KENALI KAMI

         Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Kami di Usrati Sejahtera Jewel menjual barang kemas 99.99 dan 91.6 pada harga yang TERHEBAT !!!
Semoga urusniaga kita berpanjangan dan diberkati Allah hendaknya...


- Latar Belakang Syarikat -

Usrati Sejahtera Enterprise diperbadankan pada tahun 2010 dengan tujuan untuk menjadi pemain aktif dalam perusahaan emas. Syarikat yang memulakan operasi secara aktif menjelang awal tahun 2011 ini cuba memperkuatkan konsep “BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI” yang di khaskan pada moto syarikat. Ini bermaksud, Usrati Sejahtera seberapa boleh melibatkan seberapa ramai sahabat untuk mengambil bahagian untuk sama-sama “memacukan ekonomi” masing-masing.
                Rakan seperjuangan syarikat kami yang mempunyai pengalaman yang luas dalam perusahaan emas mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa matlamat syarikat ini akan tercapai melalui kerjasama dan bersatu hati melalui sahabat-sahabat sekalian.
                Syarikat ini ditubuhkan dengan bermatlamat supaya sahabat-sahabat  yang mengambil bahagian mempunyai EMAS sekurang-kurangnya 100 GRAM EMAS ( Jongkong Emas atau Barang Perhiasan Emas ). Dengan ini sahabat-sahabat boleh menjana ekonomi sendiri ( MANDIRI ) pada suatu masa nanti dan disamping menjana ekonomi negara dan juga merealisasikan sabda Rasulullah S.A.W., “Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.  Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).”



- Visi -
Merubah dan menaiktaraf ekonomi demi kesejahteraan hidup bersama.



- Misi -
Menceburi pelbagai lapangan bidang perniagaan bagi mengelak kebergantungan terhadap sesuatu bidang sahaja dan menjadi peneraju utama terhadap bidang-bidang tersebut.




- Perkhidmatan -

Kami menawarkan jaminan harga yang lebih murah berbanding dengan harga emas di kedai emas luar iaitu dengan harga RM5-RM10 per gram kurang daripada harga pasaran (termasuk kos upah).

KAMI JUGA MENERIMA TEMPAHAN MENGIKUT CITARASA DESIGN DAN BAJET ANDA.

Untuk pembelian ready stock, 3 hari bekerja diperlukan untuk penghantaran barang kemas setelah pembayaran penuh dilakukan.

Untuk barang kemas yang ditempah 14 hari - 1 bulan diperlukan untuk penghantaran barang kemas.  Bagi barang kemas yang ditempah 50% deposit diperlukan dan barang kemas akan dihantar setelah pembayaran penuh selesai dilakukan.

Semua tempahan tidak boleh ditarik balik setelah pengesahan tempahan dilakukan.

Sekiranya terdapat kerosakan atau kecacatan pada barang kemas yang berpunca daripada kilang/supplier barang kemas, barang kemas boleh dikembalikan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan barang kemas tersebut.



Untuk sebarang pertanyaan & pembelian sila hubungi kami :
E-mail : usrati.sejahtera@gmail.com
H/p : 013-2635163 (Nizam) - sms atau call




InsyaAllah.Amin....

No comments:

Post a Comment