Saturday 26 November 2011

Pelaburan Emas

gold invest Pelaburan Emas
Pengenalan perniagaan emas offline dan Ar-Rahnu: Maklumat berkaitan jual beli emas biasa dan pelaburan Ar-Rahnu
Kenapa Emas?
Ya…kenapa beli emas, trend kini ramai yang berbicara tentang melabur emas sana sini. Tetapi apa kegunaan utama emas sebenarnya? emas adalah penampang matawang, penampang inflasi atau penampang kepada kejatuhan nilai aset-aset yang lain contohnya  nilai hartanah, simpanan aset asing atau kejatuhan pasaran saham.
Nilai intrisic emas bukan hanya kerana ia logam, atau sebagai bahan pembuatan industri atau ia boleh dimakan atau juga sebagai tempat untuk berlindung ketika hujan. Tetapi emas mempunyai sifat yang lebih unik iaitu ia adalah “Matawang!”
Emas adalah matawang yang tetap sejak berabad-abad lalu kerana sifatnya yang lengkap untuk menjadi “matawang”, sifat ini tidak pada pada semua material lain didunia. Contohnya, air dan makanan memang lebih penting untuk survival berbanding emas tetapi selepas keperluan asas ini cukup, masyarakat memerlukan suatu cara untuk berurusniaga. Memang sukar untuk membayangkan jika sistem barter masih diamalkan hari ini. Berapa banyak beras perlu kita bawa untuk menukar seekor lembu, atau lori, atau iphone. Atau berapa banyak bahagian perlu kita potong dari lembu untuk membeli tutti frutti. Jadi satu “material” diperlukan untuk memudahkan urusniaga.
Apa yang perlu ada pada suatu material untuk layak digunakan menjadi matawang, lihat list dibawah
  • Ia mesti tahan lama, tidak mudah terurai, tidak reput, tidak terbang dan tidak berkarat etc
  • Ia mesti mudah untuk disimpan dan dibawa. Walaupun emas berat, emas sangat padu dan boleh disimpan dengan selamat dalam pelbagai bentuk muka bumi, ia juga mudah dibawa kerana nilainya yang tinggi walaupun amaunnya kecil
  • Ia mesti boleh dipecah kepada saiz-saiz yang kecil untuk memudahkan urusniaga kecil. emas boleh ditempa menjadi senipis syiling dan sebesar bata. membuatkan ia mudah untuk digunakan semasa  jual beli walaupun dalam urusniaga kecil.
  • Ia mestilah “jarang” dan tidak boleh dicipta kerana jika ada pihak yang boleh mencipta emas untuk menampung perbelanjaan mereka, maka akan ada berbilion-bilion tan emas didunia dan ini mengakibatkan nilai emas jatuh. Pernah ketika dulu, Negara jepun mencetak berjuta-juta duit pisang untuk kempen peperangan mereka akhirnya nilainya jatuh dan bertukar menjadi kertas toilet, begitu juga dengan apa yang berlaku pada pasaran dunia sekarang. Kerajaan US telah mencetak berjuta-juta dollar USD sesuka hati mengakibatkan seluruh dunia mengalami krisis ekonomi dan hampir memufliskan negara US sendiri.
Sejak beberapa tahun yang lalu, nilai wang kertas bersandar kepada emas telah meningkat kembali, bank-bank negara mula menyimpan emas bagi menampung pengeluaran duit kertas mereka contohnya jika Bank Negara Malaysia berniat untuk mencetak lebih banyak kertas ringgit, mereka perlu membeli lebih banyak emas supaya dapat menampung tukaran ringgit pada masa akan datang. Jadi emas adalah pelaburan yang selamat dan terus bernilai sehingga kiamat.
Bagaimana jual beli emas dilakukan?
Jual beli emas boleh dilakukan dimana-mana dan pada bila-bila masa. Biasanya urusniaga emas kelihatan bermusim, contohnya ketika menyambut hari raya, musim perkahwinan atau awal bulan ketika gaji baru masuk. Tetapi akhir-akhir ini lebih ramai berminat dengan pelaburan emas kerana kenaikannya yang mencecah  hampir 50% mengatasi pelaburan konservatif lain spt ASB, Tabung Haji dan Unit Amanah. Jadi urusniaga emas berlaku setiap hari dan tumpuannya di Ar-rahnu seperti Agrobank, Bank Rakyat, Ar-rahnu exchange etc
Salah satu sebab kenapa ramai pelabur memajak emas adalah kerana modal yang dikeluarkan pelabur rendah, pelabur dapat membeli lebih banyak gram emas dengan modal yang kecil. contohnya, jika pelabur membeli 100gram emas, sekurang-kurangnya perlu membayar RM20,000 ringgit, tetapi dengan menggunakan sistem Ar-Rahnu, pelabur hanya mengeluarkan modal ~RM7,000.00 untuk membeli 100gram emas.
Adakah ini menguntungkan? ya. keuntungan emas bersandar kepada volume, contohnya, apabila harga emas naik RM10/g dikali dengan berat 100gram, pelabur boleh mendapatkan untung RM1000. jika dikali dengan 10gram maka hanya dapat RM100. Jadi volume yang besar 500g contohnya jika harga naik RM2/g sekalipun, pelabur boleh untung RM1000. (500g x 2/g)
Apakah Sistem Ar-Rahnu?
Sistem Ar-Rahnu adalah sistem pajak gadai secara islam yang diperkenalkan di Kelantan dan digunapakai oleh syarikat perbankan dan koperasi untuk menyediakan skim pajakan islamik. Sistem ini menguntungkan kedua-dua pihak, buktinya pada 2010, Bank Rakyat mampu memberi bonus 14 bulan kepada pekerjanya, Cawangan Agrobank yang sebelum ini lesu kini  dibuka disemua daerah, nafas beberapa koperasi yang dulu tenggelam kini timbul semula dengan bercambahnya Ar-Rahnu Exchange di setiap tempat.
Sistem Ar-Rahnu mengikut lunas Islam jadi tiada timbul penganiayaan kepada penggadai seperti
  • kadar upah simpannya sangat rendah sekitar 0.75% sahaja sebulan berbanding pajak konvensional (2%)
  • pajakan yang tidak ditebus akan dilelong dan pihak ar-rahnu hanya mengambil pinjaman mereka dan sedikit upah simpan, bakinya akan dipulangkan.
  • Ini berbeza dengan cara pajak gadai konvesional yang lebih kepada penganiayaan, contohnya, sekiranya tidak ditebus dalam masa 6 bulan, barang akan ditarik dan baki tidak dipulangkan
  • Sistem Ar-Rahnu lebih menguntungkan pelabur kerana upah simpannya yang rendah dan selamat. Selain itu, sistem “overlap” atau memperbaharui surat juga turut disediakan.
Bagaimana sistem overlap a.k.a memperbaharui surat?
Memperbaharui surat atau biasa disebut “overlap” boleh dilakukan dengan pemajak membawa surat asal “original” ke ar-rahnu dan ditukar kepada surat baru , maksudnya harga emas pada surat lama akan diperbaharui kepada harga emas terkini. contoh;
Surat Lama Tarikh 1/6/2011Surat Baru Tarikh 1/12/2011Nota
  • Harga per gram : RM170/g
  • Harga total : RM17,000
  • Pinjaman: RM11,900
  • Modal: RM5,100
  • Harga pergram: RM200/g
  • Harga total: RM20,000
  • Pinjaman: RM14,000
  • Upah Simpan: RM765
  • (Harga Baru – Harga Lama ) = Balance
  • Balance – Upah Simpan = Untung
Contoh pengiraan seperti dibawah
a)RM20,000 – RM17,000 = RM3000
b)RM3000 – RM765 = RM2,235
RM2,235 untung diserahkan kepada pelabur surat pajak diperbaharui untuk tempoh 6 bulan lagi.
Pemajak hanya perlu ke kaunter Ar-Rahnu dengan membawa surat pajakan dan meminta untuk dinilai semula, pihak Ar-Rahnu akan mengira perbezaan harga emas dulu dan kini, dan kemudiannya membayar secara tunai kepada pelanggan setelah menolak upah simpan.
*upah simpan tidak perlu dibayar setiap bukan, cukup 6 bulan, sila ke Arrahnu untuk overlap.
Bagaimana melihat dan menentukan harga emas?
Harga emas ditentukan mengikut index emas dunia, harga naik dan turun setiap hari, index emas pula berubah setiap saat. Untuk menjangka berapa harga emas esok sangat mustahil kerana harga emas bergantung kepada beribu faktor samada politik, pasaran saham, tukaran matawang, kenaikan harga minyak, tragedi seperti tsunami, gempa bumi dan pelbagai lagi. Tetapi untuk tempoh masa panjang dan sederhana, patern atau trend samada “bullish” atau “bearish” boleh dijangka pada graf 2 tahun, 5 tahun atau 10 tahun.

Friday 25 November 2011

Rancangan Dinar Emas Halaqah TV9

TV9 telah menyiarkan perbincangan mengenai Dinar Emas di rancangan Halaqah. Perbincangan oleh Ustaz Zaharudin ini amat baik untuk dikongsi bersama. Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan rancangan Halaqah semalam, kami kongsikan sedutan video dinar emas. (wajib tonton)

Tuesday 22 November 2011

Emas , Simbol Kejuaraan Dalam Sukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat sekalian.
Telebih dahulu kami di Usrati Sejahtera Jewel ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia ( Harimau Muda ) yang berjaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA ke 26 selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir malam tadi.Pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta itu, Malaysia menewaskan Indonesia menerusi penentuan penalti dengan keputusan 4 berbalas 3.Tahniah dan syabas sekali lagi buat pasukan Harimau Muda atas kesungguhan dan komitmen mempertahankan maruah bola sepak negara.

Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama
Dalam Harian Metro Online , Khairul Fahmi Che Mat dikatakan mempunyai sepasang “tangan emas” sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia.Wahhh , semuanya mesti ada EMAS . Ini membuktikan EMAS disanjung tinggi sehingga dijadikan simbol kejayaan / kejuaraan dalam dunia sukan.

Wednesday 16 November 2011

Inflasi Meningkat, Kata Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Inflasi di Malaysia telah meningkat dan stabil walaupun inflasi makanan masih ada, dan perlu ditangani menerusi langkah lain selain kadar faedah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Selasa.
Beliau berkata risiko sentiasa ada sama ada bagi inflasi atau pertumbuhan, memandangkan Malaysia merupakan ekonomi terbuka.
“Ekonomi domestik sangat kukuh. Permintaan pengunaan dan pelaburan langsung asing semakin meningkat tahun ini.
“Jika berlaku kekurangan mengejut komiditi atau tenaga, yang berlaku dari semasa ke semasa, ia menyebabkan harga komoditi dan tenaga meningkat ketara, dan jika ia berlaku, ia akan menyebabkan inflasi, dan jika ada gangguan dalam bekalan makanan, ia juga menyebabkan kenaikan harga.
“Salah satu mengelak diri anda dari terkena inflasi , adalah melalui simpanan emas fizikal kerana emas fizikal kalis inflasi.Berminat memiliki emas fizikal sebagai simpanan sila hubungi kami di talian 013-263 5163″.
“Oleh itu risiko inflasi yang lebih tinggi sentiasa ada. Berikutan krisis kewangan semasa, jika ia tidak berlarutan melepasi keadaan semasa, ia akan menjejaskan pertumbuhan,” katanya kepada pemberita pada mesyuarat meja bulat sempena Sidang Kemuncak Risikan Kewangan Islam (IFIS) 2011 di sini.
Bank pusat mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus meskipun pertumbuhan global yang sederhana, pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada Jumaat.
Dalam perkembangan lain, Zeti berkata Malaysia sudah mempunyai kerangka kerja penyelesaian andai institusi kewangan konvensional atau Islam dalam negara, termasuk bank asing, mengalami tekanan.
Beliau berkata BNM kini lebih memberi tumpuan terhadap penyelarasan penyelesaian memandangkan pengantarabangsaan kewangan Islam, membuka ruang untuk institusi kewangan tempatan beroperasi di luar pesisir dan sebaliknya.
“Jika ada yang menghadapi tekanan, bank pusat akan menanganinya pada peringkat awal dan menyediakan mekanisme dan infrastruktur untuk bertindak segera bagi mengurangkan kos penyelesaian yang dilakukan.
“Ujian tekanan dilakukan untuk senario buruk seperti pertumbuhan perlahan atau pembetulan pasaran kewangan, yang kami sentiasa melakukannya, sebelum krisis atau sebelum ia menjadi isu di Eropah atau US,” katanya.
Zeti berkata industri itu mahu melihat lebih banyak pengantarabangsaan, hubungan dan kemasukan kewangan dalam sistem kewangan Islam.
Menjawab soalan, beliau berkata kewangan Islam dilindungi daripada kesan pusingan semasa ekonomi global semasa dan krisis hutang berikutan daya kekuatannya.
“Ia berhubung rapat dengan ekonomi sebenar, dan semakan dan imbangan dalam perkongsian keuntungan disediakan, supaya pinjaman dilakukan secara bertanggungjawab.
“Namun, jika prestasi syarikat perlahan dan pasaran kewangan melalui pembetulan, ia akan memberi kesan ke atas institusi kewangan, katanya.- BERNAMA

Tuesday 15 November 2011

Elak Tertipu Beli Emas

Assalamualaikum , moga perkongsian cerita dibawah dijadikan satu ingatan kepada kita semua sebelum melibatkan diri dalam pelaburan emas .
SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.
Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.
Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.
Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.
Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.
Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.
Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.
Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.
Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70.
Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.
Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas.
Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas.
Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000.
Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik.
Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.
Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun.
Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank.
Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan.
Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian.
Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.
Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas.
Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan.
Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun.
Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri.
Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri.
Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung.
Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan.
Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.
Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.

Friday 11 November 2011

Berapa dinar barang moden sekarang?

Apa yang kami perasan di mana-mana blog berkenaan emas, mesti ada ayat “harga seekor kambing sama seperti harga satu dinar”, asyik-asyik kambing je kan,jadi macam mana dengan barang-barang lain? jika kita semua boleh beli barang dengan menggunakan dinar emas, berapa dinar perlu dibayar untuk item-item hot terkini Malaysia 2011, kami listkan seperti berikut nilai yang perlu kita bayar untuk membeli item-item moden dan terkini.

Iphone 4 ( 2 1/2 Dinar)iphone 4 23yt 460 thumb Berapa dinar barang moden sekarang?Samsung Galaxy Tab 10.1 (2 1/2 Dinargalaxy tab thumb Berapa dinar barang moden sekarang?)Tutti Frutti 1 Cup (1/50 Dinar) 
tutti thumb Berapa dinar barang moden sekarang?
Romp Cardigan (1/5 dinar)Cardigan thumb Berapa dinar barang moden sekarang?
Myvi Extreme (100 Dinar) 
myvi thumb Berapa dinar barang moden sekarang?
Samsung LED TV 50” (10 Dinar) 
samsung led thumb Berapa dinar barang moden sekarang?
Playstation 3 (1 1/2 Dinar)ps3 thumb Berapa dinar barang moden sekarang?Airasia to Sabah (2/5 Dinar)airasia thumb Berapa dinar barang moden sekarang?
Macbook Air (5 1/2 Dinar)macbook thumb Berapa dinar barang moden sekarang?Canon DSLR 550D (3 1/4 Dinar)canon thumb Berapa dinar barang moden sekarang?McChicken Set (1/35 Dinar)mcdonald thumb Berapa dinar barang moden sekarang?Tudung Yuna (1/20 Dinar)yuna2 thumb Berapa dinar barang moden sekarang?
Tiket Bola FAM (1/14 Dinar) 
fam thumb Berapa dinar barang moden sekarang?
Set DVD Korea (1/14 Dinar) 
korea thumb Berapa dinar barang moden sekarang?
Basikal Fixie (1/2 Dinar) 
fixie thumb Berapa dinar barang moden sekarang?
Birkin’s Handbag (40 Dinar) birkins thumb Berapa dinar barang moden sekarang?
Yang paling last adalah antara beg tangan paling mahal didunia agaknya, milik siapa lagi kalau bukan ehem-ehem

Monday 7 November 2011

Ramalan Harga Emas 7-11 November 2011











Gold Prices Expected To Rise Again Next Week – Survey Participants
Friday November 04, 2011 12:15 PM
Higher prices are expected by participants in Kitco News’ Gold Survey for next week, with a solid majority expecting higher prices for the yellow metal for the second week in a row.
In the Kitco News Gold Survey, out of 34 participants, 24 responded this week. Of those 24 participants, 21 see prices up, while three see prices down and none see prices sideways or unchanged. Market participants include bullion dealers, investment banks, futures traders and technical chart analysts.
After the European Central Bank’s surprise move to cut interest rates this week and a dovish U.S. Federal Reserve, several survey participants cited the continuously low interest-rate environment for gold as positive. Ultra-low interest rates mean no opportunity cost to hold gold versus other investments that may pay yields.
Also, momentum is higher, which gives those bullish on gold another reason to buy.
Those who see gold testing the downside said the market might be hitting some resistance at these levels, especially after the run-up in prices. “Gold is likely to be sold alongside risk assets next week as some profit taking comes in. Silver has also not been confirming gold’s advance,” said Spencer Patton, president of Steel Vine Investments. – Kitco
Ok dengan bahasa mudah , minggu depan harga emas akan naik lagi….

Wednesday 2 November 2011

10 Pemilik Emas Terbesar di Dunia

world 10 Pemilik Emas Terbesar di Dunia
Harga emas telah mencecah paras tertinggi pada Ogos lalu menjadikan kenaikan harga emas sebanyak 26% sepanjang tahun 2011. Pemilik terbesar emas didunia merupakan entiti bank negara, badan pentadbiran bank dunia, syarikat multinasional dan kerajaan2 negara dengan jumlah milikan mereka sebanyak 16.5% meliputi sebanyak 30,700 tan emas. Berikut adalah pemilik terbesar emas dunia
1. Amerika SyarikatJumlah: 8,965 tan 
Value : RM1,633.83 bilion 
Aset: 74.7% aset asing
Negara kuasa utama ekonomi dunia memiliki emas disimpan di Fort Knox, Kentucky dan beberapa tempat simpanan lagi
2. JermanJumlah: 3,747 tan 
Value: RM683 bilion 
Aset: 71.4% aset asing
Bank Negara Jerman memiliki hampir 3747 tan emas yang disimpan sebagai simpanan asing mereka
3. IMFJumlah: 3,101 tan 
Value: RM565 bilion 
Aset: -
Bank Dunia (IMF) yang menguruskan sistem kewangan dunia, beroperasi di 185 negara menyimpan emas untuk menstabilkan pasaran antarbangsa dan memberi bantuan kewangan kepada negara lain.
4. ItaliJumlah: 2,701.9 tan 
Value: RM492.38 bilion 
Aset: 71.2% aset asing
Bank Negara Itali telah dilaporkan memiliki 2709 tan emas dan sebagai entiti keempat terbesar didunia memiliki simpanan emas.
5. PerancisJumlah: 2683.8 tan 
Value: RM489 bilion 
Aset: 66.2% aset asing
Bank Negra Perancis merupakan pemegang utama simpanan emas perancis bernilai hampir RM489 biliion ringgit.
6. SPDR Gold ETF (GLD)Jumlah: 1213 tan 
Value: RM221 bilion 
Aset: -
Unit amanah pelaburan emas, dimana pelabur boleh membeli unit pelaburan emas disini.
7. ChinaJumlah: 1161 tan 
Value: RM212 bilion 
Aset: 1.6% aset asing
Negara yang mempunyai 1.34 bilion penduduk ditempat ke 7?? sebenarnya 1161 tan emas hanya mewakili 1.6%  daripada pelaburan asing China, disamping mereka ada pengeluar emas terbesar didunia.
8. SwitzerlandJumlah: 1146.2 tan 
Value: RM209 bilion 
Aset: 17.8% aset asing
Bank Negara Swiss menyimpan lebih 1146 tan emas berada di tempat ke 8
9. RussiaJumlah: 926 tan 
Value: RM169 bilion 
Aset: 7.7% aset asing
Russia adalah negara paling aktif membeli emas ketika ini –IMF-, sepanjang 2010, russia telah memotong Jepun dengan membeli 210 tan emas lagi dari IMF.
10. JapanJumlah: 843.3 tan 
Value: RM154 bilion 
Aset: 3.3%
Bank Negara Jepun menyimpan lebih 843 bilion emas bernilai hampir RM154 bilion ringgit.
Senarai Negara Asia terbesar memiliki emas selain China dan Jepun
12. IndiaJumlah: 614.6 tan 
Value: RM112 bilion 
Aset: 3.3%
Ranking India naik mendadak pada 2009 apabila mereka membeli lebih 200 bilion emas dari IMF
14. TaiwanJumlah: 466.8 tan 
Value: RM85 bilion 
Aset: 5.0%
Kepulauan kecil di Laut China Selatan ini berada di tempat ke 14 bagi pemilik emas terbesar didunia, dengan sektor teknologi menjana pendapatan utama negara.
Didalam rekod yang lain (wikipedia), Ranking Negara Asia yang lain pada Dec 2010 adalah seperti berikut
NegaraReserve (tan)Value (RM)
*7. Qatar950RM173 bilion
15. Saudi Arabia322.9RM58.8 bilion
16. Iran320RM58.2 bilion
18. Lebanon300RM54.6 bilion
22. Pakistan184.4RM33.56 bilion
23. Filipina175.9RM32 bilion
26. Singapore127.4RM23.2 bilion
34. Thailand99.5RM18 bilion
36. Kuwait79.0RM14.4 bilion
Dimana Malaysia? Malaysia berada di ranking ke 44 dunia sebagai negara terbesar memiliki emas, lebih tinggi dari Brazil, Korea Selatan dan Ireland. Walaubagaimanapun, untuk membandingkan emas serta bolasepak, hanya negara-negara dibawah sahaja sesuai untuk pihak FAM lihat dimana mereka berada.. #famturun
Negara# ranking emas# ranking fifa
Malaysia44151
Bangladesh56141
Fiji100149
Haiti105107
Apa kaitan emas dan bola sepak? Bola sepak adalah sukan utama Malaysia, jadi adalah sanngat sesuai untuk dibanding #ranking bola sepak dengan apa sahaja yang berlaku dalam negara