Wednesday 28 September 2011

Aset dan Liabiliti


Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat emas ,


Bagaimana? Sudah memiliki emas pertama? atau mahu kembangkan lagi sehingga emas anda boleh mencecah 1 kilogram pula? :)


Simpanlah emas sebanyak mungkin, anda tidak akan pernah rugi. Percayalah...!

Baiklah, pada kali ini, suka saya untuk berkongsi  ilmu tentang macam mana nak kenal 
ASET dan macam mana pula nak kenal LIABILITI. 

Kita sedang bercakap tentang harta. Seperti saya menyimpan emas sebagai perlindungan harta saya. Dan jika anda benar-benar mahu kaya, maka ASET dan LIABILITI adalah perkara asas yang wajib anda tahu. 


Ianya telah dibuktikan dari pengalaman lepas! 

Apabila kita dapat mengenal pasti dan memahami apa itu ASET dan apa itu LIABILITI, maka kita berpeluang mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN"... Ini kerana 99% manusia di dunia ini telah MEMBAZIRKAN USIA mereka dengan membeli LIABILITI. 

Hanya 1% manusia sahaja yang BETUL-BETUL membeli ASET dalam hidup mereka. Dan golongan 1% ni benar-benar memahami apa yang dikatakan ASET dan apa yang dikatakan LIABILITI. 

Ya, hanya 1% sahaja. Betapa kurangnya ilmu kewangan ramai orang di luar sana!

Jom kita lihat! Apa yang dikatakan ASET adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu ia akan menyebabkan:

1) Wang tunai anda bertambah


~ CARANYA adalah dengan MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK ATAU KOPERASI BERDAFTAR yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA

2) Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu

~ CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS. Itulah yang sedang saya lakukan hari ini. Dan saya menyeru anda juga melakukannya untuk kepentingan masa depan anda juga.

3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai 
positif

~ CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH

4) Pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan 
yang positif

~ CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF

5) Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan 
wang tunai

~ CARANYA adalah MENGGUNAKAN TEKNIK PENGUMPILAN.Ini adalah teknik yang digunakan oleh orang kaya di luar sana.


Manakala, apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan:

1) Wang tunai anda berkurangan
~ CONTOHNYA dengan berbelanja boros atau berbelanja tanpa beringat

2) Harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu

~ CONTOHNYA dengan membeli RUMAH atau KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan 
pendapatan anda. Ramai yang lakukan perkara ini! 

3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran 
tunai negatif

~ CONTOHNYA dengan TIDAK MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN 
TIDAK BERUBAH. Perniagaan anda akan binasa! 

4) Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif

 

~ CONTOHNYA dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG NEGATIF

5) Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai

~ CONTOHNYA dengan 'mengikat diri' pada SKIM BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI yang sebenarnya tidak anda perlukan!

Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN, anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI. 

Ingat! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.

"ORANG MISKIN ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG KAYA ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul. 

Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin. :)

Persoalannya anda kini berada di situasi mana? Tepuk dada tanya selera...Sudah memiliki aset emas anda? Jika bukan hari ini, bila lagi?

Jumpa lagi.



Mohd Nizam
013-263 5163


BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Tuesday 27 September 2011

Harga Emas Jatuh Mendadak


Pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus. ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.
Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.
Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.
Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.
Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).
Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.
Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.
Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.
Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun berkata, ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.
Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.
Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.
Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters

Monday 26 September 2011

Harga Emas Turun, Mari Cepat-cepat Beli !!!!!!




Masa yang dinanti-nanti oleh kebanyakan kita telah pun tiba, harga emas telah turun!! Untuk hari ini, harga pasaran untuk emas999 adalah RM208.00/g dan emas 916 adalah RM197.00/g. Turun sebanyak RM8.00/g berbanding harga yang lepas. Usrati Sejahtera Jewel menawarkan diskaun sebanyak RM14.00/g untuk emas tersebut menjadikan harga jualan kami pada RM194.00/g (emas999) dan RM183.00/g (emas916).



       Gelang Belah Rotan ( emas 99.99 )



   Rantai Tangan Pelbagai Jenis ( emas 91.60 )




Harganya amat kompetetif dan sangat sesuai bagi tuan-puan yang berhajat untuk membuat simpanan/pelaburan emas.


Jika Berminat sila hubungi saya........


Mohd Nizam
013-263 5163


BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Nilai Matawang Semakin Merosot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat emas sekalian... 
Nilai matawang semakin merosot..nilai emas semakin naik harga...


Hari ini boleh dikatakan kesemua akhbar menyebut tentang kemelesetan Dollar Amerika yang semakin meruncing, nilainya semakin susut ekoran kadar defisit yang semakin meningkat di Amerika dan juga disebabkan kebimbangan ke atas krisis kewangan di Eropah. Lihat petikan berita ini;


NEW YORK 26 Mei – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kemungkinan berlakunya krisis keyakinan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) jika nilai mata wang asing itu terus menurun berbanding mata wang utama lain.

Tinjauan Divisyen Ekonomi PBB terhadap ekonomi dunia mendapati kejatuhan nilai mata wang dolar adalah berbahaya terhadap sistem kewangan global. Laporan PBB yang merupakan perkembangan terkini turut menyatakan kadar pertukaran dolar berbanding kumpulan mata wang utama lain telah mencecah paras terendah sejak 1970-an.

Katanya, aliran tersebut disebabkan oleh perbezaan kadar faedah antara Amerika Syarikat (AS) dan ekonomi utama serta peningkatan kebimbangan terhadap kemampanan hutang awam AS, yang sebahagiannya dipegang oleh orang asing. ”Sebagai keputusannya, jangkaan kerugian nilai buku oleh pegangan rizab asing akan menyebabkan krisis keyakinan dalam rizab mata wang, yang akan menyebabkan keseluruhan sistem kewangan global berisiko,” kata laporan itu.

Laporan 17 muka surat itu, menunjukkan risiko kejatuhan nilai dolar AS. Pakar Ekonomi Kanan PBB, Rob Vos yang terlibat dalam laporan itu berkata, pasaran-pasaran baru muncul secara besar-besaran mulai menjual mata wang dolar AS, sekali gus akan menyebabkan kejatuhan mata wang itu. ”Kami tidak menyatakan kejatuhan pasti berlaku, tetapi faktor yang menyebabkannya risiko seumpama itu sedang berlaku sekiranya perkara-perkara lain yang berkaitan tidak bertambah baik,” katanya.

Pakar-pakar ekonomi PBB, sedang menimbang sama ada dolar perlu terus menjadi mata wang tunggal dunia manakala pihak lain menunjukkan kebimbangan mereka terhadap kedudukan kewangan AS. Standard & Poor’s telah memberikan amaran untuk menurunkan penarafan kredit AS pada AAA, kecuali kerajaan pentadbiran Obama dan kongres menemui jalan untuk mengurangkan bajet defisit persekutuan dalam tempoh dua tahun. Penurunan taraf itu akan menghilangkan status AS sebagai kuasa ekonomi dunia dan peranan dolar sebagai mata wang dominan global. Setiausaha Perbendaharaan, Timothy Geithner berkata, kerajaan AS tidak akan melepaskan tanggungjawab mereka. – Utusan Malaysia Online / Reuters

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila negara-negara luar juga turut mengurangkan kebergantungan kepada nilai dollar, sekaligus menyebabkan permintaan keatas dollar turut berkurang .

Hakikatnya, Ringgit Malaysia juga turut tidak terlepas dari krisis ini, walaupun ekonomi negara semakin baik, matawang semakin kukuh berbanding dollar, namun hakikatnya kuasa beli oleh RM tidak penah meningkat, bahkan semakin menyusut disebabkan RM juga turut disandarkan kepada nilai Dollar.

Jika Dollar yang menjadi sandaran juga semakin susut nilainya, apatah lagi RM!! Buktinya, dengan pengukuhan nilai RM berbanding dollar ketika ini, sepatutnya harga barangan import telah berkurang harganya kira-kira 20%, namun adakah ianya berlaku di dalam pasaran tempatan ketika ini? . Tidak bukan !

Ayuh kita semua perlu bertindak bijak, kita tidak mampu untuk mengubah dasar kewangan negara, namun kita mampu mengubah dasar kewangan peribadi . Tukarlah simpanan tunai kita kepada emas fizikal yang semakin meningkat nilainya, agar kuasa beli kita bertambah, simpanan kita akan berganda dan ekonomi kita turut sejahtera.


Buatlah pilihan sekarang. Kurangkan simpanan tunai , belilah emas sebagai penyimpan kekayaan yang sebenar..hubungi saya jika nak memiliki  emas ..


Mohd Nizam 
013-263 5163


BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Wednesday 21 September 2011

Perkara Yang Anda Perlu Berhati-hati Tentang Emas

Pernah anda terbeli emas palsu?, atau terbeli emas kualiti yang rendah dari yang tertulis pada resit? atau tersilap membeli emas daripada tangan pihak lain? Sedikit kesilapan dalam jual beli emas ini, pastinya merugikan, jika 1gram emas (sebesar biji sawi pun) melibatkan beratus ringgit, bayangkan jika terbeli sebesar kotak rokok, boleh terduduk anda. Didalam perniagaan emas, kesilapan memang sentiasa berlaku, baik mereka yang berpengalaman mahupun yang baru menceburi dunia perniagaan emas.
Jika perniagaan internet yang baru setahun jagung di Malaysia telah kecoh dengan pelbagai bentuk penipuan, skim cepat kaya dan sebagainya, bayangkan bisnes emas yang telah beribu-ribu tahun berlaku. Penuh dengan pelbagai penipuan kualiti, harga, berat dan ketulenan dan sebagainya. Lambakan emas palsu dipasaran kadang-kadang juga tidak dapat dikesan dengan mata kasar semata-mata, malah ujian ketulenan emas seperti asid juga tidak membantu. Disini kami cuba gariskan beberapa cara untuk anda berhati-hati ketika membeli atau menjual emas.

Item emas yang mempunyai banyak cop, kemungkinan palsu
Bodi rantai tangan, gelang emas atau barang kemas lain biasanya dibuat dengan satu kualiti emas sahaja, contohnya 916, dan cop biasanya dicetak pada kancu emas, tetapi ada juga item yang dihasilkan dari beberapa jenis kualiti, dan dicop berbeza, jika suatu item contohnya dihasilkan dari emas 916 dan dicop pada kancunya, pada bodinya, pada belakangnya dengan cop yang sama, besar kemungkinan ianya palsu, kecuali dicop setiap bahagian dengan kualiti berbeza.

Cop cina atau Cop nombor
Kebanyakan barang kemas di Malaysia dicop dengan kualiti seperti 999, 916, 750, ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k, bagaimanapun ada juga emas masih dicop dengan beberapa simbol tulisan cina, contohnya seperti emas paun (gmbr org berlari), emas sepuluh dan sebagainya, kesilapan anda melihat cop emas mungkin menyebabkan anda terbeli emas pada kualiti yang berbeza dengan apa yang anda inginkan.

Bayaran menggunakan cek
Pada kebiasaannya, peniaga emas hanya menjual emas secara tunai sahaja dan ada juga menggunakan kredit kad, bagaimanapun ada juga pembeli cuba membayar menggunakan cek, menerima cek agak berisiko kerana jika cek tersebut ditendang, (ataupun fraud), emas anda lesap. Menggunakan bank draft, bankers cek juga tidak selamat kerana ramai pihak berkebolehan untuk menklon cek atau bank draft.

Spring pada gelang, subang dan rantai emas
Ada beberapa barang kemas tertentu mempunyai spring, screw dan sebagainya, emas pada bahagian tersebut biasanya dibuat dari kualiti yang rendah kerana sifat emas berkualiti tinggi adalah lembut maka tidak sesuai digunakan, pembeli emas mudah terkena pada barangan seperti ini kerana kewujudannya kadang-kadang sukar dikesan.

Penukaran emas semasa tebus pajak
Jika anda memajak atau membeli emas pajak, ada juga pihak yang menukar item pajakan, cara paling selamat, perlu berhati-hati disini.

Maklumat berkenaan emas dengan jumlah yang banyak contohnya bertan-tan
Kadang-kadang keghairahan anda membeli emas, anda mungkin dihubungi pihak-pihak tertentu contohnya mereka mempunyai beratus kilo malah bertan-tan emas, biasanya ia adalah lebih indah khabar dari rupa.

Kualiti emas yang tidak sama dalam satu item pada sesetengah bahagian
Barang kemas tidak semestinya dihasilkan dari satu kualiti emas sahaja, kadang-kadang ia ditambah tokok dengan pelbagai kualiti untuk mencantikkan designnya.

Bukan emas yang disalut tebal
Barang kemas terutamanya yang tidak bersegi, mudah untuk disalut tebal dengan emas sedangkan dalamnya, logam bukan emas.

Batu pada item emas
Barang kemas yang berbatu seperti Diamond, Zircone, Emerald dan sebagainya.

Jongkong platinum yang tidak original
Logam platinum adalah logam kedua termahal selepas emas, ada banyak pihak cuba menjual logam platinum yang tidak tulen lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman kerana disana ramai yang tidak arif dengan ujian ketulenan platinum.

Tidak menggunakan asid/alat ketulenan yang sesuai semasa urusniaga
Ketika urusniaga diluar kedai, jika anda membeli dari pihak ketiga tanpa alatan ketulenan secukupnya, anda amat mudah untuk terkena.

Bendasing asing didalam emas serbuk mengurangkan berat emas.
Serbuk emas atau emas pasir ketika ini juga mempunyai nilai yang agak tinggi, walaubagaimanapun, ketika membeli emas pasir, pembeli harus menolak beberapa gram kerana tidak semuanya adalah emas, bendasing asing yang melekat bersama emas biasa disebut ‘tahi emas’

Pengiraan harga yang  tidak update dengan index harga emas terkini.
Index harga emas berubah setiap hari, malah dalam satu hati index emas berubah 3-4 kali, pembeli dan penjual emas harus sentiasa update dengan harga emas terkini, untuk emas yang dijual retail di kedai emas, harga emas berubah lebih kurang sebulan sekali.

Urusniaga dengan individu yang tidak dikenali di tempat yang sepi
Elakkan urusniaga jual beli emas ditempat yang sepi, lebih selamat dijalan ditempat yang ramai orang dan sedikit tersorok, contohnya di stesen minyak. jika melibatkan jumlah yang banyak, boleh juga dilakukan didalam bank, ofis atau mana-mana tempat yang lain.

Masuk ke premis pembeli/penjual dengan membawa item / wang tunai bersama.
Kecuali sesuatu tempat itu memang diketahui selamat, elakkan dari masuk ke premis penjual atau pembeli yang anda was-was. Gunakan six sense anda sebaik-baiknya.

Tempahan untuk membeli emas lebih tinggi dari normal.
Pembeli emas dalam linkungan 1-2kg emas adalah normal bagi seorang individu, tetapi jika dihubungi untuk membeli lebih dari normal contoh 10kg atau keatas, anda boleh meminta slip akaun pembeli untuk memastikan mereka adalah genuine buyer dan berkemampuan

Friday 16 September 2011

Kuasa Faedah Kompaun

Assalammualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi satu teknik kewangan iaitu Kuasa Faedah Kompaun. Berapa pentingkah untuk menyimpan wang bagi tabungan sekarang, jika dibandingkan pada hari kemudian ?
Sebagai contoh, jika Kamal, Yazid dan Anuar. Setiap daripada mereka melabur jumlah wang yang sama secara konsisten, iaitu RM 3,000, dengan pulangan yang sama sebanyak 10% setiap tahun. Bagaimanapun, mereka memulakan pelaburan pada usia yang berbeza-beza. Kamal pada usia 18 tahun, Siti pada usia 22 tahun sementara Zainal pada usia 30 tahun.
Apabila ketiga-tiga mereka bersara pada usia 55 tahun, Kamal mempunyai lebih wang berbanding Yazid dan Anuar. Dia mempunyai RM467,913 manakala Yazid RM449,773 dan Anuar RM360,300 masing masing.
Kamal bukan saja mempunyai lebih banyak wang pada usia 55, malah dia juga telah melabur dengan jumlah yang paling sedikit, iaitu RM15,000 berbanding Yazid yang melabur RM24,000 dan Zainal RM75,000.

Hasil contoh di atas berpunca daripada faedah kompaun, iaitu faedah tambahan yang diperoleh atas jumlah simpanan asal ditambah dengan faedah yang diterima.

Kuasa faedah kompaun menunjukkan bahawa jika anda menabung lebih awal maka lebih tinggi faedah terkumpul yang diperoleh dalam pelaburan asal anda. Secara ringkas, lebih banyak wang disimpan sekarang, lebih cepat bagi anda memenuhi impian anda. Jadi, bilakah masa terbaik untuk memulakan simpanan ? Pastinya sekarang juga !



Tahukah anda bahawa jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun, hebat bukan !


Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas.


Sejarah harga emas daripada tahun 2000 - 2009




Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata 27% setahun).

Bayangkan jika anda mula menyimpan emas daripada sekarang, berapakah jumlah simpanan emas anda bila anda berusia 55 tahun nanti dengan kuasa faedah kompaun sebanyak 27% setahun. Fikir-fikirkan dan buat keputusan anda hari ini !

Buatlah pilihan sekarang.


EMAS = BELI EMAS , SIMPAN EMAS, GUNA EMAS & BERNIAGA EMAS 

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang PERNIAGAAN EMAS atau PELABURAN EMAS atau BERMINAT BELI EMAS, sila hubungi saya di :



MOHD NIZAM
H/P : 013- 263 5163
e-mail : 
usrati.sejahtera@gmail.com

“Bersama Memacukan Ekonomi Dengan Memiliki Emas”



Saya amat gembira sekiranya dapat membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.


Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang !