Monday, 5 November 2012

Sebab KWSP Gantung Dana Public Mutual


pelaburan kwsp ke public mutual disekat
Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.”Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012,” demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam.
Makluman itu, bagaimana pun menyatakan bahawa IPD berkenaan masih bertanggung jawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Okt, 2012.
Tindakan ke atas PMB ini dilihat sebagai adalah tindakan berterusan yang diambil oleh agensi-agensi berkaitan kerajaan pusat yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang menyasarkan entiti-entiti perniagaan milik dan menjadi kegemaran pelaburan ……

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Kapal Russia Dengan 700 Ton Emas Hilang


kapal russia membawa emas hilang
Sebuah kapal yang membawa 9 krew dan 700 ton batuan emas dilaporkan hilang dalam satu kejadian ribut di Lautan Pasifik di pesisir pantai Russia. Kapal yang diberi nama “The Amurskoe” menghantar isyarat kecemasan pada hari ahad lepas ketika belayar dari Bandar Neran menghala ke Pulau Feklistov dikawasan perairan Okhost.
Kapal tersebut disewa oleh syarikat perlombongan emas Polymetal membawa kira-kira 700 ton batuan emas dari tempat perlombongan ke kawasan lain untuk diproses. Batuan emas adalah bahan mineral yang dikorek dari lombong dan mengandungi logam berharga.
Jurucakap Polymetal yang mengesahkan kehilangan jejak kapal tersebut berkata mereka belum mengenalpasti nilai sebenar kargo yang dibawa dan laluan yang digunakan bukanlah kali pertama kerana sebelum ini kapal yang sama turut berulang kali melalui laluan laut tersebut serta tidak pernah berlaku kejadian yang diingini sebelum ini.
batuan emas - gold ore

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI

Terowong Emas di Jelebu Bukan Dongeng


lombong emas di pekan titi kuala klawang jelebu
JELEBU: Kerja menarah bukit di belakang pasar awam pekan Titi di Kuala Klawang, di sini, sejak awal tahun ini membawa penemuan empat terowong di situ yang menurut penduduk, dianggap sebagai kisah dongeng sebelum ini kerana lokasi sebenarnya tidak pernah diketahui dengan terperinci.
Sejak puluhan tahun lalu, kisah terowong berkenaan hanya diceritakan generasi tua di pekan didiami kira-kira 20,000 penduduk itu, namun tiada pihak tampil untuk melakukan kajian.
Tinjauan mendapati empat terowong itu terletak berasingan dengan setiap satu dibina kemas dengan dinding dibuat daripada batu dan boleh dimasuki secara berdiri oleh orang dewasa.
Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa terowong itu mungkin dibuat pencari emas berdasarkan kewujudan beberapa lombong sekitar kawasan itu dan menolak ia mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas komunis Penoreh getah, Siow Yoke Kim, 54, berkata generasi tua di pekan itu pernah bercerita mengenai terowong untuk mencari emas, namun tidak menyatakan lokasinya sehingga awal tahun ini, ada pihak menarah bukit di belakang pasar.
“Kami terkejut kerana terowong yang diceritakan itu terletak di belakang pasar yang penduduk kunjungi setiap hari.
“Saya percaya terowong itu dibuat pencari emas, malah jalan utama pekan ini dinamakan ‘Kim Loong’ atau naga emas dalam dialek Hakka,” katanya ketika ditemui, semalam.
Peniaga, Lee Ah Chai, 51, pula mengaku pernah memasuki terowong itu, tetapi mendapati lubang itu terlalu panjang.
“Saya tidak masuk terlalu dalam kerana bimbang terowong runtuh. Pihak berkaitan terutama pengkaji sejarah wajar melakukan kajian terperinci bagi memastikan sejarah sebenar terowong itu sama ada digali oleh pelombong emas atau mempunyai kaitan dengan aktiviti komunis,” katanya yang menolak kemungkinan terowong itu digali pengganas komunis.

BERSAMA MEMACUKAN EKONOMI