Wednesday, 27 February 2013

Waktu Pelaburan Emas Paling Sesuai


KUALA LUMPUR: Kini merupakan waktu yang paling sesuai untuk melabur di dalam emas berikutan penurunan harga dengan hanya RM1,560 seaun.
Menurut Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib, harga logam beharga itu yang menyaksikan sedikit kemerosotan ketika ini menjadikan ia satu pelaburan yang baik.
“Hanya tahun lalu harga emas mencatat paras harga tertinggi sebanyak RM1,945 seaun jadi ini adalah masa yang paling untuk melabur kepada emas,” kata Meer.
Tambah beliau, emas merupakan satu pelaburan yang bijak kerana ia telah menunjukkan peningkatan harga yang konsisten sejak 12 tahun lalu.
“Sebenarnya lebih banyak yang dilaburkan kepada emas, lebih banyak keuntungan yang bakal diraih dimana pihak kami pernah melihat harga emas meningkat secara mendadak. Disamping itu, pemilik juga boleh gunakan emas sebagai perhiasan selain pelaburan semata-mata,” tambahnya.
Meer berkata, melihat kepada peningkatan permintaan daripada pelanggannya terhadap emas untuk tujuan pelaburan, Habib mula memberi perhatian kepada memenuhi citarasa golongan ini.
Ini termasuk melancarkan koleksi barangan kemas menggunakan emas 916k seperti koleksi terbarunya, Ora Otalia 916 yang mampu memberikan nilai pulangan pelaburan emas lebih tinggi.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

No comments:

Post a Comment