Monday 11 July 2011

Penjelasan PNB



Pelaburan dalam amanah saham menjanjikan pendapatan yang stabil
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjelaskan bahawa pihaknya tidak sesekali mempersoalkan peranan atau keputusan yang dibuat oleh mana-mana Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti, mahupun fatwa yang dikeluarkan oleh mana-mana Majlis Fatwa Negeri.
Ini kerana, PNB dan Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) sedia maklum bahawa penguatkuasaan fatwa adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri kerana kuasa pentadbiran undang-undang Islam terletak di bawahnya.  ”Ingin ditegaskan oleh PNB berhubung persoalan berkenaan fatwa harus yang telah diputuskan terhadap pelaburan dalam dana kendalian PNB beserta dividen dan bonus yang diagihkan kepada pelabur,” kata PNB.
Fatwa berhubung perkara itu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan diwartakan pada 10 Julai 2008 di bawah Akta/Enakmen: Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993.
Menurut fatwa itu, hukum pelaburan dalam Skim Amanah Saham Nasional, Skim Amanah Saham Bumiputera dan skim-skim yang seumpamanya beserta dengan dividen dan bonus yang diterima daripada pelaburan tersebut adalah harus.
P/s : Kalau sesiapa ragu-ragu akan pelaburan ASB baiklah jauhinya dan tukar pelaburan anda tersebut kepada EMAS.

No comments:

Post a Comment