Wednesday, 20 July 2011

Emas Lepasi Paras AS$1,600 seauns

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat.
Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.
Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.
“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.
Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.
Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.
Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.
Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.
Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.
Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.
Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya

Thursday, 14 July 2011

Simpanan Emas untuk Pendidikan Anak


Rasa terpanggil untuk memberi formula untuk simpanan pendidikan anak-anak kita pada masa depan. Jika anda membeli 20gm untuk anda yang baru/bakal lahir) dan anda simpan selama mana yang anda tentukan. Contohnya, setelah anak anda berumur 18 tahun, berapakah pulangan anda pada masa itu?
Dari formula dalam excel dengan menggunakan function FV iaitu Future Value

FV(20%,18,0,-3200) , anda akan mendapat RM 85,194.67 jika kenaikannya 20 peratus setahun.

Fikirkan lah jika dalam 10 tahun, kenaikan 380% seperti sebelumnya. Fikirkan lah.

Tuesday, 12 July 2011

Harga Emas Siap Melaju ke Level US $ 1.575



Headline

Penganalisis Monex Sdn Futures Daru Wibisono mengatakan, potensi meroketnya kembali harga emas, salah satunya disebabkan oleh kadar pengangguran AS yang naik ke level 9,2% dari ekspektasi dan nombor sebelumnya 9,1% yang diumumkan akhir minggu lalu. Pada masa yang sama, data tenaga kerja non-satu tanian (non-fram payrolls) AS bulan Mei disemak menjadi 25 ribu.Lalu, pada Jun 2011 diekspektasikan jadi 90 ribu tapi hanya dikeluarkan pada Jumaat (8 / 7), 18 ribu. Keadaan itu, telah mengerek naik harga emas yang semula berada di bawah US $ 1,500 melesat ke level US $ 1,546,33 per troy ounce. "Sebab, negatifnya data tenaga kerja AS mencetuskan penguatan mata wang utama terhadap dolar AS. Selain itu, emas berada dalam denominasi dolar Amerika sehingga harga emas terus melambung, "katanya kepada INILAH.COM, di Jakarta, Isnin (11 / 7).


Akibatnya, euro (mata wang gabungan negara-negara Eropah) menguat hingga US $ 1,43 per euro. Begitu juga dengan poundsterling yang menembus US $ 1,6. Begitu juga dengan dolar Australia. "Di pasaran timbul kebimbangan baru, menyusutnya keyakinan pelabur terhadap pemulihan global yang dimotori AS seiring negatifnya angkan non-farm payrolls AS itu," ujarnya.


Penurunan di bawah ekspektasi tersebut, lanjut Daru, merupakan yang kedua kali yang sekaligus menandakan pertumbuhan AS kembali ternsendat. Di sisi lain, perundingan antara Kerajaan Obama dengan Kongres AS perihal kenaikan limit hutang AS dari level US $ 14,2 triliun saat ini belum menemukan titik temu.


Perundingan ini, katanya, menjadi perdebatan sengit di parlimen AS yang semakin membuat ekonomi AS tidak pasti. "Investor global kembali waspada atas perlambatan ekonomi dunia," timpalnya.


Hanya saja belakangan, ditegaskan Daru, penguatan mata wang utama jadi terhad dan pada akhirnya kembali berguguran. Kejatuhan mata wang utama dipicu krisis hutang di zon Eropah yang kembali undian pasaran belum ada penyelesaian bererti. "Akibatnya, euro menghadapi tekanan tajam," katanya.


Keadaan itu, tambahnya, disebabkan oleh petinggi European Cenral Bank (ECB) Bini Smaghi yang berkomentar dengan nada negatif. Smaghi menyatakan, langkah-langkah pengendalian krisis zon Euro masih 'minus' (masih mempunyai banyak kekurangan). "Dia melihat, hingga saat ini Yunani belum benar-benar pulih," ujar Daru.


Alih-alih Greek pulih, menurutnya, justru krisis menyebar ke negara Eropah lain seperti Portugal, yang peringkat kredit dan rating perbankannya dipangkas, dan Itali yang terancam walaupun belum di-down grade.


Di sisi lain, Smaghi juga menyatakan, wacana penyertaan sektor swasta dalam bailout Greek justru akan memberatkan bagi pembayar cukai. Kebimbangan inilah yang mencetuskan euro semakin anjlok atas dolar AS. "Di tengah-tengah kebimbangan hutang yang belum kunjung reda, mencetuskan kewaswasan pelabur," tandas Daru.


Kerana itu, pelabur mengalihkan dana terlebih dahulu ke aset yang selamat iaitu emas sebagai safe haven."Dari sisi grafiknya pun terlihat peralihan dana dari euro ke emas kerana pasaran waspada atas krisis hutang yang masih berterusan," katanya


Secara teknikal, Daru memaparkan, target penguatan Fibonacci harga emas menuju resistance pertama di level tertinggi pada 22 Jun 2011, US $ 1,557,75. Angka tersebut akan tercapai, jika harga emas yang kukuh di atas US $ 1.500 dan merebaknya kembali krisis hutang Eropah terus mewarnai market.


Tapi, sebelum level muda itu semua, ada beberapa resistance yang harus ditembus yakni US $ 1.547-1.555."Jika, US $ 1,557,75 tembus, emas akan mencapai tahap tertinggi pada 2 Mei 2011 di level US $ 1.575,79," papar Daru.


Tapi, dia menggaribawahi, jika emas hanya menguat ke level US $ 1.557, ada potensi retracement ke level support US $ 1.538. Dalam satu bulan ke depan, potensi penurunan harga emas seterusnya ke angka US $ 1.527. Setelah itu akan tertahan di level 50% retracement Fibonacci di US $ 1.517,70. "Jadi kelihatan, ada tiga tahanan support Fibonacci," ceritanya.


Di atas semua itu, Daru mengesyorkan hold atas emas sebelum US $ 1.557,75 semua. Ini berlaku bagi pelabur yang sudah punya posisi buy on dips (buy on weakness). Tapi, profit taking di level US $ 1.550 pun sudah cukup. "Sebab, secara sejarah, selepas enam kali level US $ 1.557 semua, harga emas kembali turun.Bahkan, pada Jun 2011, setelah mencapai US $ 1.550, emas turun melalui tiga titik support-nya, "katanya.


Sementara itu, jika mau beli, lebih baik menunggu di tiga level support tadi. Support pertama US $ 1.538."Selama kebimbangan krisis hutang Eropah merebak dan makro ekonomi AS negatif, harga emas sangat atraktif," tambah Daru.

Monday, 11 July 2011

Bagaimana cara membuat keuntungan dengan pelaburan emas?

Salam sahabat emas ku sekalian......

Baiklah, saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik dengan anda. Jika anda boleh memahami cerita ini maka anda akan mendapat jawapan kepada soalan yang sangat penting:


Bagaimana cara membuat keuntungan dengan pelaburan emas?

Ceritanya lebih kurang macam kisah 3 Abdul – cerita P Ramlee tu… tapi versi diubah suai. he...he..

3_abdul


Kisah 3 Abdul dan 100 Dinar.


           KISAH ini berlaku di Isketambola.  Ahli perniagaan yang terkenal, Ismet Ulam Raja, mempunyai tiga anak lelaki – Abdul Wahab, Abdul Wahib, dan Abdul Wahub.
Pada suatu hari, Ismet Ulam Raja memanggil ketiga-tiga orang anaknya.
“Wahai anak-anakku Abdul Wahad, Abdul Wahib dan Abdul Wahub”.
” Ya bapak” ,  jawab mereka serentak
“Minggu depan bapak akan sambut birthday yang ke 80. Jadi bapak ingin memberi hadiah kepada kamu.
“Bapak akan kasik kamu semua seorang 100 dinar”. Ini kerana bapak bersyukur pada tuhan kerana memanjangkan usia bapak.. hahahahaha…” ketawa si Ismet Ulam Raja dengan gembira.
dinar
Maka mereka pun ambil sorang 100 dinar seorang :) 



          “Kamu semua bebas untuk membuat apa sahaja dengan dinar ini. Tapi ingat! bapak nak tengok anak-anak bapak pandai guna hadiah daripada bapak nie”.
“Yahoo!… bestnyer… terima kasih bapak… jerit mereka bertiga.
Kemudian Ismet Ulam Raja pun memberikan 100 dinar kepada Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.
Apa yang berlaku selepas itu? Mari kita tengok satu persatu apa yang dilakukan oleh Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub.

1 . Cerita Abdul Wahab.

            Abdul Wahab rasa sangat gembira mendapat 100 dinar tu.. dalam hatinya berkata “Wah.. aku kaya… bestnyer. Aku boleh joli sakan.
Maka Si Abdul Wahab pun joli sakan… beli kereta, beli baju.. pergi night club, berfoya-foya…
Cukup sebulan habislah duit 100 dinar tu.

2. Cerita Abdul Wahib.

             Si Abdul Wahib nie pun gembira dapat duit 100 dinar tu. “Wah! pokcik kaya… katanya di dalam hati”.
             Memandangkan Abdul Wahib nie seorang yang kedekut maka dia ambil keputusan untuk menyimpan dinar-dinar nie di dalam peti besi. Maklumlah, takut hilang. Nak belanja pulak takut abis…
            Abdul Wahib simpan ajer dinar-dinar ini dan tutup peti besi tu…
Jadi, bapak kasik 100 dinar..maka tetap tinggal 100 dinar jugak.

3. Cerita Abdul Wahub

             Abdul Wahub – anak ketiga Ismet Ulam Raja adalah yang paling pintar kepala otaknya. 100 dinar tersebut digunakan untuk membuka ladang kambing. Abdul Wahub beli 60 ekor kambing (30 pasang), buat kandang dan mengupah 2 orang pekerja.

kambing
Abdul Wahub: dapat dinar terus buka ladang kambing.

Abdul Wahub tahu kambing nie cepat beranak… selepas itu dia bolehstart jual daging kambing, susu kambing, bulu kambing, anak kambing dan baja tahi kambing.
Wah! semua tu mendatangkan pendapatan lumayan kepada Abdul Wahub.
“Hehehehe..pokcik kayo… jerit hati Abdul Wahub.. nanti bisnes kambing ana akan besar..kambing ana makin banyak.. untung ana makin tinggilah :) ”
Akhirnya.. Abdul Wahub jadi kaya-raya dengan menjadi saudagar kambing.

Apakah kesimpulan daripada cerita diatas?

Daripada cerita diatas, kita akan mendapati rahsia menjana keuntungan lumayan dengan emas sebenarnya bergantung kepada ilmu anda mengenai emas. Keyword: your knowledge will make money for you.

Yang lebih penting ialah apa yang anda tahu tentang emas.

Seperti cerita diatas:
1. Dinar jika dibelanjakan maka ia akan habis.
2. Dinar jika ia disimpan sahaja ia tetap tinggal 100 dinar dan nilai dinar akan bertambah
3. Dinar + kepintaran kewangan = lebih banyak dinar dan lebih banyak nilai.

golden_mind
Semakin banyak yang anda tahu tentang emas, semakin banyak teknik-teknik yang anda boleh gunakan bagi menjana keuntungan.



Kepentingan emas + ilmu yang betul.

Masa Depan Logam Bernilai Terjamin

Now that the economy is slowly but surely recovering – Bernanke said so! – many investors are beginning to wonder if gold may have passed its all time high too. With Bernanke’s dulcet assurances still echoing in our ears, investors went back to their errors. They bought more stocks – pushing the Dow up 93 points. They bought more gold too. The yellow metal rose $13. One thing they didn’t buy was the dollar. The greenback is at an all-time low against the Swiss franc. Against the euro, it seems to be returning to its all-time low and against gold, of course, it passed its all time low many months ago, says Bill Bonner

Here’s the AP report for those that still believe Mr. Ben Bernanke is showing growth in our economic recovery:
WASHINGTON (AP) – The US economy and job creation have strengthened enough for the Federal Reserve to end on schedule a program of buying Treasury bonds to help the economy, the Fed said Wednesday. Fed Chairman Ben Bernanke spoke at a news conference after the meeting. It was the first time in the Fed’s 98-year history that a chairman has begun holding regular sessions with reporters.
Bernanke said that as long as the Fed continues to say rates will remain at historic lows for “an extended period,” rates won’t rise until the Fed has met at least twice more. The Fed board meets about every six weeks.
Bernanke said he expects the economy to continue growing through next year and 2013.
He acknowledged that higher gasoline prices are creating a financial hardship for many Americans. But he said the Fed doesn’t think gas prices will continue to rise at their recent pace.
While yesterday’s speech was an acknowledgement of the continuing of the strategy by the Fed and Washington, to monetize our debt, and basically to devalue the dollar, said Robert Lutts, chief investment officer of Cabot Money Assets, “the metal markets are recognizing this and it is being priced in. What monetization means is that, down the road, we will have more inflation,” he said.
Not to mention Bernanke’s statement that essentially gave the market a “green light” to keep selling the dollar and trading now may become “more two way” at least in the near term, says the BNP Paribas forex team. The Fed signaled continued accommodative monetary policy. “The broad case for USD weakness remains intact,” BNP says. Still, “In the short term, valuations and positioning in many currencies are looking extremely stretched, and options markets are signaling some discomfort…,” BNP says. “Indeed, investors are unlikely to be blindly chasing currencies through levels such as 1.50 on EURUSD and 1.10 on AUDUSD — particularly with holidays in the U.K. and in many centers on Monday.” But beyond the weekend, there is scope for further USD weakness for as long as the reserve manager bid remains solid.” Metals traders are closely monitoring the forex market since movements in the dollar often affect the base- and precious-metals complexes alike.
In the meantime, gold is “on course for further gains as it is difficult to find a reason to sell it,” says Credit Agricole CIB. “Against a background of inflation concerns (higher oil prices), sovereign-debt issues/restructuring fears and lax monetary policy (currency debasement), the dips in gold should be well supported as an upside chart target of USD1,550/oz becomes the next objective,” says a report from the bank. A weaker U.S. dollar and ample liquidity have fanned worries over inflation, with gold being seen as a hedge and/or insurance in the absence of a sustained global economic recovery, Credit Agricole CIB says.
Barclays Capital looks does not look for the Federal Reserve to hike interest rates until the summer of 2012 and says the loose monetary policy in the meantime should remain supportive for gold.
Also, MF Global is hiking its upside objective for gold this year to $1,650 an ounce after Wednesday’s indication from the Federal Reserve that interest rates will remain low for a while yet. In its 2011 outlook several months ago, MF Global looked for a $1,250-$1,550 range, with a peak around midyear. “After the disappointing spending cuts of the Congressional FY11 budget deal secured on Apr 11th, we noted that we were considering raising our forecast upper range based on a lack of spending-cutting credibility by both the President and House Republicans,” says a report from analyst Tom Pawlicki. “We didn’t make an increase because we thought that the end of QE2 (quantitative easing) could still lead to incremental tightening and thus price pressure. However, yesterday’s indication from Fed Chairman (Ben) Bernanke regarding the maintenance of accommodative monetary policy at least through Sep is more than we can accept and still argue for a potential $1,550 peak. Therefore, we’re incrementally raising our upside objective to $1,650 and pushing back our time target for a peak from mid-year to around Sep.”
In essence, we cannot see the future, of course we can’t, but we can hear what Bernanke says about his future intentions in pursuing inflationary policies, while also dismissing the inflation he has already created as the “transitory” result of “robust global demand.” In other words, the inflation problem isn’t a problem. “The longer he spoke, the more the financial markets seemed to realize he wasn’t kidding about inflation”, said President Ron Fricke of Regal Assets.
The US stock market – remember, it’s an inflation trade – rebounded from early morning lows to end the day at a new three-year high. Meanwhile, the classic inflation trades, gold and silver, rocketed from early morning losses to post huge gains. Silver jumped $2.36 an ounce to a new 31-year high of $47.84. (As we write, silver is flirting with $50 an ounce). gold gained $21 an ounce to a new all-time high of $1527.35.

Amerika Syarikat sebenarnya sudah bankrap – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 23 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Amerika Syarikat (AS) kini sebenarnya sudah bankrap tetapi menafikannya kerana beranggapan ia masih menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Berikutan itu, beliau melabelkan AS sebagai sebuah negara yang gagal di dalam ekonominya.

”AS sebenarnya sebuah negara yang gagal kerana bankrap, mencatatkan defisit berganda dan wang yang mereka ada pun adalah wang cetak.
”Tapi AS masih mahu menyangkal kedudukan mereka (bankrap),” katanya ketika menyampaikan ucaptama di CEO Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Secara sinikal Mahathir berkata, seandainya Malaysia mengalami kedudukan ekonomi yang sama seperti AS, sudah lama negara ini diisytiharkan bankrap.
Bagi menutup kelemahan mereka, AS terus sibuk memperjuangkan demokrasi liberal di Iraq, Afghanistan dan terbaharu di Libya.
Beliau berkata, negara-negara kaya selalu berada dalam radar persaingan sesama sendiri tetapi masih gagal untuk bersaing dengan negara-negara yang baru muncul. ”Negara-negara kaya ini selalu mendesak supaya negara-negara lain melakukan perubahan dan sasaran mereka adalah negara-negara kecil dan miskin.
”Tetapi, apabila melihat keadaan ekonomi negara-negara itu sekarang, nampaknya mereka juga tidak tahu untuk menguruskan kewangan mereka.
”Kegagalan mereka (kendalikan kewangan) menyebabkan negara-negara kecil turut merasai krisis ekonomi yang berpunca daripada mereka,” tambahnya. Sambil memberi contoh, Mahathir berkata, selain AS, Greece masih lagi dibelenggu dengan krisis hutangnya.
”Satu-satunya negara yang tidak menerima kesan daripada apa yang berlaku di negara-negara kaya ialah China. ”Sebaliknya, dengan kekayaan yang dimiliki China sekarang, negara itu mampu membeli bon-bon di AS,” tambah beliau.

Penjelasan PNB



Pelaburan dalam amanah saham menjanjikan pendapatan yang stabil
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjelaskan bahawa pihaknya tidak sesekali mempersoalkan peranan atau keputusan yang dibuat oleh mana-mana Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti, mahupun fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana Majlis Fatwa Negeri.
Ini kerana, PNB dan Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) sedia maklum bahawa penguatkuasaan fatwa adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri kerana kuasa pentadbiran undang-undang Islam terletak di bawahnya.  ”Ingin ditegaskan oleh PNB berhubung persoalan berkenaan fatwa harus yang telah diputuskan terhadap pelaburan dalam dana kendalian PNB beserta dividen dan bonus yang diagihkan kepada pelabur,” kata PNB.
Fatwa berhubung perkara itu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan diwartakan pada 10 Julai 2008 di bawah Akta/Enakmen: Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993.
Menurut fatwa itu, hukum pelaburan dalam Skim Amanah Saham Nasional, Skim Amanah Saham Bumiputera dan skim-skim yang seumpamanya beserta dengan dividen dan bonus yang diterima daripada pelaburan tersebut adalah harus.
P/s : Kalau sesiapa ragu-ragu akan pelaburan ASB baiklah jauhinya dan tukar pelaburan anda tersebut kepada EMAS.

Sunday, 10 July 2011

Pergerakan harga emas sepanjang Jun 2011

Sepanjang Jun 2011, harga emas mengalami penurunan mendadak pada 2 minggu terakhir ekoran krisis matawang euro, krisis Greece dan juga kenaikan matawang USD, cuma pada 2-3 hari yang lepas harga emas kembali naik dan membuktikan sekali lagi harga emas akan naik lebih tinggi setelah mengalami kejatuhan. Bagaimanapun timbul sedikit kekesalan bagi pihak kami kerana tidak membeli emas pada awal Julai ketika harga jatuh begitu rendah dan gagal menyimpan lebih dari 1 kilo emas tetapi terpaksa melepaskan kepihak yang lain kerana kengkangan modal.


gold 30 day o usd Pergerakan harga emas sepanjang Jun 2011

Ini bukan kali pertama harga emas pulih setelah jatuh teruk, pada Februari 2011, ketika perayaan tahun baru cina harga emas pernah jatuh lebih teruk tetapi kembali pulih 2 minggu kemudiannya, begitu juga ketika tsunami di Jepun dan juga kematian Osama Ben Laden 2 bulan yang lepas. Ini menunjukkan pelaburan emas stabil untuk jangka masa sederhana dan panjang.