Monday 6 February 2012

Harga Emas Dunia Dijangka Meningkat

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari iniHarga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.
Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.
Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.
Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.
Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Saturday 4 February 2012

Perbandingan Pelaburan Rumah, Tanah dan EMAS

Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung USRATI SEJAHTERA JEWEL ...........


Hari ini saya nak kongsikan perbandingan pelaburan rumah, tanah dan EMAS !!!!






Keuntungan dan Kekurangan Beli Rumah

1. Boleh disewakan terus

2.Tak perlu ubahsuai rumah 

3. Boleh refinance rumah tersebut

4. Permintaan tinggi

5. Kenaikan harga tahunan yang tinggi

6. Harga rumah sekarang antara rm50k – maksimum

7. Rumah perlu dalam keadaan baik jika hendak dijual

8. Bukan harta warisan yang baik jika sebuah rumah hendak dibahagikan kepada bilangan anak yang ramai

9. Memerlukan khidmat peguam dalam urusan penjualan

10. Perlu modal besar

Tanah Lot Kediaman yang MENARIK di Kg. Saujana  - Image

Keuntungan dan Kekurangan Beli Tanah

1.Boleh diusahakan tanam sawit/getah

2. Boleh mohon agrobank untuk pinjaman tanah

3. Permintaan tinggi
4. Kenaikan harga tahunan yang tinggi

5. Harga tanah sekarang antara rm35k – maksimum

6. Jika tidak diusahakan pun harga tetap melambung tinggi

7. Pembahagian harta warisan memerlukan kebijaksanaan membahagi secara rata dan adil di kalangan anak2

8. Memerlukan khidmat peguam dalam urusan penjualan

9. Perlu modal besar dan juga jika ada yang nak jual


Keuntungan dan Kekurangan Membeli EMAS

1. Emas adalah aset

2. Kenaikkan harga tahunan emas adalah tinggi iaitu sekitar 20%-30% setahun….Sejarah membuktikan harga emas naik sebanyak 500% utk 10 tahun yang lepas

3. Emas merupakan magnet kepada kekayaan

4. Emas kalis inflasi

5. Emas berbentuk barang kemas boleh digadai di ar-rahnu  sekiranya memerlukan modal untuk memulakan perniagaan atau sebaliknya

6. Harta warisan terbaik untuk anak2..Tidak akan timbul perasaan tak puas hati sekiranya emas dibahagikan sama rata dengan anak2

7. Boleh memberi keuntungan maksima apabila dijual semula sekiranya harga telah meningkat

8. Tidak memerlukan khidmat peguam jika hendak menjual semula emas Public Gold.Urusniaga jual-beli yang paling mudah diantara semua pelaburan..

9. Modal sederhana dan boleh beli bila – bila masa.

10. Kekurangannya..Emas bar dan dinar dah tak boleh di ar rahnu (gadai)


BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI





Friday 3 February 2012

Krisis Greece dalam Animasi

Video dalam bentuk animasi ini menerangkan apa berlaku kepada negara Greece sehingga berlaku keruntuhan ekonomi mereka, lebih senang untuk faham bagi org yang buta term2 ekonomi macam kami, jika nak suruh baca WSJ, Times, CNN bla-bla bla memang tak faham lah, lainlah kami macam Shakina Bana dari Kelab Kimia Jabatan Kimia Malaysia, power BI tahap gaban..
Sebelum ni kami cuma faham mereka pinjam terlalu terlalu banyak hanya untuk makanan. Taraf ekonomi tinggi mereka menyebabkan tidak ada sesiapa mahu jadi petani, jadi mereka tidak mengeluarkan makanan sendiri, mereka mengimport makanan, akhirnya ini terjadi… enjoy!
Episod 1
Episod 2
Episod 3


BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI