Sunday 26 August 2012

Jangan Koyak Duit , Nanti Tak Laku


Assalamualaikum dan salam 6 Syawal buat sahabat sekalian.

Alhamdulillah , hari ini merupakan hari raya ke-6 bagi umat Islam.Bila tiba hari raya , kanak-kanak merupakan golongan paling gembira almaklum ler dapat baju baju baru dan duit raya.

Teringat zaman budak-budak dahulu kala , kalau tak dapat duit raya memang tak balik. Kayuh basikal secara berkumpulan dari rumah ke satu rumah mencari duit raya. Matlamat utama bukan nak makan kuih tapi nak duit raya. Kalau  dapat 50 sen dah dikira banyak dan bersorak riang. Sekarang 50 sen sudah dilupakan untuk dijadikan duit raya kerana nilainya.Kebanyakkan kanak-kanak sekarang sudah tidak pandang dengan 50 sen sebaliknya RM1 ke atas baru ler bersorak riang.Inilah dinamakan susut nilai matawang fiat yang dicipta oleh manusia. 

Pada 1 Syawal yang lepas , ketika ayah saya memberi duit raya pada anakku merangkap cucunya , saya terdengar satu ucapan/dialog/pesan ringkas dari atuk untuk cucunya.

" Jangan koyak duit tu.... Nanti TAK LAKU!, suruh ummi simpan "



Itulah salah satu kekurang yang ada pada duit kertas , yakni nilainya boleh dimusnah dalam sekelip mata.Cuba anda bahagikan / koyak duit kertas RM1 menjadi dua bahagian.Satu bahagian untuk anak no 1 dan sebahagian lagi untuk anak no 2 . Anak no 1 membawa duit kertas tersebut ke kedai runcit untuk membeli gula-gula , Adakah penjual akan menerima duit tersebut. Jawapannya tidak sama sekali.


Tidak pada emas dan perak , walaupun 1 Dinar Emas dipotong/dibahagi 2 bahagian.Nilainya tidak akan musnah yakni diterima oleh semua orang.

Saya hentikan artikel ini setakat ini sahaja,lain hari kita berjumpa dengan celoteh yang lain.Duit Kertas untuk digunakan bukan untuk disimpan/dijadikan aset sebaliknya Emas dan Perak paling sesuai dijadikan simpanan/aset.

Dah kira duit raya anak-anak ? Kalau dah TUKAR RM tersebut kepada EMAS dan PERAK!!!

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI


Saturday 4 August 2012

Tabiat Simpan Emas Orang Vietnam Patut Di Ikuti

TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.



Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya. Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.

Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu. Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.

Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.
Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.

Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai. “Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.

Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah. Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.

Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi. “Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.

Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.

Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.
Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun. 
Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu. “Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long.



BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Friday 3 August 2012

Amaran Kepada Pelabur Emas Dari Bank Negara Malaysia ( BNM )

KUALA LUMPUR 31 Julai – Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain.



Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini.

Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen.

Bank pusat itu berkata, ia menerima pertanyaan daripada orang ramai berhubung dengan syarikat yang mendakwa sebagai institusi terjadual dengan BNM untuk membolehkan syarikat tersebut mendapatkan pelaburan daripada orang ramai.

BNM dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan bank pusat itu tidak mengeluarkan sebarang lesen mahupun surat kebenaran perniagaan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pemajakan, pemfaktoran, pembangunan kewangan atau pembangunan kredit.
Tegasnya, di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, syarikat-syarikat tersebut perlu mendapat perakuan bertulis daripada Bank Negara sebelum boleh menjalankan aktiviti itu di negara ini.

“Surat perakuan tersebut yang dikeluarkan oleh BNM bukan lesen perniagaan atau kelulusan daripada BNM berhubung dengan perniagaan terjadual seperti dinyatakan dalam surat perakuan berkenaan, ataupun perniagaan lain yang dijalankan oleh institusi terjadual berkenaan,” kata bank itu.

“Senarai institusi terjadual yang telah mendapat perakuan daripada Bank Negara itu hanya untuk disimpan bagi tujuan perangkaan semata-mata.

“Sekiranya syarikat-syarikat tersebut telah berhenti daripada menjalankan perniagaan terjadualnya, BNM akan menarik balik surat perakuan tersebut,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru ia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menggunakan surat perakuan yang dikatakan dikeluarkan oleh BNM untuk menarik pelaburan dalam pelbagai skim kewangan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada bahagian ‘Peringatan kepada Semua Penggguna Kewangan’ yang terdapat di laman sesawang Bank Negara http://www.bnm.gov.my atau hubungi talian: 1-300-88-5465 atau dan e-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Based on information received by BNM, below is the list of known companies and websites which are not authorised nor approved under the relevant laws and regulations administered by BNM :

1 1globalcash Unlicensed activities 13/07/2012
1Gold.com.my www.1gold.com.my Gold investment 13/07/2012
3 Al-Saliha Worlwide Sdn. Bhd. Unlicensed activities 13/07/2012
4 Amsyiq Gold Enterprise Gold investment 13/07/2012
5 Arowana Ventures Unlicensed activities 13/07/2012
6 AU Niaga Sdn. Bhd. Gold investment 13/07/2012
7 AU79 International Gold investment 13/07/2012
8 Bumi Klasik Warisan Enterprise Unlicensed activities 13/07/2012
9 Caesar Gold Sdn Bhd Gold investment 13/07/2012
10 Cakera Ringgit Sdn. Bhd Unlicensed activities 13/07/2012
11 Dana Haji Jasman Unlicensed activities 13/07/2012
12 Degold Empire S/B Gold investment 13/07/2012
13 DNA Profile Sdn. Bhd Unlicensed activities 13/07/2012
14 East Cape Mining Corp Gold investment 13/07/2012
15 Extra Capital Programme http://extracapitalprogram.com Forex trading 13/07/2012
16 Ezey Marketing Unlicensed activities 13/07/2012
17 FE Brands (M) S/B Unlicensed activities 13/07/2012
18 Flexsy Enterprise & Barrilorne Corp Gold investment 13/07/2012
19 FNZ Capital Limited www.intelfx.com Forex trading 13/07/2012
20 FX Primus Forex trading 13/07/2012
21 Gain FX Capital S/B www.gainfxcapital.org Forex trading 13/07/2012
22 Gan Patt Services Unlicensed activities 13/07/2012
23 Genneva Malaysia Sdn Bhd Gold investment 13/07/2012
24 GGF Golden House Sdn Bhd Gold investment 13/07/2012
25 Global Creation Trading Unlicensed activities 13/07/2012
26 Global Venture Financing http://globalventurefinancing.com Forex trading 13/07/2012
27 Gorgeous Chain Sdn. Bhd. Forex trading 13/07/2012
28 Great Access Sdn. Bhd. Unlicensed activities 13/07/2012
29 Hexa Commerce Sdn Bhd Forex trading 13/07/2012
30 Honest Group Ltd Unlicensed activities 13/07/2012
31 Iconhill Holding Sdn Bhd Unlicensed activities 13/07/2012
32 IGC Diamond Gold investment 13/07/2012
33 Instaforex Forex trading 13/07/2012
34 Isothree Gold Sdn. Bhd. Gold investment 13/07/2012
35 Jalatama Management Sdn Bhd jalatama.com Gold investment 13/07/2012
36 Jazlaan Enterprise Unlicensed activities 13/07/2012
37 JM Communications & Technology Sdn Bhd Unlicensed activities 13/07/2012
38 JMI Global Unlicensed activities 13/07/2012
39 JTGold Gold investment 13/07/2012
40 Kris Plus Enterprise Unlicensed activities 13/07/2012
41 Lestari2U www.lestari2u.com Unlicensed activities 13/07/2012
42 Liberty Reserve www.libertyreserve.com Forex trading 13/07/2012
43 Life Time Holidays Sdn. Bhd. Unlicensed activities 13/07/2012
44 LocalAdClick http://localadclick.net Unlicensed activities 13/07/2012
45 Mari Wholesale (M) S/B Unlicensed activities 13/07/2012
46 Mega Dynasty S/B Gold investment 13/07/2012
47 Megaherbs Bioextreme Unlicensed activities 13/07/2012
48 One AutoCash www.clubautocash.com www.1autocash.com Unlicensed activities 13/07/2012
49 Pageantry Gold Berhad Gold Investment 13/07/2012
50 Pancar Mayang Sdn Bhd Unlicensed activities 13/07/2012
51 Pars Pay Sdn. Bhd. Unlicensed activities 13/07/2012
52 Prestige Dairy Farm Unlicensed activities 13/07/2012
53 Program 10 Bulan Forex Trading Forex trading 13/07/2012
54 Program I-Rich Unlicensed activities 13/07/2012
55 Projek Duit 2012 Forex trading 13/07/2012
56 Provisio Multimedia Forex trading 13/07/2012
57 Real Ingenious S/B www.worldfocus.co Forex trading 13/07/2012
58 RGCX Trading Corp http://www.goldrgcx.com/richman8 / www.rapidgcx.comForex trading 13/07/2012
59 RMMUDAH.COM Unlicensed activities 13/07/2012
60 Rowther Technologies MSC Sdn Bhd Unlicensed activities 13/07/2012
61 RS Capital Holdings Bhd Unlicensed activities 13/07/2012
62 Slimberry Extreme Team zatslimberry.blogspot.com/slimberryxtreme.com
63 Speedline www.speedline-inc.com Forex trading 13/07/2012
64 Sri Perkasa Emas Trading Gold investment 13/07/2012
65 Suliz Pearl Mines Unlicensed activities 13/07/2012
66 Swiss Capital Venture Gold investment 13/07/2012
67 Syarikat GECS Ltd Forex trading 13/07/2012
68 Syarikat OLTA Capital Management Inc Forex trading 13/07/2012
69 Syarikat Sri Alam Unlicensed activities 13/07/2012
70 Tabung Dana Ehsan Unlicensed activities 13/07/2012
71 Titan Group Sdn. Bhd Unlicensed activities 13/07/2012
72 TukarGold.net www.tukargold.net 
Gold investment 13/07/2012
73 VC Gold Sdn. Bhd. Gold investment 13/07/2012
74 Vertical Dragon Sdn. Bhd. Unlicensed activities 13/07/2012
75 Virgin Gold Mining Corporation Gold investment 13/07/2012
76 Worldwide Far East Berhad Gold investment 13/07/2012
77 XOC7 Unlicensed activities 13/07/2012
78 Zeta Capital Management Unlicensed activities 13/07/2012

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI