Monday 5 November 2012

Analisis Harga Emas – Potensi Kenaikan Sepanjang 3 Tahun


Analisis Fundamental

Baru-baru ini sebaik sahaja pengumuman mengenai pelaksanaan Quantitative Easing untuk kali yang ketiga (QE 3), Para pelabur di pasaran Wall Street dilaporkan bertindak menjual pegangan saham mereka kerana tindakan itu menyebabkan Wang Dollar ditambah cetak sekaligus bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi atau penyusutan kuasa beli sebarang transaksi yang menggunakan matawang USD.
Kenaikan kadar inflasi bermakna akan berlakunya kenaikan harga barangan, sekaligus akan menyebabkan berlakunya kelembapan sistem ekonomi kerana pengguna akan berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan mereka.
Lalu Pelaburan dalam saham agak kurang menguntungkan kerana perniagaan syarikat yang disenaraikan dalam bursa akan menerima kesan buruk dari tindakan pengguna yang mengurangkan perbelanjaan tadi.

Disebabkan kuasa beli dollar semakin menyusut, para pengguna tidak mahu membuat simpanan dalam bentuk tunai, dan mereka memilih simpanan dalam bentuk aset yang mudah cair iaitu “Precious Metal” dan pilihan utama mereka adalah Emas dan Perak.

Situasi ini akan menyebabkan kenaikan permintaan keatas kedua-dua komoditi ini dan ianya telah dijangka oleh para pelabur yang melepaskan atau menjual belian saham mereka sebelum ini, lalu para pelabur ini akan segera membuat pelaburan baru dalam sektor pelaburan komoditi iaitu Emas dan Perak tetapi dalam bentuk ETF atau Exchange Traded Fund (paper and silver gold).

Perubahan tindakan ini telah menyebabkan lonjakan harga emas dan perak secara mendadak dan dijangka berterusan sehingga tahun 2015 kerana QE3 akan berlangsung spanjang tempoh ini.

Perhatikan Impak Quantitative Easing 1, 2 dan impak awal QE3 kepada harga Emas.
Dan seperti yang kita sedia maklum, corak pergerakan harga emas pada tahun ini adalah menyamai corak pergerakannya pada tahun 2008 disebabkan situasi krisis ekonomi yang melanda pada ketika itu dan juga tindakan Federal Reserve menanganinya melalui Program QE 1 dan QE 2.

Perhatikan dibawah ini, Hampir serupa dengan corak pergerakan harga yang diatasnya kan? jadi jika mengambilkira posisi harga Emas sekarang yang menyamai posisi harganya pada hujung tahun 2008, adakah paras harga sekarang sudah cukup tinggi? Mungkin anda perlu mempertimbangkannya semula kerana pada saya harganya amat berpotensi untuk lebih tinggi lagi pada tahun 2015 nanti, iaitu 3 tahun dari sekarang sama sebagaimana kenaikannya bermula pada tahun 2009 hingga 2011 iaitu sama seperti graf harga yang diatasnya juga.

Analisis Teknikal

Sepanjang 3 tahun bermula dari QE 1 dijalankan sehingga berakhirnya QE 2, harga emas telah melonjak naik sekitar 180%, dan sekiranya peratus kenaikan yang sama berlaku kepada harga emas ketika ini iaitu selepas ia berjaya melepasi paras harga tertingginya sekitar $1925/oz, maka destinasi harga emas seterusnya adalah sekitar $5,000/oz dan angka tersebut sememangnya angka yang sering disebut-sebut oleh pakar ekonomi di seluruh dunia dan ternyata ia sangat realistik.

Mengapa saya begitu optimis dengan potensi kenaikan yang berterusan bagi tempoh selama 3 tahun yang akan datang?

Diantaran sebab utama adalah kerana Program QE 3 akan berjalan sepanjang tempoh tersebut, dan seperti yang kita perhatikan kesan dari QE 1 dan QE 2, harga emas terus naik dan naik selama tempoh program itu dijalankan.

Dan yang dibawah ini adalah Trend pergerakan yang akan dilalui oleh harga Emas sepanjang tempoh 3 tahun ini, dan paras harga yang paling hampir untuk dicapai adalah sekitar $2200-$2300/oz sekurang-kurangnya menjelang pertengahan tahun 2013.

Semoga anda tidak lagi mengabaikan peluang berpotensi ini sepertimana peluang-peluang yang saya kongsikan sebelum ini ya..!

Saya adalah seorang Pelabur Emas dan Perak fizikal sepenuh masa sejak 3 tahun yang lalu, dan bidang ini adalah skop kepakaran saya dimana saya sendiri memberikan tumpuan sepenuhnya setiap masa, jadi penelitian saya mengenai risiko dan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding pelabur yang menjadikan pelaburannya sebagai sumber sampingan dan bukan profession utamanya.

Secara mudahnya, Analisis Fundamental berperanan memberikan gambaran mengenai andaian situasi ekonomi semasa pada masa hadapan berdasarkan data dan dasar ekonomi semasa, ia sekaligus membantu untuk memberikan jangkaan mengenai halatuju pergerakan harga Emas pada masa yang akan datang dalam tempoh waktu yang lebih panjang.

Manakala Analisis Teknikal pula untuk membantu anda menjangka paras-paras harga yang berpotensi dicapai hasil analisa Fundamental sebelumnya, sebagai contoh jika Analisis Fundamental memberikan gambaran positif mengenai kenaikan harga emas, Analisis Teknikal pula berperanan menentukan kenaikan yang dijangkakan itu sehingga ke paras harga berapa? jika ia turun seketika sehingga ke paras harga berapa? dan yang seumpamanya. Justeru, Analisis Teknikal memerlukan kepada data prestasi lampau pergerakan harganya yang akan digunakan sebagai paras-paras harga Sokongan (Support) dan Rintangan (Resistance).

Kesimpulannya,
Analisis Fundamental Harga Emas -
Mendorong berlakunya peningkatan “Demand” sekaligus menyokong kenaikan harga – POSITIF

Analisis Teknikal Harga Emas -
Menunjukkan Trend pergerakan menaik dan selaras dengan jangkaan Analisis Fundamental – POSITIF

Bermakna, tiada sebarang faktor yang menghalang untuk harga emas terus naik, naik dan naik, bermakna, pada kebanyakan masa anda akan sering melihat kekerapan pergerakan harga emas menaik, berbanding pergerakannya menurun. Jadi apakah langkah yang perlu anda lakukan seterusnya?
link asal:  http://kiniemas.blogspot.com/

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Hadiah Emas Untuk Isteri – Farid Kamil & Diana


Pada majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle, DD telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran RM20,000 dalam bentuk pelaburan emas dari suami tercinta. Barang hantaran dari pihak lelaki pula sebanyak 5 dulang dan dibalas dengan 7 dulang dari pihak perempuan. Yang uniknya, motosikal mini jenama Kawasaki menjadi antara barang hantaran antara kedua-dua belah pihak. Jom kita tengok antara barang-barang hantaran Farid Kamil dan Diana Danielle. Enjoy!
maybank gold emas

Barang Hantaran Dari Pihak Perempuan
Produk kecantikan Hugo Boss.
Majalah Polo International
Dompet
Manisan, Bubble Gum. Kata Diana, Farid sangat suka kunyah bubble gum.
Simbolik tanda hantaran sebuah motosikal mini.
Kredit gambar: yanmieonline.com
Barang Hantaran Dari Pihak Lelaki
Cincin Tiffany & Co.
Wang hantaran RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.
Telekung & Al-Quran.
Simbolik Tanda hantaran motosikal mini Kawasaki KSR 110.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Adab Memakai Emas Untuk Wanita


adab memakai emas untuk wanita
Wanita memang terkenal sebagai golongan yg suka berhias bukan sahaja di badan malah di setiap tempat . Disebabkan itu, kaum hawa ini lebih rajin berkemas di rumah dan mengutamakan kebersihan diri

1.TIDAK MEMBAZIR
Tiada barang kemas asli yg dijual dengan harga murah . Senipis mana pun ia masih tetap dijual pada harga yg tinggi . jika anda berkemampuan , tidak salah untuk membeli sebanyak mana yg anda inginkan kerana ia juga merupakan satu pelaburan untk jangka masa panjang . lihat kemampuan diri sebelum membeli . Tidak perlu berlaku pembaziran jika anda tidak berkemampuan seperti membuat pinjaman
2.BANGGA DIRI
Islam langsung tidak menggalakkan umatnya untuk bersifat riak atau bangga diri kpd org lain . Sifat mazmunah ini adalah kesukaan syaitan yg suka menghasut umat Islam mengikut telunjunknya . Memakai barang kemas terlalu banyak di pegelangan tangan , leher dan juga jari adalah bukti anda suka menunjuk-menunjuk . Ia juga mendatangkan bahaya kerana mampu menarik perhatian perompak untuk mencuri barang kemas anda . Oleh itu , bersihkan hati dan cukuplah menyarungkan sebentuk cincin di jari manis .
3.GELANG BERLOCENG
Acap kali diperkatakan oleh alim ulama bahawa PEMAKAIAN GELANG BERLOCENG DILARANG SAMA SEKALI . ini kerana ia menarik perhatian org lain untuk memandang anda terutama golongan lelaki yg bukan mahram .
4.BENTUK HIASAN
Pelbagai bentuk cincin diukir bagi memenuhi kehendak pelanggan . pemilihan bentuk menyerupai binatang dan seakan-akan tanda salib memang tidak dibenarkan sama sekali . Selain itu , menyarung cincin dijari tengah ataupun telunjuk AMAT DILARANG kerana ia meniru kaum derhaka yg dilaknat oleh Allah SWT semasa zaman nabi Lut AS dahulu . Nabi muhammad SAW pernah berkata kpd Saidina Ali sesudah bernikah dngn Siti Fatimah berpesan jika memakai cincin , pakailah di jari manis dan kelingking ( anak jari )

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

35,000 Terlibat Genneva, Pelaburan RM10 Billion


awang adek genneva emasKUALA LUMPUR – Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, dikesan terlibat dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion, dan boleh mencecah RM10 bilion.
Beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut.
“Pertama, syarikat ini berselindung dalam perniagaan emas di mana emas ini ada tarikan sentimental. Ramai berminat tidak kira latar belakang termasuk pemimpin. (Bagi mereka) Terdapat perasaan bahawa ini satu perniagaan betul.
“(Kedua) BNM terpaksa mengimbangi keadaan dan tidak boleh terus masuk pada satu masa. Contoh, kalau hari  ini masuk dan siasat, BNM pun kena marah kerana disebabkan BNM masuk, pelabur hilang pulangan.
“Jadi BNM kena imbangi, tidak boleh terlalu cepat. Keseimbangan ini penting dan mustahak. Saya  rasa kita semua akan belajar dari pengalaman ini semoga pengendalian kes lebih baik pada masa akan datang,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas).
Awang Adek sebelum ini memberitahu Parlimen, liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas berkenaan melebihi aset syarikat dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.
Baru-baru ini pihak berkuasa menyerbu Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya kerana disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).
Menjawab soalan asal oleh Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai tindakan kementerian dalam membendung skim cepat kaya yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram, Awang Adek berkata BNM sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang menjalankan skim seperti itu.
Selain itu katanya kementerian dengan kerjasama agensi kerajaan lain, termasuk bahagian penguatkuasaan, mengadakan pemantauan dan risikan serta maklumat menerusi aduan orang ramai.- Bernama

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Lombong Emas Ditemui di Perak


zambry emas perakIPOH – Perak yang dulunya kaya dengan bijih timah, kini dikejutkan dengan penemuan di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi lubuk emas. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan di negeri ini yang memiliki deposit emas yang berdaya maju.
Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan kajian terperinci berhubung penemuan tersebut. Menurutnya, satu laporan penuh perlu dibentangkan bagi memastikan kawasan yang dimaksudkan benar-benar berpotensi untuk dikomersialkan ataupun sebaliknya.
“Kita nak tengok juga sama ada kawasan itu ada banyak atau sedikit sahaja longgokkan emas dan kawasan itu kita telah pun kenal pasti, tapi saya tidak boleh dedahkan kepada umum, takut timbul pula masalah lain kelak. “Setakat ini, kita serahkan jabatan berkaitan menjalankan kajian potensi itu dahulu dan kita tengok hasilnya nanti,” katanya di sini, semalam. Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Datuk Dr Mah Hang Soon serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.
Pada Ogos 2009 lalu di Teluk Intan, Zambry dalam kenyataannya turut mengandaikan Perak mungkin muncul sebagai negeri pengeluar emas terbesar di negara ini berikutan kajian mendapati beberapa kawasan di negeri ini memiliki logam berharga berkenaan. Katanya, Kerajaan Negeri akan mengorak langkah setapak lagi untuk mengadakan kegiatan perlombongan emas bagi menggantikan industri lombong bijih timah yang menjadi kebanggaan Perak sejak beberapa dekad lalu.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, Kerajaan Negeri turut mengadakan perbincangan bagi melakukan rombakan semula kategori bahan mineral, galian dan logam yang terdapat di Perak. “Kita lihat setiap bahan itu perlu diperhalusi dan dikategorikan mengikut spesifikasinya yang betul bagi mendapat pulangan sebenar mengikut harga pasaran.
“Dulu kita guna istilah yang terlalu umum iaitu galian, sama ada bijih timah, pasir, batu atau bahan lain seperti emas, sedangkan ia berbeza royalti dan premiumnya. “Justeru itu, kita rasa perlu diperhalusi serta dikategorikan mengikut kesesuaian tertentu dengan menukarkan istilah utamanya daripada galian kepada mineral,” katanya.
Menurutnya, ia juga bagi mengelakkan pelbagai masalah dihadapi dari segi bayaran premium daripada pengusaha terlibat.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Kawasan didakwa ada Emas di Jelebu Diarah Tutup


SEREMBAN 30 Okt. – Kerajaan negeri mengarahkan supaya lokasi terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa wujud emas ditutup serta-merta.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, penutupan kawasan itu bertujuan mengelak sebarang tragedi selain tidak dapat dipastikan ketahanan struktur tanah di kawasan terowong terbabit.
”Kajian telah dilakukan di situ dan ia tidak mempunyai deposit emas. Terowong yang ditemui ini telah digali dan bukannya bersifat semulajadi. Maka kita tidak tahu sejauh mana ketahanannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Mohamad diminta mengulas penemuan terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa penduduk sebagai laluan pelombong emas suatu ketika dahulu, di mana kini mula menarik minat orang ramai mendekatinya.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Sebab KWSP Gantung Dana Public Mutual


pelaburan kwsp ke public mutual disekat
Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.”Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012,” demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam.
Makluman itu, bagaimana pun menyatakan bahawa IPD berkenaan masih bertanggung jawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Okt, 2012.
Tindakan ke atas PMB ini dilihat sebagai adalah tindakan berterusan yang diambil oleh agensi-agensi berkaitan kerajaan pusat yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang menyasarkan entiti-entiti perniagaan milik dan menjadi kegemaran pelaburan ……

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Kapal Russia Dengan 700 Ton Emas Hilang


kapal russia membawa emas hilang
Sebuah kapal yang membawa 9 krew dan 700 ton batuan emas dilaporkan hilang dalam satu kejadian ribut di Lautan Pasifik di pesisir pantai Russia. Kapal yang diberi nama “The Amurskoe” menghantar isyarat kecemasan pada hari ahad lepas ketika belayar dari Bandar Neran menghala ke Pulau Feklistov dikawasan perairan Okhost.
Kapal tersebut disewa oleh syarikat perlombongan emas Polymetal membawa kira-kira 700 ton batuan emas dari tempat perlombongan ke kawasan lain untuk diproses. Batuan emas adalah bahan mineral yang dikorek dari lombong dan mengandungi logam berharga.
Jurucakap Polymetal yang mengesahkan kehilangan jejak kapal tersebut berkata mereka belum mengenalpasti nilai sebenar kargo yang dibawa dan laluan yang digunakan bukanlah kali pertama kerana sebelum ini kapal yang sama turut berulang kali melalui laluan laut tersebut serta tidak pernah berlaku kejadian yang diingini sebelum ini.
batuan emas - gold ore

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Terowong Emas di Jelebu Bukan Dongeng


lombong emas di pekan titi kuala klawang jelebu
JELEBU: Kerja menarah bukit di belakang pasar awam pekan Titi di Kuala Klawang, di sini, sejak awal tahun ini membawa penemuan empat terowong di situ yang menurut penduduk, dianggap sebagai kisah dongeng sebelum ini kerana lokasi sebenarnya tidak pernah diketahui dengan terperinci.
Sejak puluhan tahun lalu, kisah terowong berkenaan hanya diceritakan generasi tua di pekan didiami kira-kira 20,000 penduduk itu, namun tiada pihak tampil untuk melakukan kajian.
Tinjauan mendapati empat terowong itu terletak berasingan dengan setiap satu dibina kemas dengan dinding dibuat daripada batu dan boleh dimasuki secara berdiri oleh orang dewasa.
Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa terowong itu mungkin dibuat pencari emas berdasarkan kewujudan beberapa lombong sekitar kawasan itu dan menolak ia mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas komunis Penoreh getah, Siow Yoke Kim, 54, berkata generasi tua di pekan itu pernah bercerita mengenai terowong untuk mencari emas, namun tidak menyatakan lokasinya sehingga awal tahun ini, ada pihak menarah bukit di belakang pasar.
“Kami terkejut kerana terowong yang diceritakan itu terletak di belakang pasar yang penduduk kunjungi setiap hari.
“Saya percaya terowong itu dibuat pencari emas, malah jalan utama pekan ini dinamakan ‘Kim Loong’ atau naga emas dalam dialek Hakka,” katanya ketika ditemui, semalam.
Peniaga, Lee Ah Chai, 51, pula mengaku pernah memasuki terowong itu, tetapi mendapati lubang itu terlalu panjang.
“Saya tidak masuk terlalu dalam kerana bimbang terowong runtuh. Pihak berkaitan terutama pengkaji sejarah wajar melakukan kajian terperinci bagi memastikan sejarah sebenar terowong itu sama ada digali oleh pelombong emas atau mempunyai kaitan dengan aktiviti komunis,” katanya yang menolak kemungkinan terowong itu digali pengganas komunis.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI