Friday 21 September 2012

Jeriji Besi Sekat Habuan Lebih


REKOD...polis mengambil keterangan mangsa.
REKOD...polis mengambil keterangan mangsa.
SIASAT...unit forensik polis  memeriksa kedai emas yang disamun.
SIASAT...unit forensik polis memeriksa kedai emas yang disamun.
GOMBAK: Dua wanita berdepan saat getir apabila kedai emas mereka disamun tiga lelaki bertopeng bersenjatakan tukul, kapak dan sepucuk pistol sebelum melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000 dalam kejadian di Taman Sri Selayang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, dua wanita berusia 40-an dan 52 tahun terbabit sempat melarikan diri masuk ke bilik di belakang kedai sebaik melihat tiga suspek bersenjata itu.

Menurut anak pemilik kedai, M Rajesh, 37, ketika kejadian dia dan bapanya tiada di premis itu, namun mengikut apa diceritakan ibu serta kakak saudaranya, tiga lelaki bertopeng serta bersenjatakan tukul, kapak dan pistol memasuki kedai manakala seorang lagi menunggu dalam kereta Perodua Kancil.


“Ini kejadian pertama sejak kami memulakan perniagaan dua tahun lalu, mujur tiada pelanggan ketika kejadian dan ibu serta kakak saudara saya turut tidak dicederakan.

“Mereka kemudian bertindak memecahkan kaca dengan menggunakan tukul dan kapak, bagaimanapun mereka mengalami kesukaran memasukkan tangan untuk mencapai kebanyakan barang kemas kerana kami meletakkan jeriji besi di bawah lapisan kaca yang mereka pecahkan itu,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang semasa tiada pelanggan di kedai itu.



“Hanya isteri serta anak saudara pemilik kedai berada di bahagian dalam dan sempat melarikan diri masuk ke bilik belakang kedai itu.

“Tiga suspek bertopeng terbabit hanya dapat melarikan barang kemas berjumlah kira-kira RM10,000 berikutan kehadiran orang awam yang ramai serta kesukaran mencapai barangan di bawah jeriji besi itu,” katanya.


Menurutnya, hasil semakan polis ke atas nombor pendaftaran kenderaan digunakan suspek palsu bagaimanapun pihaknya akan menyiasat dengan lebih lanjut. http://www.hmetro.com.my/articles/Jerijibesisekathabuanlebih/Article

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Thursday 20 September 2012

Harga Emas Dijangka Melonjak


POH KONG Holdings Berhad menjangkakan harga emas mencecah RM6,121 setiap 28 gram tahun depan berikutan jumlah permintaan terus meningkat sebaliknya pengeluaran terus berkurangan.

Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow berkata, permintaan terhadap emas terus meningkat khususnya untuk emas yang dijadikan medium pelaburan.




“Emas untuk pelaburan dilihat semakin mendapat perhatian kerana lebih ramai pelabur mula beralih untuk memilih emas sebagai pelaburan selepas melihat peningkatan harga yang dicatatkan saban tahun,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan emas mencatatkan sedikit penurunan kerana peningkatan harga dicatatkan tidak ketara.

“Malah, ia turut menjejaskan penjualan emas pelaburan kerana pelabur melihat ia bukan masa sesuai mendapatkan emas,” katanya.


Siow berkata, Malaysia antara negara yang menawarkan harga emas paling rendah dan ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebagai negara yang menjadi tumpuan di kalangan pemborong emas di luar negara. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hargaemasdijangkamelonjak/Article/index_html



BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI