Saturday 27 August 2011

Pengiraan Zakat Emas dan Perak



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya doakan sihat, ceria dan gembira adanya 
Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.


 Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)


Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.



1. Zakat emas yang disimpan ( tidak dipakai )
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:  Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000= RM400





2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri  di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00


Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
-Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
-Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
-Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
-Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
-Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
-Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
-Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
-Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
-Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
-Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
-Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
-Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
-Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
-Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) 



Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik


2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.


3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.


4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.


5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.


6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber: http://web.e-zakat.com.my)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.



Pengiraan zakat perak.
Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)


Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh:  Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500 = RM112.50



Kesimpulan.
Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.


Ok selamat membuat pelaburan emas dan perak serta jangan lupa ber zakat jika dah cukup haul dan nisab...

Wednesday 24 August 2011

Harga Emas Turun Sedikit Akan Tetapi Akan Melonjak Naik Kembali

       


            Harga emas kini terus melonjak naik menepati jangkaan yang mana harga kini telah mencecah USD 1843/oz daripada USD 1750/oz, 2 minggu lepas. Saya YAKIN dan INSYA ALLAH harga emas akan terus melonjak naik setiap tahun walau ada penurunan sedikit.


            Lihat sahaja carta harga emas terkini yang direkodkan oleh www.kitco.com ini. Walaupun pada kadar seharian harga emas dunia ada turun naik... namum ada keseluruhan tetap menaik sepanjang hari......



Warna hijau adalah pergerakan harga emas terkini


            Sebenarnya pergerakan harga emas naik bukan sahaja berlaku hari ini bahkan harga emas terus menaik semenjak dari 10 TAHUN yang lalu. Lihat graf pergerakan harga emas selama 10 tahun yang mana kenaikannya telah mencecah 400 % dalam masa tahun!





            Harga emas semakin pantas naik, lihat sahaja pada bulan JANUARI 2010


HARGA EMAS HANYALAH SEKITAR USD 1200/oz, tapi
HARGA EMAS KINI DAH LEBIH USD 1800/oz  !!!!!!!!!!!


            Harga emas tepat naik setiap tahun. Namum mereka yang BIJAK merebut sahaja TETAP MEMBELI, WALAUPUN HARGA EMAS DIKATAKAN MAHAL... kerana MEREKA YANG YAKIN SAHAJA YANG BELI EMAS SEKARANG. PADA MASA HADAPAN TETAP SUATU PELABURAN YANG AMAT MENGUNTUNGKAN!!!!!!!!!!!





            Suatu kelebihan orang cina tak kira dimana mereka berada adalah BERANI MENGAMBIL PELUANG DENGAN PANTAS. Lihat carta ini, walaupun harga emas naik, namum PENDUDUK NEGARA CHINA TETAP MEREBUT PELUANG MEMBELI EMAS!!!!!!


ANDA BAGAIMANA?
MASIH MENUNGGU HARGA TURUN KE atau LIHAT SAHAJA!!!!!!
nak tunggu dan lihat ape ye............................


Turun dan naik harga emas ini,
TIDAK AKAN MEMBERI APA-APA MENANFAAT PUN KEPADA ANDA...........................
JIKA ANDA TIDAK MEMPUNYAI 1 GRAM EMAS PUN...................... 


HANYA DENGAN MEMILIKI EMAS SAHAJA ANDA AKAN MERASAKAN KEHEBATAN AURA EMAS INI..




Antara kelebihan-kelebihan TERSEMBUNYI MEMILIKI dan MENYIMPAN EMAS INI adalah :


1.         Anda akan berasa amat gembira dan bertuah, bila harga emas naik kerana anda memiliki emas fizikal. Lagi banyak emas yang anda memiliki LAGILAH GEMBIRA!!! Ingatlah hari ini sebahagian daripada kita terpaksa membayar puluhan ringgit untuk mendapat kegembiraan. Contohnya Anda bayar tiket wayang, astro...... untuk ape ? untuk anda boleh menonton... kenapa nak tonton wayang atau tv ? kerana nak happykan ....SO YOU PAY FOR IT!!!!!!


2.         Pemilikian emas fizikal akan mewujukan satu perasaan anda nak beli banyak lagi emas, so apa akan anda buat... tak lain dan tak bukan anda mula berjimat cermat dalam pengurusan kewangan anda dan berbelanja... dan SIMPAN DUIT NAK BELI EMAS LAGI NGA NIZAM He....he...he... Langkah berjimat cermat ataupun pengurusan wang nyan baik dan terancang PASTI ADA SUATU KEBAIKAN PADA EKONOMI ANDA.




Oleh itu miliki emas fizikal SEKARANG!!!!!
Telefon aje atau nak jimat sms aje Mohd Nizam
013-263 5163



Harga Emas Terus Melambung Tinggi

HARGA emas terus melonjak ke paras tertingginya dalam sejarah iaitu pada AS$1,888.90 seaun atau kira-kira RM180 segram semalam berikutan kebimbangan berterusan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kemelesetan berganda, di samping krisis hutang di Eropah yang semakin meruncing.Keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini menggalakkan pelabur memilih untuk melabur dalam logam berharga itu kerana ia antara pelaburan lindung nilai yang terbaik ketika krisis ekonomi. Ketua Penyelidik Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pihaknya menjangkakan harga emas bakal mencecah paras AS$1,900 seaun dalam tempoh terdekat berikutan kelemahan dolar AS secara berterusan dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi sekali lagi di AS.
Beliau berkata, pihaknya juga melihat harga emas mempunyai potensi untuk mencecah paras AS$2,000 seaun menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan tinggi terhadap logam berharga itu kerana pelabur lebih gemar melabur dalam emas ketika ketidaktentuan pasaran dunia.
“Penurunan penarafan hutang AS menggalakkan pemegang bon AS menjual pegangan masing-masing dan membeli emas. Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi baru di AS serta kelemahan dolar juga mendorong harga emas untuk melonjak ke paras tertinggi,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Kebanyakan penganalisis pasaran sebelum ini menjangkakan permintaan bagi emas akan terus meningkat pada masa depan terutama dari China dan India didorong peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Mereka melihat keadaan tidak menentu di AS dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.
“Prospek ekonomi AS yang malap berserta data ekonomi yang lemah ditambah krisis hutang Eropah yang semakin meruncing telah mendorong harga emas terus melonjak lebih daripada sukuan sejak Julai lalu,” jelas seorang penganalisis pasaran.
“Kami tidak melihat sebarang faktor positif yang dapat menyokong ekonomi AS dalam tempoh beberapa bulan ini,” tambahnya.
Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Tuesday 23 August 2011

Harga Emas Sentiasa Meningkat Dalam Jangka Masa Panjang


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat emas.
     Hari ini saya akan membincangkan tentang harga emas yang akan sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang dan bilakah sebenarnya masa yang paling sesuai membeli emas.


Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

       Salah satu daripada sebab kenapa perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada trend peningkatan harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Di dalam jangka masa panjang, emas menunjukkan peningkatan harga yang ketara. Mari kita lihat graf kenaikan harga emas untuk 5 tahun dan 10 tahun.

Kenaikan harga emas dalam masa 5 tahun

Gambar: Sejarah harga emas daripada tahun 2005-2010

Daripada graf di atas, sejak 5 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 416.27 USD/Oz kepada USD1200 USD/Oz (10/5/2010).

Ini adalah kenaikan 188.3% (bersamaan purata 37.66% setahun!).

Kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun


Gambar: Graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 255.95 USD/Oz kepada USD1200 USD/Oz (10/5/2010).

Ini adalah kenaikan 369% (bersamaan purata 36.9% setahun!).

KAJIAN: KENAIKAN HARGA SYILING KIJANG EMAS MALAYSIA :



Kijang Emas adalah salah satu syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia dan diedarkan oleh Maybank.

Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00

Pada 14 Mei 2010 harganya mencecah RM 4189.00

Ini adalah kenaikan sebanyak 287% dalam masa hampir 9 tahun. (kenaikan 31.88% setahun)

Bagaimana melihat rekod harga emas dunia?

Mohd boleh melihat rekod harga emas dunia boleh dilihat daripada laman web London Bullion market Association (LBMA)  http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg




Gambar: Laman web London Bullion Market Association (LBMA)

London Bullion Market merujuk kepada pasaran borong emas dan perak secara urusniaga diatas kaunter. Urusniaga biasanya dilakukan oleh ahli-ahli persatuan London Bullion Market dengan diawasi oleh Bank of England. Kebanyakan ahli-ahli LBMA terdiri daripada bank-bank antarabangsa, peniaga jongkong dan juga kilang-kilang penulenan logam berharga.

Jelas jika kita lihat graf dan fakta diatas bahawa harga emas akan sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Jadi bagi saya masa yang terbaik untuk kita beli emas adalah bila kita sudah punya duit untuk membeli emas, kita boleh terus beli emas kerana emas merupakan pelaburan jangka masa panjang dan akan menguntungkan pembelinya untuk jangka masa panjang. Jadi tunggu apa lagi, bertindak sekarang, beli emas anda hari ini juga !

Terima kasih. Ok, selamat menyimpan emas !


Buatlah pilihan SEKARANG !!!!!

EMAS = BELI EMAS , SIMPAN EMAS, GUNA EMAS & BERNIAGA EMAS 
Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan Emas atau ingin membeli Emas, sila hubungi saya di :



MOHD NIZAM
H/P : 013-263 5163

website : http://www.usratisejahtera-jewel.blogspot.com
e-mail : usrati.sejahtera@gmail.com


“Mencapai Kebebasan Kewangan Dengan Emas”

Thursday 18 August 2011

Fahami Pelbagai Pelaburan Emas





EMAS sentiasa menjadi topik pelaburan yang hangat, lebih-lebih lagi selepas kita melihat harga emas melonjak dalam tempoh dua tahun lepas. Dari segi dolar Amerika, harga emas telah naik sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun lepas dan lebih 150 peratus dalam tempoh empat tahun lepas. Sebab itulah emas kini mendapat perhatian ramai.
Soalnya apakah cara terbaik untuk meraih keuntungan daripada emas? Ada pelbagai cara anda boleh melabur dalam emas. Anda boleh membeli emas dalam bentuk fizikal sebenar dan ini mungkin dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas. Syiling emas contohnya, Kijang Emas, mungkin lebih popular di Malaysia. Apabila membeli syiling emas, bank akan menyebut harga belian dan harga jualan. Inilah harga di mana bank akan membeli emas daripada anda atau menjual emas kepada anda. Dua harga ini adalah berbeza dan inilah kos anda untuk memiliki emas.
Sebagai contoh, untuk satu auns emas, harga jualan ialah RM5,571 bagi Kijang Emas. Inilah harga satu auns Kijang Emas yang dijual oleh bank kepada anda. Harga belian balik ialah RM5,352 bagi satu auns Kijang Emas. Inilah harga bank akan membeli balik satu auns Kijang Emas daripada anda, atau dengan kata lain, anda akan menjual balik barang kemas anda pada harga ini. Jika anda mahu membeli emas, anda boleh berbuat demikian pada harga RM5,571 dan menjualnya pada RM5,352. Perhatian bahawa terdapat perbezaan 4.0 peratus antara kedua-dua harga ini. Jika anda membeli Kijang Emas, katakan pada harga RM5,571, anda perlu menunggu harga belian balik RM5,352 untuk naik melebihi harga belian RM5,571 untuk meraih untung. Oleh itu ada baiknya meninjau sama ada terdapat harga jualan dan belian yang lebih baik.
Sebagai pilihan, anda boleh membeli barangan kemas daripada kedai emas. Kaedah ini menjadi pilihan utama di Timur Tengah dan Asia. Umumnya terdapat harga emas runcit yang ditetapkan oleh Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia (www.fgjam.org.my) yang memberikan panduan tentang kadar emas yang ditawarkan oleh kedai emas. Anda perlu ingat bahawa barangan kemas berhubung kait dengan arah hala dan terdapat bahagian tertentu kos barangan kemas yang berkaitan dengan kerja ketukangan.
Jika barangan kemas dileburkan, anda mungkin kehilangan nilai kos berkait dengan kerja ketukangan tersebut, kerana nilai akhir yang dikira adalah hanya berasaskan nilai emas.
Selain itu adalah sukar untuk mengesahkan kandungan emas. Jadi nilai barangan kemas anda mungkin tidak mudah dan sukar ditentukan secara konsisten. Anda juga perlu mempertimbangkan faktor simpanan, sebagai contoh, menyewa peti besi atau peti simpanan selamat jika anda mempunyai jumlah emas yang besar.
Satu lagi cara yang semakin popular sejak dua tahun lepas ialah akaun buku simpanan emas. Apabila anda membuka akaun tersebut, anda akan diberikan buku simpanan.
Ia berfungsi sama seperti akaun simpanan. Apabila gaji anda dikreditkan ke dalam akaun simpanan, anda tidak memegang tunai secara fizikal sehingga anda mengeluarkannya daripada ATM.
Oleh sebab terdapat pelbagai kaedah untuk membeli emas, anda perlu memahami kos menjual beli emas. Satu lagi, emas diniagakan dalam dolar Amerika, dengan itu terdapat risiko tukaran asing bagi pelabur yang membeli emas dalam mata wang lain, seperti Ringgit Malaysia (RM).
Sebarang keputusan melabur dalam emas hendaklah dibuat untuk jangka panjang. Berdasarkan pergerakan pasaran saham, emas memberikan perlindungan terhadap ketidaktentuan global. Selain itu, emas merupakan lindung nilai yang baik terhadap inflasi. Justeru, emas merupakan kelas aset yang patut dipertimbangkan

Thursday 11 August 2011

Pelaburan Emas Melalui Barang Kemas


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini akan memberikan kebahagian kepada anda semua. Amin.

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.

Ini merupakan soalan favourite yang selalu saya terima sepanjang memberikan keterangan pada member-member saya tentang pelaburan emas.

Pelaburan emas melalui barang kemas.

Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”
Saya akan menjawab:

Emas adalah Aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.

Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.
Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 perkara iaitu:
1. Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
2. Apakah kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas.
3. Tips bagaimana memaksimakan keuntungan melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.

Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.
1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya.

Makin banyak makin ceria 

2. Kelebihan dari segi zakat emas.

3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal


Barang kemas boleh digadaikan di Ar-rahnu tanpa sebarang masalah.

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.

Contohnya Mami Jarum, bila dah tua dia boleh wariskan gelang-gelang nie kat anak cucunyer.

5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).


Tengok graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lalu. Best!


Kelemahan barang kemas.

Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas :
     
         1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM ( ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM.

         2. Ada kos workmanshin ( upah tukang ). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
3.  Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena kena tolak susutnilai 25%.


Contoh: Rantai tangan yang putus.


Contoh: Gelang tangan yang berlubang dan akhirnya patah.

5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata
(sebab tak boleh timbang dengan densimeter)
6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada
banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.


Contoh cincin dengan hiasan batu permata. Bila jual balik kedai ambil nilai emas sahaja.
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas?

Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda semua, cara-cara memaksimakan keuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduan ini.

Tips 1: Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)
Huraian: Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila anda tanya betul-betul diorang boleh kasik harga lebih murah.


Harga semasa di kedai emas biasanya berpandukan harga FGJAM.

Tips 2:  Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.
Huraian: Katakan anda sukakan sesuatu design (contohnya buah loket dibawah), tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang. Contoh untuk buah loket di bawah, ada kedai emas cas workmanship RM60 dan ada kedai cas RM120.


Kos workmanship untuk design yang sama boleh berbeza-beza mengikut kedai.

Tips 3:  Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.
Huraian: Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).


Biasanya gred barang kemas adalah 916

Tips 4: Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
Huraian: Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagi :(  Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.
Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke  18k (walaupun sebenarnya emas tersebut 22k).


Contoh rantai leher yang padu dan tebal. Tahan lasak


Contoh rantai tangan yang padu dan tebal. Tahan lasak


Elakkan design yang nipis (mudah patah atau kemek atau bengkok)


Elakkan barang kemas yang cantik tapi nipis, nanti kejap ajer pakai dah putus.


Barang kemas yang padu memberikan bacaan sempurna bila diuji menggunakan mesin densimeter. 

Tips 5: Pilih design yang takder batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata.
Huraian: Untuk memaksimakan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:
a)  Akan ada masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
b)  Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Diorang ambil nilai emas sahaja


Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata. Beli emas penuh. 

Tips 6: Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi.
Huraian: Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi?  Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).

Kesimpulan.

Emas adalah aset. Walaupun di dalam bentuk barang kemas, ia boleh menguntungkan anda. Namun harus diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum membeli barang kemas.
Jika anda membeli barang kemas dengan betul maka anda boleh mendapat keuntungan dan manfaat yang maksimum. Namun jika anda tersalah langkah maka anda boleh rugi banyak.
Jadi, setelah membaca tips-tips diatas saya berharap anda boleh membeli barang kemas yang terbaik.

Tuesday 9 August 2011

Isu Amerika Syarikat Seret Harga Emas Melonjak Mendadak


Isu AS seret saham Asia susut mendadak.SAHAM Asia susut mendadak semalam susulan penurunan penarafan hutang Amerika Syarikat (AS), justeru mencetuskan kebimbangan mengenai kedudukan ekonomi terbesar dunia itu serta prospek ekonomi negara global lain yang bakal terjejas.


Penurunan itu juga disertai kejatuhan besar harga minyak mentah, manakala harga emas, yang dianggap pelaburan selamat dalam ketidaktentuan ekonomi, melonjak ke paras tertinggi melebihi AS$1,700 seauns.
Keadaan suram pasaran semalam juga adalah lanjutan daripada aktiviti penjualan besar-besaran Jumaat lalu berikutan masalah kewangan yang semakin memuncak di zon Eropah dengan peningkatan jangkaan ia akan merebak ke Itali dan Sepanyol.
Kombinasi masalah hutang zon Eropah dan langkah Standard & Poor’s menurunkan penarafan hutang AS membawa kepada perbincangan mengejut ketua kewangan dan bank pusat negara G7 serta European Central Bank pada hujung minggu lalu dalam usaha membendung tercetusnya satu lagi krisis pasaran.
Pasaran Tokyo susut 2.18 peratus atau 202.32 mata kepada 9,097.56; Seoul susut 3.82 peratus atau 74.31 mata kepada 1,869.44 dan Sydney jatuh 2.91 peratus atau 119.3 mata kepada 3,986.1. Taipei menjunam 3.82 peratus atau 300.33 mata kepada 7,552.80 mata.
Hong Kong pula turun 3.88 peratus manakala Shanghai kehilangan 3.55 peratus. Mumbai jatuh 3,08 peratus dalam dagangan awal.
Pasaran global jatuh pada Jumaat lalu sebelum pengumuman S&P, selepas kumpulan data baru ekonomi AS yang lemah dan amaran dari ketua Suruhanjaya Eropah bahawa krisis zon Eropah itu berkemungkinan boleh merebak ke ekonomi lain.
“Seperti yang lain, kami bimbang mengenai risiko masalah kewangan seperti yang berlaku pada Lehman, akan berlaku kepada Greek,” kata Brown Brothers Harriman dalam nota kepada pelanggan semalam, merujuk kepada bank Wall Street yang tumbang dari segi kewangannya pada 2008 lalu membawa kepada krisis kewangan.
“Keadaan bertambah buruk dengan kelemahan ketara ekonomi AS, perbahasan untuk menaikkan paras hutang dan kini penarafan hutang itu diturunkan serta krisis hutang Eropah yang bertambah buruk…. kedudukan pasaran kini adalah yang terburuk sejak masalah kewangan Lehman,” katanya.
Bagaimanapun, penganalisis IG Markets berkata, dia menjangka saham akan pulih daripada kemusnahan pada akhir minggu lalu menyaksikan indeks Dow Jones mengalami kejatuhan terbesar sejak 2008.
“Kami rasa ada peluang munasabah untuk pembeli yang berminat kerana pasaran mula menyedari yang aktiviti penjualan panik itu dibuat secara keterlaluan” katanya.
“Tiada sesiapa yang benar-benar memahami sepenuhnya kesan penurunan penarafan kredit itu. Ia adalah kes klasik yang mana menyaksikan pelabur menjual terlebih dulu dan baru bertanya,” katanya.
S&P Jumaat lalu mengenai merendah penarafan hutang AS ke AA+ daripada AAA. Keputusan itu mencetus kritikan dari Washington, Setiausaha Perbendaharaan Timothy Geithner berkata, agensi itu menunjukkan “penghakiman dahsyat” dan menjamin pelabur Perbendaharaan AS selamat seperti biasa. – AF

Sunday 7 August 2011

Harga Emas 999 kini RM190/gram

Sejak semalam index emas telah mencapai kenaikan tertinggi dalam sejarah, untuk rekod, index emas CHL tidak pernah melebihi 6000pts, tetapi semalam index emas  naik secara tiba-tiba, ekoran kejatuhan USD sehingga mencecah 6095!! sebelum ianya susut pada petang selasa kepada 6040. FGJAM (federation of Gold Smith & Jewelery Malaysia) di laman mereka telah menaikkan harga retail emas 999 kepada RM190/gram, naik rm7/gram berbanding harga emas pada bulan lepas RM183/gram. Harga emas di bank rakyat pula telah naik mencecah RM187/gram, sebaik-baiknya ini adalah peluang untuk pelabur yang baru melabur untuk overlap keuntungan mereka. Purata harga emas di bank rakyat pada bulan lepas sekitar RM179/gram-RM183/gram.
Harga emas terkini FGJAM:
999 Gold : RM190.00/gm
916 Gold : RM180.00/gm
835 Gold : RM166.00/gm
750 Gold : RM149.00/gm
375 Gold : RM81.00/gm
Agrobank pula bakal menaikkan harga emas 999 kepada ?????/gram berbanding harga sekarang RM176.50/gram, sekali lagi pelabur emas di Agrobank dapat overlap pelaburan mereka sebanyak RM ?????/gram, berbanding bulan lepas dengan kenaikan hampir RM10.20/gram.
Tips untuk mereka yang baru didalam pelaburan emas secara Ar-Rahnu, Pihak Bank tidak terlibat didalam  pelaburan emas anda. Jika anda bertanya kepada pihak bank, “nak ambil untung”, kemungkinan pegawai bank terpinga-pinga tidak faham maksud anda. Cara paling senang adalah dengan membawa surat gadaian emas dan nyatakan ingin perbaharui surat. Beza kenaikan harga ditolak dengan upah simpan, bakinya anda boleh simpan atau melabur di Akaun Emas CIMB, Public Bank atau Maybank untuk memaksimumkan keuntungan.
Jika sebelum ini pelabur melabur menggunakan jongkong emas Pamp Suisse, Public Gold, atau Dinar Emas Kelantan, Agro bank telah menukar sistem pinjaman mereka dari 70% kepada 65% sahaja, apabila pelanggan overlap (tebus gadai), pelanggan mungkin perlu membayar perbezaan harga 5% tersebut. Sedikit menyusahkan tetapi pelabur boleh menukar jongkong emas mereka kepada barang kemas 24k yang lain contohnya belah rotan, rantai tangan padu ataupun barang perhiasan jenis padu, sila hubungi kami untuk bantuan. 013-263 5163 (Usrati Sejahtera Jewel).

Thursday 4 August 2011

Prestasi Harga Emas Diunjur Terus Melonjak Naik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung www.usratisejahtera-jewel.blogspot.com.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.Semoga bulan Ramadhan yang mulia kali ini memberi kita makna yang tersendiri.Di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf di atas kesalahan yang pasti ada.

Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini? Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.
Baiklah berbalik pada topik asal kita pada hari ini mengenai berita kenaikan harga emas.Berita ini saya ambil dalam Berita Harian keluaran 2 Ogos 2011 yakni hari ini.Berikut apa yang diceritakan dalam surat khabar Berita Harian :
Pelaburan dijangka beri pulangan 24 peratus setahun
PELABURAN dalam emas diunjurkan mampu memberikan pulangan sehingga 24 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan harga logam berharga itu dijangkakan mencecah AS$2,100 seauns menjelang 2014.
Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata permintaan bagi emas dijangkakan terus meningkat terutama dari China serta India berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Beliau berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu berikutan masalah hutang di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.
“Kami yakin dengan prestasi harga emas berikutan permintaannya dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan separuh kedua di Kuala Lumpur, semalam.
Brice berkata, pihaknya menjangkakan harga emas mampu mencecah paras AS$1,650 seauns menjelang akhir tahun ini.
Keadaan persekitaran kadar faedah benar yang negatif di AS juga mendorong kepada peningkatan permintaan emas kerana kebiasaannya ia sangat tinggi ketika kadar faedah benar adalah negatif, jelasnya.
“Dalam tempoh Disember 2007 hingga kini, emas mencatatkan pulangan terkumpul sebanyak 43 peratus,” katanya.
Harga emas terus didagangkan kukuh mencecah AS$1,632.30 seauns Jumaat lalu berikutan data ekonomi yang lemah di AS.
Bagaimanapun, harganya jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,615.19 pada sesi dagangan semalam berikutan persetujuan pemimpin kongres AS untuk menaikkan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengelak potensi gagal membayar hutang.
Selain emas, Brice berkata, pelaburan pasaran ekuiti juga dijangka memberi pulangan baik dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Beliau berkata, di sebalik keadaan tidak menentu di pasaran dunia, pasaran ekuiti masih mencatatkan prestasi baik berbanding kelas aset lain.
“Pada separuh pertama tahun ini, pasaran ekuiti mampu mencatatkan aliran meningkat walaupun ada beberapa berita buruk di pasaran seperti krisis hutang di Eropah dan AS, gempa bumi di Jepun serta krisis politik di Asia Barat.
“Ini bermakna terdapat kecairan di dalam pasaran kewangan dunia ketika ini yang menggalakkan aktiviti pelaburan,” tambahnya.
Beliau berkata pasaran ekuiti di China, Korea, Taiwan dan Jepun dijangka menarik perhatian pelabur asing kerana harga sahamnya sangat murah serta menawarkan pulangan yang menarik jika dibandingkan dengan pasaran saham lain.- Berita Harian / Oleh Mahanum Abdul Aziz / mahanum@bharian.com.my 2011/08/02