurang sama dengan sebuah kedai emas, tetapi syarikat kami menjual emas dengan harga yang lebih rendah.
Bagaimanapun jangan urusan perniagaan ini disamakan dengan syarikat Multi Level Marketing (MLM) kerana perniagaan yang mereka jalankan bukan berasaskan produk.
Beliau berkata, setakat ini syarikatnya telah mempunyai seramai 300 agen berdaftar dan pada tahun ini pihaknya menyasarkan jualan lebih daripada RM1 bilion.
“Berdasarkan kajian, kira-kira 95% daripada rakyat di negara ini tidak tahu mengenai penggunaan emas pada masa depan.
“Perlu kita ingat bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda ‘akan tiba suatu zaman, tiada apa yang lebih berharga kecuali emas dan perak’.
“Oleh itu, pihak kami berusaha mendidik masyarakat kita hari ini supaya memilih emas dalam merancang simpanan untuk pada masa depan kerana ia boleh beri keuntungan berganda,” katanya. - Sinar.

BERSAMA MEACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment